ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PENGAWAL ATUR LDO PELETAKAN PERMUKAAN KECIL BAHARU TOSHIBA MENGURANGKAN PENGGUNAAN KUASA DAN MEMBAWA MASA OPERASI LEBIH LAMA KEPADA PERANTI YANG DIPACU OLEH BATERI

Wednesday 20/03/2019



TOKYO, 20 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan dua siri baharu bagi pengawal atur LDO peletakan permukaan kecil untuk aplikasi di dalam bekalan kuasa bagi peranti mudah alih, imejan dan produk audio visual. 40 pengawal atur dalam siri TCR5BM itu menyokong satu voltan ciciran yang serendah 100mV dan arus output maksimum 500mA, dan 40 lagi dalam siri TCR8BM memperluaskan sokongan kepada 170mV dan 800mA. Siri TCR5BM dan TCR8BM itu boleh didapati dengan VOUT yang serendah 0.8V, atau setinggi 3.6V.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190319005402/en/

Kedua-dua siri sesuai untuk aplikasi yang termasuk bekalan kuasa bagi MCU, peranti RF, dan sensor kamera CMOS di dalam peranti mudah alih atau imejan dan peralatan audio visual, yang semakin menggunakan voltan lebih rendah di sekitar 1V.

Pengeluaran secara besar-besaran bermula secara berperingkat dari Januari 2019 dan penghantaran bermula hari ini.

Dengan menggunakan MOSFET N-saluran rintangan rendah yang direka bentuk dengan proses generasi terkini dan voltan bias luaran, kedua-dua siri telah mengurangkan voltan ciciran, satu punca bagi kehilangan kuasa, hingga kira-kira 67% daripada produk semasa Toshiba[1], yang terendah di dalam industri[2].

Di samping itu, dengan nisbah penolakan beriak 98 dB (jenis), produk baharu itu menyampaikan operasi yang stabil yang tahan dengan bunyi frekuensi tinggi dari persekitaran luaran dan penukar DC-DC, kedua-duanya merupakan punca kepada kerosakan. Mereka juga menyampaikan tindak balas sementara beban pantas yang menghalang kerosakan yang disebabkan oleh penukaran pantas bagi mod operasi IC.

Arus tenang adalah kira-kira 50% lebih rendah daripada pengawal atur LDO arus tinggi yang lain yang berada di pasaran[2], sekali gus merealisasikan penggunaan kuasa yang lebih rendah oleh peranti dan masa operasi yang lebih lama untuk peranti yang dipacu oleh bateri.

Kedua-dua siri ditempatkan di dalam pakej peletakan permukaan kecil 1.2x1.2mm DFN5B[3], yang sangat baik untuk reka bentuk ruang terkawal. Siri TCR5BM menyokong sehingga 500mA dan siri TCR8BM menyokong sehingga 800mA, yang membolehkan pengguna untuk mereka bentuk produk dengan lebih mudah.

Aplikasi

Peranti mudah alih, peralatan imej & audio visual
  • Bekalan kuasa sensor CMOS
  • Bekalan kuasa MCU
  • Bekalan kuasa RF
Ciri-ciri
  • Voltan ciciran rendah:
    VDO = 100 mV (jenis) (siri TCR5BM)
    VDO = 170 mV (jenis) (siri TCR8BM)
  • Nisbah penolakan beriak tinggi: R.R. = 98 dB (jenis)
  • Ciri-ciri tindak balas beban pantas memastikan operasi yang stabil apabila mod operasi berubah

Sila klik di sini untuk Spesifikasi Utama

Sila klik di sini untuk Barisan Produk

Nota:
[1] Sebagai perbandingan dengan siri TCR5AM semasa Toshiba.
[2] Sehingga 20 Mac, 2019, tinjauan Toshiba.
[3] Pakej DFN5B: 1.2×1.2 mm (jenis)

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk-produk baharu di pengedar dalam talian, sila layari:
Siri TCR5BM
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TCR5BM.html
Siri TCR8BM
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TCR8BM.html

Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk baharu ini, sila layari:
Siri TRC5BM
https://toshiba.semicon-storage.com/list/index.php?p=&h=&sort=3%2Casc&code=param_610®ion=
apc&lang=en&cc=&scroll_x=0&scroll_y=0&t%5B%5D=0%7CTCR5BM


Siri TCR8BM
https://toshiba.semicon-storage.com/list/index.php?p=&h=&sort=3%2Casc&code=param_610®ion=
apc&lang=en&cc=&scroll_x=0&scroll_y=0&t%5B%5D=0%7CTCR8BM


Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran & Jualan Peranti Isyarat Kecil
Tel: +81-3-3457-3411
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190319005402/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.