ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ULAB SYSTEMS MENGUMUMKAN PERKONGSIAN DENGAN DENTAL ASSIST UNTUK MEMPERLUASKAN PENGKOMERSIALAN BAGI PERISIAN PERANCANGAN RAWATAN DI JEPUN

Thursday 21/03/2019



REDWOOD CITY, Calif., 21 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- uLab Systems, pencipta bagi perisian perancangan rawatan ortodontik dalam pejabat yang berinovatif, telah mengumumkan satu perkongsian dengan Dental Assist untuk pengkomersialan di Jepun. Dental Assist adalah sebuah pengeluar terkemuka bagi pendakap gigi untuk pengilang utama bagi pakar ortodontik dan klinik pergigian di Jepun.

Charlie Wen, Presiden bagi uLab Systems menyatakan, “Dental Assist menawarkan kepada kami dengan satu peluang yang baik untuk membantu mengembangkan pasaran pendakap gigi di Jepun. Pada peringkat permulaan, Dental Assist telah menghubungi kami untuk mencari satu penyelesaian yang lebih baik untuk menskalakan output pengeluaran makmal digital mereka. Dalam hanya masa beberapa bulan, kami telah dapat meningkatkan pengeluaran mereka dengan perisian uLab. Hasil kami menguatkan nilai dan kuasa perisian uLab Systems boleh bawa kepada proses pengeluaran pendakap gigi.”

Dental Assist memberi tumpuan terutamanya kepada pembuatan pendakap gigi dan mempunyai banyak pengalaman dengan perisian perancangan pendakap gigi. Apabila Dental Assist beralih kepada uLab Systems, mereka teruja untuk mendapati sebuah perisian pendakap gigi yang berkuasa dan berintuitif. Dr. Naozumi Matsumoto, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Dental Assist berkata, “Perkongsian kami dengan uLab telah membantu untuk mengubah proses pembangunan pendakap gigi kami. Perisian uLab Systems itu telah melebihi jangkaan kami dan kami berharap untuk melihat inovasi tambahan pada masa akan datang yang akan memaju dan menambahkan kecekapan kepada perkhidmatan kami.”

uLab sedang secara aktif menyiapkan diri untuk memperluaskan pelancaran mereka dengan menawarkan lesen baharu kepada pakar-pakar ortodontik pada mesyuarat tahunan Persatuan Pakar Ortodontik Amerika pada Mei. Sekiranya anda ingin mempelajari dengan lebih lanjut mengenai uLab Systems atau berminat untuk berinteraksi dengan uLab di luar Amerika Utara, sila layari laman web www.ulabsystems.com atau hubungi kami melalui maklumat di bawah.

Maklumat mengenai uLab Systems

uLab diterajui oleh usahawan dan ahli teknologi yang komited untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti ortodontik dan pesakit mereka dengan memberi kawalan kembali kepada pakar-pakar ortodontik. uLab Systems terletak di Redwood City, CA dan ditubuhkan pada tahun 2015 oleh Charlie Wen dan Amir Abolfathi.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190320005102/en/

Hubungi

Joe Breeland
Ketua Pegawai Komersial
joe@ulabsystems.com

Sumber : uLab Systems

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.