ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  1.1 JUTA ORANG MENERIMA MANFAAT DARI USAHA KEMANUSIAAN BIG HEART FOUNDATION YANG BERPUSAT DI UAE PADA TAHUN 2018

Monday 25/03/2019



SHARJAH, Emiriyah Arab Bersatu, 25 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bantuan kemanusiaan bernilai AS$ 15.8 juta (AED 58 juta) kepada 1,091,000 orang pelarian, orang yang terpinggir secara dalaman dan orang yang kurang bernasib baik di 12 negara yang dilanda konflik di seluruh dunia telah ditawarkan oleh The Big Heart Foundation (TBHF), sebuah organisasi kemanusiaan antarabangsa yang terkemuka yang berpusat di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190324005019/en/

Beroperasi di bawah kepimpinan Yang Amat Mulia Sheikha Jawaher binti Mohammed Al Qasimi, Penyokong Terkemuka UNHCR dan Pengerusi TBHF, badan kemanusiaan yang tidak mencari keuntungan yang beroperasi dari Sharjah --  amiriah ketiga terbesar di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) -- telah menggerakkan dana untuk menyokong dan memulakan 20 projek dengan kerjasama UNHCR, Doktor tanpa Sempadan (Médecins Sans Frontières) di sektor-sektor penting bagi keselamatan makanan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Usaha mereka pada tahun 2018 menjangkau ke 12 buah negara, iaitu Bangladesh, Mesir, Iraq, Jordan, Malaysia, Pakistan, Palestin, Syria, Tanzania, Mauritania, Somalia dan Sudan Selatan, dan memberi tumpuan bukan hanya kepada pergerakan bantuan kecemasan, tetapi juga melihat ke dalam pemulihan jangka panjang dan pembangunan semula masyarakat melalui peningkatan akses orang ramai kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan kebolehpasaran yang lebih baik.

Mariam Al Hammadi, Pengarah bagi TBHF, telah menjelaskan mengenai strategi kemanusiaan yang diterima pakai oleh TBHF pada tahun 2018 dan akan terus dilaksanakan pada masa akan datang, dengan berkata: “Usaha kami adalah berdasarkan kepada dua prinsip utama. Bantuan segera, diikuti oleh pembinaan masyarakat dan pemulihan melalui pendidikan, latihan vokasional dan pekerjaan. Ini telah membantu kumpulan yang kurang bernasib baik untuk mengakses peralatan yang mereka perlukan bagi menjamin masa depan mereka, dan akan mengukuhkan kemaraan global ke arah merealisasikan Agenda PBB 2030.”

TBHF mengerahkan projek mereka melalui enam dana yang beroperasi di bawah payung mereka. Pada tahun 2018, Dana MENA memudahkan pembangunan bangunan utama Institut Kanser Kebangsaan (NCI) di Kaherah, Mesir. Dana Pelarian dan IDP telah memperhebatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan bagi 24,000 orang pelarian Syria di 'Klinik Big Heart' di Kem Zaatari Jordan, dan memudahkan pembinaan sebuah hospital 100-katil di Cox's Bazar untuk pelarian Rohingya.

Dana Kanak-kanak Palestin membolehkan penubuhan sekolah menengah yang pertama bagi 45,000 orang kanak-kanak yang kurang upaya pendengaran di Palestin. Ia juga menyokong bantuan perubatan segera UNRWA untuk kanak-kanak.

Dana Zakat TBHF menubuhkan sebuah pusat komuniti bagi 3000 pelajar yang terpinggir secara dalaman di Aleppo untuk menyokong usaha UNHCR bagi menyediakan aktiviti perlindungan jangka panjang. Dana Kecemasan mereka memberikan bantuan segera kepada masyarakat yang terdedah di Sudan Selatan, dengan kerjasama Program Makanan Dunia PBB (WFP). Dana Ameera menyumbangkan kepada 16% daripada sumbangan keseluruhan TBHF pada tahun 2018 melalui beberapa projek dan kempen untuk menggalakkan kesedaran kanser.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190324005019/en/

Hubungi

Mousa Nimer
+971 50 222 0561
m.nimer@nncpr.com

Sumber : The Big Heart Foundation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.