ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  HONG KONG MEMPERLUASKAN PENGGUNAAN BAGI TAKUNGAN PERKHIDMATAN GUA UNTUK MEMBEBASKAN PENGGUNAAN TANAH

Monday 25/03/2019



Black & Veatch akan membantu Jabatan Bekalan Air mengubah kawasan berbukit dan pembentukan batu menjadi peluang-peluang untuk bekalan tanah

HONG KONG, 25 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jabatan Bekalan Air (WSD) bagi Kerajaan untuk Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong sedang mempertimbangkan untuk menempatkan semula Takungan Perkhidmatan Air Tawar dan Air Masin Diamond Hill (DHSR) ke gua-gua.

WSD telah melantik Black & Veatch untuk menyiasat, mereka bentuk dan menyelia pembinaan gua-gua dan DHSR baharu.

“Meningkatkan sumber-sumber tanah adalah penting kepada kejayaan Hong Kong. Takungan perkhidmatan perumahan di gua-gua adalah satu alternatif yang berdaya maju dari segi teknikal yang dapat meningkatkan bekalan tanah. Dengan berkolaborasi dengan WSD, kami dapat menangani keperluan utama bagi penyediaan sebuah kemudahan yang bertaraf dunia,” kata Andy Kwok, Pengarah Urusan, Black & Veatch Hong Kong.

Objektif utama bagi projek itu adalah untuk membebaskan tanah bagi kegunaan lain yang bermanfaat dan pada masa yang sama masih menyediakan sebuah bekalan air yang berkualiti kepada kawasan tempatan.

Sebuah takungan perkhidmatan air tawar yang baharu, sebuah takungan perkhidmatan air masin yang baharu dan stesen-stesen pam yang berkaitan akan dibina di dalam gua untuk menggantikan pemasangan yang sedia ada.

Black & Veatch akan terlibat di dalam mereka bentuk terowong, gua dan kerja yang berkaitan untuk DHSR baharu; mengoptimumkan sistem bekalan air bagi takungan perkhidmatan yang dicadangkan; dan penyahtauliahan DHSR dan stesen-stesen pam yang sedia ada.

Di seluruh dunia, Black & Veatch telah menunjukkan keupayaan untuk mereka bentuk dan menguruskan dengan jayanya pembinaan takungan dan infrastruktur air yang lain. Syarikat itu menawarkan penyelesaian bersepadu dan kolaboratif, yang memberikan contoh di Hong Kong dengan pembinaan Takungan Perkhidmatan Air Masin Barat.

Nota Editor:
  • Black & Veatch telah dilantik oleh WSD sebagai perunding untuk “Penempatan Semula Takungan Perkhidmatan Air Tawar dan Air Masin Diamond Hill ke Gua - Kajian Kemungkinan.”
  • Black & Veatch mempelopori reka bentuk dan pembinaan bagi penyediaan semula Takungan Perkhidmatan Air Masin Barat di sebuah gua batu, yang membebaskan  tanah untuk pembangunan bagi kampus sekolah di Universiti Hong Kong. Dengan pendekatan ini, pemotongan cerun sebanyak 300,000m3 dan jumlah penebangan pokok yang signifikan telah dielakkan. Pendekatan ini mengurangkan kos pembinaan dan masa. Projek tersebut telah memenangi Anugerah Inovatif Dewan Perniagaan Umum Hong Kong dan Anugerah Inovasi Projek Persatuan Air Antarabangsa (IWA) (Anugerah Rantau Asia Timur) 2010 di dalam Kategori Reka Bentuk.
  • Projek gua/terowong Black & Veatch yang lain yang diusahakan termasuk Penempatan Semula bagi Kerja Rawatan Kumbahan Sai Kung ke Gua dan Skim Pemindahan Antara Takungan -- Terowong Air di antara Takungan Kowloon Byewash dan Takungan Lower Shing Mun untuk Jabatan Perkhidmatan Pengairan bagi Kerajaan Hong Kong, dan Strategi Jangka Panjang bagi Pembangunan Gua di Hong Kong untuk Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan Awam (CEDD). CEDD adalah sebuah jabatan dalam Kerajaan Hong Kong yang melaporkan kepada Biro Pembangunan.
Maklumat mengenai Black & Veatch

Black & Veatch adalah sebuah pemimpin global yang dimiliki kakitangan, dalam membina infrastruktur manusia kritikal di dalam Tenaga, Air, Telekomunikasi dan Perkhidmatan Kerajaan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami memperbaiki kehidupan manusia di lebih 100 buah negara melalui perundingan, kejuruteraan, pembinaan, operasi dan pengurusan program. Pendapatan kami pada tahun 2018 ialah AS$3.5 bilion. Ikuti kami di www.bv.com dan di media sosial.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190325005258/en/

Hubungi

Black & Veatch
EMILY CHIA | +65 6761 3511 telefon | +65 9875 8907 mudah alih | ChiaLP@BV.com
TALIAN KHIDMAT MEDIA 24 JAM | +1 866 496 9149

Sumber : Black & Veatch

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.