ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  NEXOPTIC MELANTIK RICH GERUSON, MANTAN CEO LEXMARK, KE LEMBAGA PENGARAH

Monday 25/03/2019



VANCOUVER, British Columbia, 25 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- NexOptic Technology Corp. ("NexOptic" atau "Company") (TSX VENTURE: NXO) (OTCQX: NXOPF) (FRANKFURT: E3O1) teruja untuk mengumumkan bahawa Richard J. (Rich) Geruson telah menyertai Lembaga Pengarahnya, berkuatkuasa secara serta-merta.

Pengalaman En. Geruson merentasi jawatan CEO di Lexmark International, Phoenix Technologies dan VoiceSignal Technologies, serta jawatan Timbalan Presiden Kanan dan eksekutif di Nokia, IBM, Toshiba dan McKinsey & Co.

Sebagai CEO Lexmark International, syarikat teknologi dan penyelesaian pengimejan bernilai berbilang bilion dolar dengan 10,000 pekerja, beliau meningkatkan penjualan pencetak lebih cepat berbanding bila-bila dalam masa 10 tahun sebelumnya dan dalam masa yang sama melaksanakan proses kejuruteraan semula yang ekstensif, menukarkan perniagaan daripada EBITDA negatif dan hutang yang tinggi kepada EBITDA positif yang berbilang ratusan juta dolar dan profil hutang sihat. Semasa menjadi CEO di Phoenix Technologies, beliau secara konsisten memperoleh keuntungan yang tinggi dari tahun ke tahun selama enam tahun berturut-turut dalam perniagaan syarikat, iaitu perisian tegar dan perisian untuk PC, tablet dan peranti internet benda (IoT) terbenam. Sebagai CEO di VoiceSignal Technologies, beliau mempelopori perisian pengecaman suara untuk telefon mudah alih, meningkatkan nilai pemegang saham lebih daripada 10 kali ganda dan memuncakkan jualan syarikat 12 kali ganda hasilnya.

Di Nokia, beliau menggerakkan perniagaan tersebut daripada tempat kelima dalam pasaran saham ke tempat teratas di AS dan tempat teratas di dunia untuk kali pertama dalam sejarah, menyebabkan harga saham meningkat lebih daripada tujuh kali ganda dalam masa kurang daripada tiga tahun.

“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Rich serta kepintaran perniagaan dan kepimpinan mengagumkan beliau ke Lembaga Pengarah kami,” kata Darcy Daugela, Pengerusi. “Rich membawa kepakaran organisasi tanpa bandingan dan rekod kejayaan yang mengagumkan dalam pembuatan, penjualan dan pengedaran global untuk produk perkakasan pengguna dan perniagaan yang canggih. Beliau akan menjadi aset berharga kepada syarikat kami.”

DoubleTake™, binokular yang digambarkan semula NexOptic, baru-baru ini menerima anugerah “Terbaik dalam Pertunjukan” anugerah Winter Gear 2019 GearJunkie di Pertunjukan Salji Outdoor Retailer, pertunjukan jualan kegiatan luar terbesar di Amerika Utara, bertempat di Denver, Colorado. Anugerah tersebut merupakan yang terbaru dalam rentetan pengiktirafan berprofil tinggi untuk teknologi NexOptic. Sepanjang tahun lepas, NexOptic telah mengembangkan barisan inovasi optiknya, termasuklah kecerdasan buatan (AI), yang menarik perhatian yang tinggi daripada industri peranti mudah alih atas prestasinya yang mengagumkan dalam keadaan rendah cahaya dan mengurangkan kabur gerakan.

Pelantikan En. Geruson dibuat pada masa NexOptic bersedia untuk mengejutkan industri binokular global dengan DoubleTake.

“Saya teruja untuk menyertai Lembaga Pengarah syarikat yang teknologinya mempunyai potensi yang besar untuk memberi impak kepada berbilang vertikal dalam berbilang industri – daripada telefon pintar hingga ke binokular,” kata En. Geruson. “Saya tidak sabar untuk membawa pengalaman dan kepakaran saya untuk digunakan pada masa kami membawakan tawaran NexOptic yang canggih dan telah memenangi anugerah ke pasaran global.”

En. Geruson telah berkhidmat dalam berbilang lembaga awam dan swasta yang merentasi tiga benua dan memegang ijazah daripada Universiti Oxford, termasuklah D.Phil. dalam ekonomi. Ketika menjadi ahli fakulti penyelidikan di Sekolah Perniagaan Harvard, beliau menulis A Theory of Market Strategy, sebuah buku yang digunakan dalam kurikulum banyak sekolah perniagaan.

Peningkatan Modal

Tertakluk kepada penerimaan oleh TSX-V (Pertukaran), NexOptic berhasrat untuk melengkapkan tawaran persendirian tanpa broker sehingga 9,100,000 unit NexOptic (“Unit”) pada harga laksana CDN $0.55 per Unit, untuk hasil kasar sehingga CDN $5,005,000 (“Tawaran Persendirian”). Setiap Unit terdiri daripada satu syer biasa dalam modal NexOptic (“Syer NexOptic”) dan satu syer biasa waran belian (setiap “Waran”). Setiap Waran akan membenarkan pemegang untuk membeli satu Syer NexOptic tambahan pada harga laksana CDN $0.75 untuk tempoh 24 bulan daripada tarikh pengeluaran Unit.

Hasil tawaran daripada Tawaran Persendirian adalah bertujuan untuk membiayai kemajuan berterusan projek utama Syarikat dan modal kerja umum. Yuran pencari boleh dibayar pada semua atau sebahagian daripada Tawaran Persendirian, mengikut dasar Pertukaran.

Acara Akan Datang

NexOptic teruja untuk mempamerkan teknologi terbarunya di Outdoor Adventure and Travel Show di Calgary pada 23-24 Mac 2019, bertempat di Stampede Park, BMO Centre. Outdoor Adventure and Travel Show merupakan pertunjukan terbesar peralatan kegiatan luar dan pengalaman pengembaraan di Kanada Barat. NexOptic tidak sabar untuk memantapkan lagi teknologi DoubleTake dan menyerlahkan kemajuan dalam kecerdasan buatan produknya.

Perihal NexOptic Technology Corp.

NexOptic ialah syarikat pembangunan optik yang inovatif, yang bertujuan untuk meningkatkan cara kita melihat dunia di sekeliling kita. Syarikat telah bersedia untuk melancarkan binokular digambarkan semulanya secara global, DoubleTake yang telah memenangi berbilang anugerah, produk pengguna pertamanya yang direka bentuk untuk mengejutkan pasaran rekreasi luar yang sedang berkembang. DoubleTake menggunakan kanta pembesaran tinggi NexOptic untuk pengalaman digital terkini. NexOptic juga sedang berusaha untuk mengkomersialkan kecerdasan buatan ("AI") baharunya untuk pengimejan serta meneroka peluang untuk reka bentuk kanta mudah alih yang inovatif Syarikat. Menggunakan Blade Optics, kumpulan pembangunan teknologi optik Syarikat yang kini menyertakan AI, NexOptic boleh meningkatkan saiz apertur dalam kekangan mendalam yang diberikan untuk pelbagai aplikasi pengimejan untuk peningkatan kepada batas pembelauan dan peningkatan resolusi. AI NexOptic secara drastik mengurangkan hingar imej dan kabur gerakan biasa dalam persekitaran pengimejan cahaya kurang baik menggunakan algoritma. Selain meningkatkan kualiti imej, AI NexOptic boleh digunakan untuk meningkatkan penstabilan imej jarak jauh dan penangkapan gambar dalam keadaan pencahayaan sukar.

Blade Optics merujuk kepada reka bentuk lensa, algoritma, dan mekanik NexOptic, berbeza daripada yang dipatenkan kepada paten belum muktamad, serta termasuk semua harta intelek dan pengetahuan intelektual Syarikat. Maklumat lanjut boleh didapati di www.nexoptic.com.

Petanyaan Media dan Pelabur
Tel: +1 (604) 669-7330 x 202
look@nexoptic.com

TSX-V: NXO
OTCQX: NXOPF
Frankfurt: E3O1

Kenyataan Masa Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi maklumat masa hadapan dan kenyataan masa hadapan dalam pengertian undang-undang sekuriti yang berkenaan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan adalah berdasarkan jangkaan berkaitan pembangunan peranti dan teknologi optik sukan, serta hasil yang diharapkan, spesifikasi , keupayaan, dan penggunaannya. Pembaca diberi amaran bahawa kenyataan masa hadapan tidak menjamin prestasi masa depan dan melibatkan risiko, ketidakpastian, andaian dan faktor-faktor lain yang diketahui dan tidak diketahui, yang sukar untuk diramal dan yang mungkin menyebabkan keputusan atau peristiwa sebenar berbeza secara material daripada yang dijangkakan kenyataan masa hadapan. Kenyataan masa hadapan adalah berdasarkan jangkaan, kepercayaan, andaian, anggaran dan ramalan terdahulu tentang perniagaan serta industri dan pasaran yang Syarikat beroperasi dan memenuhi syarat sepenuhnya oleh risiko dan ketidakpastian yang wujud berkaitan dengan jangkaan masa depan, termasuk, antara lain: risiko yang sering dikaitkan dengan pembangunan teknologi baru, termasuk teknologi Syarikat, reka bentuk produk dan prototaip berada di peringkat awal dan kerja tambahan diperlukan untuk mengesahkan aplikasi dan kebolehlaksanaan yang berpotensi untuk teknologinya atau membawa reka bentuk produk ke pasaran; Syarikat mungkin tidak dapat mencapai pembangunan produk yang lengkap seperti yang dijangkakan; aplikasi berpotensi teknologi Syarikat adalah berdasarkan kajian terhad dan mungkin tidak mewakili pasaran yang lebih luas; risiko bahawa prototaip dan reka bentuk mungkin tidak mencapai keputusan yang dijangkakan; Syarikat mungkin tidak dapat mengkomersialkan teknologinya; Syarikat mungkin tidak dapat membekalkan komponen untuk produknya secara kos efektif; Syarikat mungkin tidak mempunyai akses kepada pembiayaan yang diperlukan pada terma yang boleh diterima atau sama sekali; aplikasi paten belum muktamad atau masa depan mungkin tidak diluluskan seperti yang diharapkan atau sama sekali; dan risiko lain yang wujud dengan teknologi dan pembangunan produk dan perniagaan Syarikat. Oleh itu, kenyataan masa hadapan harus ditafsirkan berdasarkan faktor-faktor tersebut. Selain daripada tanggungjawab undang-undang atau kawal selianya, Syarikat tidak mempunyai sebarang kewajipan dan ia secara terang-terang menolak apa-apa niat atau kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak mana-mana kenyataan masa hadapan, sama ada disebabkan oleh maklumat baru, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Kedua-dua Bursa Saham TSX atau Penyedia Perkhidmatan Peraturannya (seperti istilah yang ditakrifkan dalam dasar Bursa Saham TSX) tidak menerima tanggungjawab untuk kecukupan atau ketepatan siaran berita ini. 

Sumber: NexOptic Technology Corp

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.