ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PIVOT FINTECH MENDAPAT LESEN PERKHIDMATAN PASARAN MODAL DARI PIHAK BERKUASA MONETARI SINGAPURA

Monday 25/03/2019



Lesen untuk membenarkan pelancaran perkhidmatan pengurusan kekayaan yang didorong oleh AI, terus kepada pengguna

SINGAPURA, 25 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PIVOT Fintech Pte. Ltd. (“PIVOT”), usaha perkhidmatan teknologi pengurusan kekayaan digital yang disokong oleh Pintec Technology Holdings Ltd. (“PINTEC”; NASDAQ: PT) dan Kumpulan FWD hari ini mengumumkan bahawa ia telah diberikan lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (“CMS”) oleh Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS).

Lesen CMS PIVOT, yang diperolehi selepas Garis Panduan MAS yang diterbitkan baru-baru ini mengenai Peruntukan bagi Perkhidmatan Penasihat Digital pada 8 Oktober 2018, membolehkan syarikat itu untuk menawarkan perkhidmatan pelaburan yang didorong oleh AI terus kepada pelanggan runcit.

“Kejayaan penting Singapura ini menandakan permulaan bagi hasrat PIVOT untuk menyampaikan penyelesaian pengurusan kekayaan yang berinovatif di Asia Tenggara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PIVOT, Victor Lye, yang mencipta analitik pemprofilan risiko gamifikasi proprietari PIVOT untuk memacukan keterangkuman kewangan.
 
Pemegang saham teras PIVOT, PINTEC, mempunyai teknologi dan kepakaran yang terbukti di dalam menyampaikan peruntukan aset global dan perkhidmatan pengurusan wang yang didorong oleh AI kepada institusi kewangan di pasaran China yang sangat kompetitif. Dengan mengintegrasikan analisis pemprofilan risiko proprietari PIVOT dan portal atas papan pelanggan dengan teknologi AI PINTEC, PIVOT telah membangunkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digital akhir-ke-akhir mereka sendiri yang dikuasakan oleh mesin pembelajaran AI.

Jenama pengguna PIVOT adalah “SquirrelSave”, yang mereka bentuk penyelesaian peruntukan aset dengan menggunakan portfolio model tepat masa yang didorong oleh AI yang terdiri daripada Tabung Didagangkan Bursa (“ETF”) dan analisis 24x7, sentiasa diuruskan mengikut profil risiko tertentu bagi setiap pelabur.

“Mesin pembelajaran AI boleh menjejaki dan meramalkan hasil pulangan risiko pelaburan tepat masa dengan lebih cekap berbanding manusia. SquirrelSave boleh menangani keperluan pengurusan risiko bagi pelabur sedia ada dan keperluan yang tidak dipenuhi bagi yang tidak dilayani dan kurang mendapat perhatian, dengan profesionalisme, integriti, nilai, objektiviti dan ketelusan,” kata Victor Lye. “Kemasukan PIVOT ke dalam ruang pengguna dengan lesen CMS ini menyokong visi kami tentang bagi keterangkuman kewangan melalui gangguan konstruktif dan menyokong visi Singapura untuk menjadi sebuah hab inovasi teknologi kewangan.”

Secara strategik, PIVOT akan menghubungkan pengalaman PINTEC yang meluas yang didorong oleh AI di China dan pembangunan teknologi kewangan Singapura. Satu matlamat jangka pendek adalah bagi PIVOT untuk melatih satu kumpulan bakat AI tempatan dengan kerjasama institusi pendidikan Singapura.

Sistem peruntukan aset PINTEC yang didorong oleh AI adalah berjenama “POLARIS” di China. Dilancarkan pada Jun 2016, POLARIS telah berjaya melaksanakan platform mesin pembelajaran AI untuk institusi kewangan China yang utama seperti Minsheng Securities, Bank of Zhengzhou, dan Guoyuan Securities.

“Di PINTEC, kami amat berbesar hati untuk menyokong pertumbuhan PIVOT di Singapura dengan algoritma peruntukan aset kami yang telah lulus piawaian pematuhan ujian dan kawal selia yang ketat untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi portfolio pelaburan jangka panjang yang rendah kos, telus dan risiko diuruskan,” kata Zheng Yudong, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Perniagaan Pengurusan Kekayaan PINTEC.

“Sebagai sebuah pemegang saham utama, PINTEC amat teruja dengan peluang yang ditawarkan oleh lesen CMS di Singapura dan akan terus menyokong PIVOT di dalam misi mereka untuk menawarkan perkhidmatan teknologi pengurusan kekayaan digital yang dikuasai oleh kecerdasan buatan dan mesin pembelajaran di seluruh Asia Tenggara.”

Maklumat mengenai PIVOT Fintech

PIVOT Fintech yang berpangkalan di Singapura telah dilancarkan pada Oktober 2017 oleh usahawan korporat Victor Lye dan Kumpulan PINTEC (www.pintec.com) untuk menawarkan perkhidmatan teknologi pengurusan kekayaan digital B2B & B2C di seluruh Asia Tenggara yang dijanakan oleh AI dan mesin pembelajaran. PIVOT adalah usaha pertama PINTEC di luar China dan juga disokong oleh Kumpulan FWD yang memiliki syarikat insurans hayat pan-Asia, dan pelabur mewah yang menyediakan modal untuk permulaan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pivotfintech.com

Maklumat mengenai PINTEC

PINTEC adalah sebuah platform teknologi bebas terkemuka yang membolehkan perkhidmatan kewangan di China. Dengan menghubungkan rakan perniagaan dan kewangan di platform terbuka mereka, PINTEC membolehkan mereka untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada pengguna akhir dengan cekap dan berkesan. Syarikat itu menawarkan kepada rakan-rakan mereka dengan satu penyelesaian lengkap yang disesuaikan, yang mencakupi dari pembiayaan tempat jualan, pinjaman ansuran peribadi, pinjaman ansuran perniagaan, kepada pengurusan kekayaan dan produk insurans. Dengan memanfaatkan infrastruktur teknologi yang berskala dan boleh dipercayai, PINTEC memberikan pelbagai industri menegak yang meliputi perjalanan dalam talian, e-dagang, telekomunikasi, pendidikan dalam talian, platform SaaS, teknologi kewangan, pencarian internet, dan iklan kecil dan penyenaraian dalam talian; serta pelbagai jenis rakan kongsi kewangan termasuk bank, broker, syarikat insurans, dana pelaburan dan amanah, syarikat pembiayaan pengguna, platform rakan ke rakan dan institusi serupa yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pintec.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190324005011/en/

Hubungi

Media:
PINTEC
Annie He
Telefon:+86 (10) 8564-3436
yini.he@pintec.com

ICR Inc.
Edmond Lococo
Telefon: +86 (10) 6583-7510
Edmond.Lococo@icrinc.com

Sumber : PIVOT Fintech Pte. Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.