ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  ORGANISASI ZON BEBAS DUNIA AKAN MENUBUHKAN IBU PEJABAT ASIA PASIFIK DI KAWASAN BAHARU JIANGDONG, HAIKOU

Thursday 21/03/2019



AsiaNet 77853

HAIKOU, China, 21 Mac, 2019 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Organisasi Zon Bebas Dunia (FZO Dunia) telah memilih untuk menubuhkan ibu pejabat Asia Pasifik mereka di Haikou, yang merupakan satu daripada projek pembangunan bagi zon perdagangan bebas (FTZ) perintis Hainan (kumpulan ketiga). Ibu pejabat Asia Pasifik bagi FZO Dunia akan ditempatkan di zon untuk ibu pejabat di Kawasan Baharu Jiangdong, Haikou.

Berdaftar di Geneva dan beribu pejabat di Dubai, Organisasi Zon Bebas Dunia (FZO Dunia) mempunyai impak global yang mendalam. FZO Dunia telah dilancarkan oleh 14 FTZ termasuk Zon Perdagangan Bebas Shanghai dan Zon Bebas Lapangan Terbang Dubai. FZO Dunia termasuk ahli-ahli dari lebih 100 buah negara dan rantau, dan telah mewujudkan kerjasama jangka panjang dan stabil dengan banyak organisasi antarabangsa yang penting, termasuk Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Li Guanglian, Ketua Pengarah bagi Pejabat China bagi FZO Dunia, berkata bahawa Organisasi Zon Bebas Dunia akan menetap di Haikou, untuk menyokong dengan lebih baik pembangunan bagi FTZ China, khususnya FTZ Hainan dan pelabuhan perdagangan bebas Hainan. Ia akan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan untuk kerajaan, perusahaan dan pelabur, menyokong pembangunan bagi industri-industri yang berkaitan di China, mengukuhkan liberalisasi dan permudahan bagi pelaburan dua hala, menggalakkan globalisasi ekonomi, dan membangunkan Haikou menjadi pintu masuk untuk komunikasi dan kerjasama China dengan bahagian lain di dunia.

Beliau berkata, menurut pelan itu, ibu pejabat Asia Pasifik bagi FZO Dunia akan menjadi pusat pentadbiran bagi rantau ini, dan akan juga melayani beberapa urusan di ibu pejabat Dubai. Ia akan membangunkan hab untuk perdagangan bebas antarabangsa, dan menarik FTZ utama dunia dan perusahaan yang berkaitan untuk mewujudkan pejabat serantau di sini. Sebuah institut penyelidikan di zon bebas dunia akan diwujudkan, untuk melakukan penyelidikan dan menyediakan latihan di zon-zon bebas, untuk mewujudkan piawaian bagi FTZ China, dan untuk mengumpulkan dan menyusun data mengenai FTZ China. Ia akan bekerjasama dengan universiti, organisasi dan pakar yang telah membuat penyelidikan mendalam tentang FTZ, untuk menubuhkan Universiti Terbuka Hainan bagi Organisasi FTZ. Sebuah pusat media dunia mengenai FTZ dan sebuah hab maklumat akan juga ditubuhkan. Usaha akan juga dilakukan untuk mewujudkan Forum FTZ Dunia (China) di Haikou secara kekal, dan bagi menubuhkan Dana Pembangunan FTZ.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran bagi Bandar Raya Haikou  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.