ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  TEKS UCAPAN YBHG. DATO' AZMAN MAHMUD KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MIDA (DIBACA OLEH EN. ZABIDI MAHBAR TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MIDA)

Thursday 21/03/2019



MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM PERANTISAN 2019, 21 MAC 2019 (KHAMIS), 2.15 PETANG, DEWAN PERDANA, MIDA 

Terima kasih Pengacara Majlis.
 
Yang Berbahagia Dato' Sri Norazman Ayob
Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI
 
Yang Berusaha En. Zainuren bin Hj. Mohd Nor
Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
 
Yang Berusaha Dr. Aruna Binti Ismail@ Abdul Wahab
Pengarah, Sistem Latihan Dual Nasional,
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
 
Yang Berbahagia Dato' Soh Thian Lai
Presiden, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)
 
Para Graduan,
 
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,                                                          
 
Selamat datang ke Majlis Konvokesyen Program Perantisan 2019. MIDA sangat menghargai kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dalam menjayakan program ini.
 
Program perantisan yang mensasarkan pelajar lepasan PT3 ini merupakan program pintas dalam menyediakan pekerja vokasional berkemahiran yang boleh diserap terus ke dalam industri. Program ini disesuaikan daripada model latihan TVET Jerman, di mana 70 peratus latihan dijalankan di industri manakala 30 peratus selebihnya dijalankan di institusi latihan.
 
Hasilnya...pada hari ini kita akan menyaksikan kumpulan pertama program tersebut iaitu seramai 24 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan bakal dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Syabas diucapkan!
 
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
 
Ketersediaan tenaga kerja mahir adalah penting dalam usaha untuk mengubah semua sektor ekonomi ke arah aktiviti berintensifkan pengetahuan, mendorong produktiviti pekerja dan menarik pelaburan berkualiti ke Malaysia. Pada setiap tahun, jumlah projek perkilangan yang diluluskan oleh MIDA terus meningkat. Oleh yang demikian, latihan yang diterajui oleh industri untuk pembangunan kemahiran tenaga kerja tempatan dan kerjasama industri akademik diperlukan untuk memastikan penawaran itu sesuai dengan permintaan industri.
 
Kejayaan program pertama ini menyuntik semangat kepada MIDA untuk terus komited dalam mempergiatkan hubungan kerjasama industri dan akademia bagi melahirkan pekerja berkemahiran dan berkelayakan, seterusnya merapatkan jurang kemahiran yang wujud dalam kalangan tenaga kerja tempatan.
 
Program fasa kedua bakal bermula pada akhir bulan April 2019 dan pihak MIDA menggesa agar lebih banyak syarikat lagi akan mengambil bahagian bagi mewujudkan lebih banyak peluang penempatan latihan bagi para peserta program.
 
Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Konvokesyen Program Perantisan 2019 kali ini. Kepada semua graduan, selamat maju jaya.
 
Sekian, terima kasih.

Sumber: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia 
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: En. Mohamad Ismail Abu Bakar
Pengarah, Bahagian Pengurusan Talent Industri Dan Ekspatriat, MIDA
Tel: 03-2267 6715
Emel: ismail@mida.gov.my 
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.