ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PRESTASI PELABURAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2018

Wednesday 20/03/2019



SHAH ALAM, 20 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad hari ini telah menganjurkan sidang akhbar bagi pengumuman ‘Prestasi Pelaburan Negeri Selangor 2019’ bertempat di Lobi Dewan Annex, Bangunan Annex, Bangunan Dewan Negeri Selangor 40680 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
 
‘Prestasi Pelaburan Negeri Selangor Tahun 2018’ tersebut secara rasminya telah diumumkan oleh Y.A.B Tuan Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor di dalam sidang akhbar ini yang menyatakan prestasi pelaburan Negeri Selangor bagi tahun 2018 secara keseluruhannya, adalah sangat baik dan bersejarah untuk Negeri Selangor dan Invest Selangor Berhad. Kejayaan Prestasi Pelaburan bagi tahun 2018 ini berikutan peningkatan yang diperolehi tidak hanya melebihi sasaran tetapi juga merupakan rekod tertinggi sejak 30 tahun yang lalu.
 
Jumlah Projek Yang Diluluskan Dalam Sektor Perkilangan Tahun 2018
Daripada statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 2018 yang dikeluarkan baru-baru ini, sebanyak 241 projek perkilangan telah diluluskan di Selangor bagi tahun 2018, berbanding sebanyak 202 projek perkilangan yang diluluskan pada tahun 2017. Jumlah projek yang diluluskan ini merupakan yang tertinggi di dalam Negara bagi tahun bagi tahun 2018 berbanding negeri-negeri lain. Ianya juga merupakan peningkatan sebanyak 19% dari segi bilangan projek.

Jumlah Pelaburan Yang Diluluskan Dalam Sektor Perkilangan Tahun 2018
Manakala, jumlah nilai pelaburan yang diluluskan pula berjumlah RM18.947 billion berbanding sebanyak RM5.592 billion pada tahun 2017. Pencapaian yang tinggi ini merupakan peningkatan sebanyak 238% berbanding tahun sebelumnya dan ini merupakan pencapaian tertinggi di dalam sejarah negeri Selangor.
 
Pelaburan Langsung Asing (FDI)
Pencapaian yang mengagumkan ini juga diterjemahkan melalui keyakinan yang ditunjukkan oleh pelabur asing yang mana pelaburan langsung asing (FDI) menunjukkan peningkatan sebanyak 400.7% berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2018, Negeri Selangor telah menerima RM10.837 billion pelaburan langsung asing, berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM2.164 billion.
 
Pelaburan Tempatan (DDI)
Pelaburan oleh pelabur tempatan juga menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 136% berbanding tahun sebelumnya. Pada 2018, sejumlah RM8.11 billion disumbangkan oleh pelabur tempatan, berbanding RM3.427 billion pada tahun 2017.
 
Pelaburan Baru vs Pengembangan Pelaburan
Pelaburan baru juga mencatatkan peningkatan sebanyak 427% iaitu sebanyak RM 13.522 billion pada tahun 2018, berbanding sebanyak RM2.565 billion pada tahun 2017. Pengembangan Pelaburan juga merekodkan peningkatan sebanyak 79.2% berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM5.424 billion pada tahun 2018, manakala sebanyak RM3.026 billion direkodkan pada tahun 2017.
 
Peluang Pekerjaan
Secara keseluruhannya, 18,475 peluang pekerjaan telah direkodkan di sektor perkilangan bagi tahun 2018, yang merupakan yang tertinggi di Negara ini dan juga telah meningkat sebanyak 84%, berbanding dengan 10,031 peluang pekerjaan di sektor perkilangan  pada tahun 2017.

Pelaburan Mengikut Negara
Dari segi pelaburan oleh pelabur asing, pelaburan dari Negara China merupakan penyumbang tertinggi dari segi nilai pelaburan iaitu sebanyak RM3.934 billion yang telah dilaburkan tahun lepas. Mereka telah melabur di dalam sektor barangan asas logam (seperti hot rolled coils, cold rolled coils), produk kertas (seperti wet pulp board, corrugated box, kraftliner board dan lain-lain) dan sektor lain.

Negara Jepun pula merupakan penyumbang tertinggi dari segi bilangan projek dengan 27 projek yang diluluskan tahun lepas berjumlah RM435.6 juta. Bidang yang mereka terlibat antaranya adalah seperti industri semiconductor, factory automation parts, industri makanan (seperti produk ayam & daging yang diproses), produk LED, automotif dan banyak lagi.
 
Pelaburan Mengikut Sektor
Sumbangan tertinggi bagi industri pelaburan mengikut sektor adalah Produk Berasas Logam dengan RM6.892 billion, diikuti oleh Kertas, Percetakan dan Penerbitan (RM5.1 billion), produk berasas getah dengan RM1.29 billion, Pengilangan Makanan (RM835 juta) dan Produk Plastik (RM698 juta).
 
Pelaburan Yang Diluluskan Dalam Sektor Perkhidmatan Tahun 2018
Negeri Selangor juga merekodkan jumlah pelaburan yang tertinggi di Negara ini di sektor perkhidmatan iaitu sebanyak RM5.784 billion pada tahun lepas berbanding RM4.5 billion pada tahun 2017. Dari jumlah ini sebanyak RM4.9 billion disumbangkan oleh pelabur tempatan dan RM881.5 juta oleh pelabur asing. Projek-projek yang terlibat di bawah sektor perkhidmatan ini adalah perkhidmatan oil & gas, renewable energy, private healthcare, aktiviti R&D, logistik dan lain-lain.
 
Kejayaan prestasi ini juga menunjukkan keyakinan komuniti perniagaan antarabangsa dan tempatan terhadap ketelusan dan kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor serta keberkasanan usaha-usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi agensi penggalakkan pelaburannya iaitu Invest Selangor Berhad serta kerjasama dan sokongan padu dari jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan agensi-agensi teknikal yang lain.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai sidang akhbar ini, sila hubungi Encik Azrul Shah Mohamad/ Puan Haslinda Hussin/ Puan Maryani Mat Saad (Jabatan Komunikasi Korporat, Invest Selangor) di talian 03-5510 2005 atau email azrul@investselangor.my / haslinda@investselangor.my/ maryani@investselangor.my .  
 
 
Disediakan oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
Invest Selangor Berhad
20hb Mac 2019


SUMBER : Invest Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama : Encik Azrul Shah Mohamad
Tel : 03-5510 2005
Emel : azrul@investselangor.my

Nama : Puan Haslinda Hussin
Tel : 03-5510 2005
Emel : haslinda@investselangor.my

Nama : Puan Maryani
 Mat Saad
Tel : 03-5510 2005
Emel : maryani@investselangor.my  

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.