ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  CORSAIR INFRASTRUCTURE PARTNERS MENGUMUMKAN PELABURAN JANGKA PANJANG OLEH HARBOURVEST PARTNERS

Thursday 21/03/2019



HarbourVest melabur di dalam tiga dana yang diuruskan oleh CIP yang memberi tumpuan kepada infrastruktur pengangkutan

NEW YORK, 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Corsair Infrastructure Partners (“CIP”), perniagaan pelaburan infrastruktur global bagi Corsair Capital (“Corsair”), hari ini mengumumkan bahawa HarbourVest Partners ("HarbourVest"), sebuah pelabur institusi terkemuka yang aktif merentasi pelbagai kelas aset dan geografi, telah melabur di dalam tiga dana baharu yang dikendalikan CIP yang diwujudkan untuk menggerakkan modal ke dalam sektor penerbangan, pelabuhan, dan jalan raya.

Pada awal tahun ini, dana baharu CIP ditutup berikutan pengambilalihan pemegangan saham dalam tiga syarikat platform -- pemaju lapangan terbang Vantage Airport Group, pemunggah kargo Australia DP World Australia, dan pengendali jalan tol Sepanyol Itínere Infraestructuras -- dari pelbagai pemegang saham yang menjual termasuk Gateway Infrastructure Investments, sebuah legasi entiti yang diurus oleh CIP. Pelaburan dari HarbourVest berasal daripada sebuah modal institusi jangka panjang yang dikhususkan untuk menyokong penaja ekuiti infrastruktur seperti CIP, dan akan memainkan satu peranan penting di dalam pelaksanaan strategi pertumbuhan CIP bagi ketiga-tiga platform itu.

Hari R. Rajan, Pengarah Urusan bagi Corsair dan Ketua bagi CIP berkata, “Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan HarbourVest sebagai sebuah pelabur utama di dalam dana baharu kami. HarbourVest mempunyai reputasi yang kukuh dan mempamerkan rekod prestasi bekerja dengan rakan-rakan umum di dalam ruang infrastruktur, dan kami tidak sabar-sabar untuk menjalin satu perhubungan yang lama dan produktif.”

Kevin Warn-Schindel, Pengarah Urusan di HarbourVest berkata, “Kami sangat teruja untuk menjalin kerjasama dengan Corsair dalam pelaburan ini kerana kami percaya portfolio bagi aset infrastruktur berkualiti tinggi yang dikendalikan oleh pasukan Corsair yang terdiri daripada profesional pelaburan yang berpengalaman merupakan satu pelaburan yang menarik untuk strategi infrastruktur HarbourVest. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Corsair dan pasukan pengurusan itu untuk terus mengembangkan setiap pelaburan platform dalam tempoh jangka panjang.”

Maklumat mengenai Corsair Capital dan Corsair Infrastructure Partners

Ditubuhkan pada tahun 1992, Corsair Capital adalah sebuah pelabur pakar global yang terkemuka. Corsair mempunyai sebuah platform ekuiti persendirian yang sangat dihormati yang telah melabur secara besar-besaran di dalam kesemua subsektor bagi industri perkhidmatan kewangan termasuk pengurusan kekayaan & aset, pembayaran & teknologi kewangan, perkhidmatan, insurans dan perbankan & kewangan khusus. Sejak penubuhannya, firma itu telah mengetuai atau mengetuai bersama pelaburan ekuiti persendirian bernilai $8 bilion. Firma itu juga mempunyai sebuah penajaan ekuiti infrastruktur global dan perniagaan pengurusan pelaburan, Corsair Infrastructure Partners, yang ditubuhkan pada tahun 2015 dan menguruskan sebuah dana infrastruktur bernilai $2.9 bilion. Maklumat lanjut mengenai Corsair Infrastructure Partners boleh didapati di www.corsair-infrastructure.com.

Maklumat mengenai HarbourVest Partners

HarbourVest adalah sebuah pakar pelaburan pasaran persendirian global, bebas yang mempunyai 36 tahun pengalaman dan lebih daripada $58 bilion dalam aset di bawah pengurusan, sehingga 31 Disember, 2018. Platform global Firma itu yang mantap menawarkan kepada pelanggan dengan peluang-peluang pelaburan melalui pelaburan dana utama, pelaburan sekunder, dan pelaburan bersama langsung dalam dana bercampur atau akaun yang diuruskan secara berasingan. HarbourVest mempunyai lebih daripada 500 orang pekerja, termasuk lebih daripada 100 profesional pelaburan merentasi Asia, Eropah, dan benua Amerika. Pasukan global ini telah komited lebih daripada $35 bilion kepada dana-dana yang baharu dibentuk, menyelesaikan lebih daripada $19 bilion dalam pembelian sekunder, dan melaburkan lebih $9 bilion secara langsung di dalam syarikat-syarikat beroperasi. Menjalin perkongsian dengan HarbourVest, pelanggan mempunyai akses kepada penyelesaian yang disesuaikan, perhubungan yang sudah lama terjalin, wawasan yang dapat dilaksanakan, dan hasil yang terbukti.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190320005503/en/

Hubungi

Media:
Sard Verbinnen & Co
Matt Benson / David Millar / Danya Al-Qattan, +1 212-687-8080
Conrad Harrington, +44 20 7467 1050

Sumber : Corsair Infrastructure Partners

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.