ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PEMBAYAR CUKAI SYARIKAT GAGAL KEMUKA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN TT2018 LAYAK SERTAI PKPS

Thursday 21/03/2019



KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa pembayar cukai kategori syarikat yang mempunyai tempoh perakaunan berakhir 31 Januari 2018,  28 Februari 2018 dan 31 Mac 2018 yang gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran (TT) 2018 adalah layak untuk menyertai Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) dan menikmati pengurangan penalti dari 300% kepada 10% atau 15% mengikut fasa yang disertai oleh mereka.

Tarikh akhir pengemukaan BNCP kategori syarikat bagi Tahun Taksiran 2018 adalah 7 bulan daripada tarikh tempoh perakaunan syarikat tersebut berakhir. Ini bermakna tarikh akhir pengemukaan BNCP bagi Tahun Taksiran 2018 kepada LHDNM bagi syarikat-syarikat yang mempunyai tempoh perakaunan seperti di atas sudah tamat. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat ini masih lagi layak untuk menyertai PKPS, seterusnya menikmati kadar penalti yang ditawarkan ini sekiranya BNCP bagi Tahun Taksiran 2018 dikemukakan di dalam tempoh PKPS manakala baki bayaran cukai tersebut sekiranya ada, perlu dibuat sebelum program ini berakhir.
 
Fasa pertama PKPS akan tamat pada 31 Mac 2019, manakala fasa kedua akan tamat pada 30 Jun 2019. Justeru itu, LHDNM menyeru pembayar cukai terutamanya pemilik akaun bank di luar negara yang mempunyai pendapatan yang tidak pernah dilaporkan kepada LHDNM agar segera tampil menyertai program ini.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila:
i.     Kunjungi Pejabat LHDNM yang berhampiran;
ii.    Hubungi Hasil Care Line LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau 603-7713 6666 (Luar Negara) ; atau
iii.  Menghantar e-mel pertanyaan kepada: pengakuansukarela@hasil.gov.my

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tel : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks : 03-8313 7873
Hasil Careline : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.