ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  TOSHIBA MEMORY CORPORATION MENAMBAHKAN BICS FLASH YANG MENGAKTIFKAN UFS KEPADA BARISAN PRODUK INGATAN KILAT TERBENAM UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF

Tuesday 26/03/2019



Menangani Permintaan Penyimpanan Data, Termasuk Peningkatan Prestasi dan Kapasiti, Diperlukan dengan Aplikasi Kenderaan Berhubungan dan Berautonomi
 
TOKYO, 26 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memulakan persampelan[1] bagi Automotif JEDEC UFS[2]  baharu Versi 2.1 penyelesaian memori terbenam yang menggunakan ingatan kilat 3D. Produk baharu itu adalah peranti ingatan kilat terbenam yang mengintegrasikan ingatan kilat BiCS FLASH™ 3D syarikat itu dan sebuah alat kawalan di dalam satu pakej tunggal. Prestasi membaca dan menulis berurutan telah dipertingkatkan masing-masing sebanyak kira-kira 6 peratus dan 33 peratus, berbanding dengan peranti yang sedia ada[3].
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190325005851/en/
 
Automotif UFS syarikat itu menyokong julat suhu yang luas (-40°C sehingga +105°C), yang memenuhi keperluan AEC-Q100 Gred 2[4] dan menawarkan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan yang diperlukan oleh pelbagai aplikasi automotif. Barisan itu terdiri daripada empat kapasiti: 32GB, 64GB, 128GB, dan 256GB[5].
 
Peranti UFS baharu itu mempunyai beberapa fungsi yang sangat sesuai dengan keperluan bagi aplikasi automotif, termasuk Segar Semula, Kawalan Terma dan Diagnosis Lanjutan. Fungsi Segar Semula itu boleh digunakan untuk menyegarkan semula data yang disimpan di UFS, dan membantu untuk melanjutkan jangka hayat data berkenaan. Fungsi Kawalan Terma melindungi peranti itu daripada pemanasan lampau di dalam keadaan suhu tinggi yang boleh berlaku di dalam aplikasi automotif. Akhir sekali, fungsi Diagnosis Lanjutan membantu pengguna untuk dengan mudah memahami status peranti itu.
 
Kemajuan teknologi di dalam sistem maklumat & hiburan automotif dan produk berkaitan ADAS[6] untuk merealisasikan kereta yang berhubungan dan kenderaan berautonomi akan terus mendorong permintaan storan yang lebih tinggi di dalam aplikasi automotif. Memandangkan permintaan ini terus berkembang, Toshiba Memory Corporation akan mengekalkan kedudukan kepimpinan di dalam pasaran itu dengan menguatkan barisan penyelesaian ingatan berprestasi tinggi, berkapasiti tinggi mereka yang mensasarkan sektor itu. 
 
Gambaran keseluruhan bagi Produk Baharu
 
Table
 
Barisan bagi Produk Baharu

Table
 
      
Nota

[1] Spesifikasi bagi sampel itu mungkin berbeza daripada produk komersial.
[2] Universal Flash Storage (UFS) adalah sebuah kategori produk untuk satu kelas produk ingatan terbenam yang dibina untuk spesifikasi standard JEDEC UFS.
[3] Perbandingan di antara produk 256GB baharu Toshiba Memory Corporation "THGAFBT1T83BAB5" dan produk 128GB sedia ada "THGAF9T0L8LBAB8". Tinjauan Toshiba Memory.
[4] Keperluan kelayakan komponen elektrik yang ditakrifkan oleh AEC (Majlis Elektronik Automotif).
[5] Ketumpatan produk dikenalpasti berdasarkan kepada ketumpatan cip ingatan di dalam Produk itu, bukan jumlah bagi kapasiti ingatan yang tersedia untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti yang boleh digunakan oleh pengguna akan berkurangan disebabkan oleh ruang data di atas, pemformatan, blok rosak, dan kekangan yang lain, dan mungkin juga berbeza-beza berdasarkan kepada peranti hos dan aplikasi. Untuk butiran lanjut, sila rujuk kepada spesifikasi produk yang berkenaan.
[6] Sistem Bantuan Pemanduan Termaju
 
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Pertanyaan Pelanggan:
Toshiba Memory Corporation
Bahagian Perancangan Jualan
Tel: +81-3-6478-2423
https://business.toshiba-memory.com/en-jp/contact.html
 
Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190325005851/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404

Sumber : Toshiba Memory Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.