ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  'PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PERUBATAN 3H' KELAB ROTARI MENERIMA PENAJAAN RM50,000 DARIPADA FUSIONEX

Tuesday 26/03/2019



KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex telah menyumbangkan RM50,000 kepada Kempen Kesedaran Kesihatan 3H yang dianjurkan oleh Kelab Rotari Kuala Lumpur (RCKL) DiRaja. Program itu bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang '3H' atau 'tiga yang tinggi', iaitu tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan gula darah tinggi.
 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20190325005289/en/


Kempen itu telah dilancarkan di Kompleks Perpustakaan Lembah Pantai dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh adalah tetamu VIP dan turut mengambil bahagian di dalam majlis penyampaian cek semasa acara tersebut.

Fusionex adalah sebuah rakan utama bagi program itu yang bertujuan untuk mendidik orang ramai melalui sebuah van Khidmat Masyarakat Perubatan Bergerak yang dikendalikan oleh kalangan profesional perubatan. Van itu akan melawat sekolah, kolej, pusat beli-belah dan pusat komuniti di seluruh negara bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk orang ramai.

Acara itu telah menyaksikan hampir 400 orang awam menerima pemeriksaan kesihatan percuma termasuk ujian Indeks Jisim Tubuh, tekanan darah, gula darah dan jumlah kolesterol. Ujian kesihatan itu dijalankan oleh jururawat sukarela dan program itu dijangka berjalan selama dua tahun.

YB Dzulkefly berkata, “Kementerian itu amat berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh Kelab Rotari tersebut, kerana ia adalah sejajar dengan Pelan Strategik Kementerian itu untuk Penyakit Tidak Berjangkit, bagi meningkatkan kerjasama dengan sektor swasta dan NGO untuk meningkatkan kesihatan rakyat.”

Presiden RCKL DiRaja Datuk Seri Nelson Kwok berkata, “Khidmat Masyarakat Perubatan Bergerak akan disediakan kepada orang ramai di sekolah, kolej, pusat beli-belah dan pusat komuniti. Kelab itu akan menawarkan pemeriksaan percuma untuk orang ramai dan berharap dapat menyaring 10,000 rakyat Malaysia. Kami mengucapkan terima kasih kepada penaja korporat kami seperti Fusionex, Gintell, Subway dan Celcom di atas sokongan murah hati mereka untuk tujuan yang baik ini.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh berkata, “Kami amat gembira kerana dapat memainkan peranan di dalam program perubatan yang mulia ini yang dimulakan oleh Kelab Rotari. Kami percaya bahawa inisiatif sedemikian akan memberi impak yang besar dan pemangkin kepada rakyat. Di Fusionex, kami menggalakkan sebuah gaya hidup sihat dan kami sangat percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Program '3 yang Tinggi' itu sebenarnya melakukan perkara ini -- program itu mewujudkan kesedaran, menggalakkan orang ramai untuk memeriksa status kesihatan mereka dengan lebih kerap; dan semoga menghalang atau sekurang-kurangnya meminimumkan penyakit yang tidak diingini. Saya menggesa orang ramai untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan ini yang ditawarkan oleh Kelab Rotari dalam mendapatkan pemeriksaan percuma serta belajar bagaimana mereka dan orang yang mereka sayangi dapat hidup dengan lebih baik dan lebih sihat.”

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, Internet Benda, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka tertumpu kepada membantu pelanggan memperolehi, menyimpan, memproses, menganalisis dan memahami sejumlah besar data yang berstruktur dan tidak berstruktur. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190325005289/en/


Hubungi

Edelman
Fariz Mustafa
Fariz.Mustafa@edelman.com

Sumber: Fusionex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.