ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PROJEK PEMBANGUNAN DI NEGERI SEMBILAN

Thursday 21/03/2019



KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri, (JKN) Negeri Sembilan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan Ke-3 (RMK 11, RP3) telah memperuntukkan sejumlah RM 1,190 juta untuk projek-projek di Negeri Sembilan. Daripada jumlah tersebut, RM660 juta adalah bagi projek sambungan manakala RM530 juta adalah bagi projek baru.

Antara projek-projek dalam perlaksanaan termasuklah;

- Pembinaan Hospital Rembau, ~99% siap;
- Klinik Kesihatan Jenis 3 Nilai, ~94% siap;
- Klinik Kesihatan Jenis 5 Lenggeng, ~31% siap;
- Klinik Kesihatan Jenis 3 Palong 7&8, Jempol, ~9% siap dan;
- Klinik Kesihatan Jenis 4 dengan kuarter Rompin, Jempol, ~ di dalam proses tender.

Dua lagi projek yang akan dilaksanakan adalah pembinaan Blok Pakar Hospital Port Dickson dan pembinaan Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

JKN juga mencadangkan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 2 di Bandar Baru Sendayan bagi menggantikan Klinik Kesihatan Sendayan yang lama (sejak 1974) yang tidak mampu lagi menanggung peningkatan jumlah pesakit yang datang.

KKM terus komited untuk mempertingkatkan kemudahan kesihatan untuk rakyat di Malaysia pada amnya dan Negeri Sembilan khususnya.

DR. LEE BOON CHYE
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia 

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman Bin Abdul Rahman

Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88833470 / 013-3997025

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.