ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  IDEAL INDUSTRIES, INC. MEMPEROLEH SISTEM KAWALAN PENCAHAYAAN KOMERSIAL DAN PENCAHAYAAN PINTAR CREE

Tuesday 19/03/2019



Pembelian Menjadikan IDEAL sebagai Peneraju Dunia dalam Kawalan Pencahayaan Komersial dan Pencahayaan Wayarles

SYCAMORE, Ill., 19 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- IDEAL INDUSTRIES, INC. hari ini mengumumkan pemerolehan Cree Lighting, yang termasuk perniagaan penyelesaian lekapan pencahayaan LED, lampu dan kawalan pencahayaan pintar untuk aplikasi komersial, industri dan pengguna milik Cree, Inc. (CREE – NASDAQ). Cree mengumumkan pertukaran pemilikan yang masih belum selesai tersebut dalam siaran awal pagi tadi. IDEAL juga memperoleh hak untuk menggunakan dan beroperasi di bawah jenama Cree Lighting™.

Cree Lighting akan menjadi divisyen operasi yang berasingan daripada IDEAL dan akan terus dipimpin oleh pengurusan semasa. Transaksi itu dijangka selesai dalam suku kedua 2019.

“Kami amat teruja untuk mengalu-alukan Cree Lighting ke dalam keluarga IDEAL,” kata Jim James, Pengerusi dan CEO IDEAL INDUSTRIES, INC. “Kami memperoleh organisasi istimewa yang sesuai untuk mencapai kejayaan berterusan dan kami bersedia untuk membantu Cree Lighting merealisasikan potensi penuhnya.”

IDEAL ialah syarikat milik keluarga, berusia 103 tahun yang diurus secara profesional dan mempunyai hubungan erat dengan industri elektrik. IDEAL mempunyai sejarah yang panjang merangkumi inovasi dan pemerolehan unggul serta beroperasi daripada perspektif generasi jangka panjang. Cree Lighting akan menjadi unit operasi jenama IDEAL ke-20.

Craig Atwater, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Cree Lighting serta pasukan Cree Lighting akan menyertai IDEAL dan perniagaan tersebut akan terus beroperasi dari Durham, N.C, Racine, Wis. dan lokasi global lain. Sepanjang dua tahun yang lepas, Atwater dan pasukannya telah memimpin organisasi tersebut untuk kembali ke kecemerlangan operasi dan inovasi.

“Ini adalah peluang yang baik untuk kami semua di Cree Lighting, serta rakan saluran dan pelanggan kami,” kata Atwater. “Komitmen keluarga IDEAL terhadap pertumbuhan mapan jangka panjang terbukti menerusi sejarah syarikat. Menjadi sebahagian daripada keluarga IDEAL bakal mengembalikan Cree Lighting kepada asas dan nilai awalnya dalam pelbagai cara. Ahli dan rakan kami akan menyaksikan bahawa IDEAL ialah pasangan budaya dan strategi yang kukuh untuk Cree Lighting.”  

Transaksi ini menambahkan jenama global terkenal dengan reputasi terhadap inovasi dan keluaran produk kukuh ke dalam portfolio IDEAL. Cree Lighting juga membekalkan kepada syarikat tersebut rangkaian agensi pencahayaan dan pasukan jualan berprestasi tinggi, keupayaan penghasilan yang signifikan di Racine, Wis., pasukan pengurusan dan organisasi yang kukuh, serta bahagian pasaran pencahayaan komersial global membangun yang besar.

“Kami yakin bahawa pasaran pencahayaan komersial global sedang mendekati fasa transformasi. Pemilik bangunan, arkitek dan jurutera jelas menginginkan penyelesaian berskala besar yang pintar, mapan dan bersifat insani. Tetapi kita lihat mereka kembali ke jenama yang kukuh seperti Cree yang mampu memberikan prestasi unggul, sokongan pelanggan dan kecemerlangan kejuruteraan yang konsisten dan boleh dipercayai,” kata James. “Kami menjangkakan dengan sokongan dan kepakaran kami, Cree Lighting akan berkembang maju dalam keadaan pasaran yang berubah-ubah ini.”

James berkata beliau menjangka syarikat tersebut akan mendapat peluang pertumbuhan tambahan dengan Teknologi SmartCast® dan sistem kawalan wayarles Audacy® Cree Lighting yang kini dipasang di Wrigley Field di Chicago, PetCo Park di San Diego, Broncos Stadium di Mile High, Denver dan tempat lain yang berskala besar di A.S., Eropah dan New Zealand.

Perihal IDEAL INDUSTRIES, INC.

IDEAL INDUSTRIES, INC. ialah perniagaan keluarga global dan dipelbagaikan yang mereka bentuk dan mengilangkan produk dan alat bermutu tinggi untuk pedagang profesional dalam industri elektrik, pemprosesan wayar, komunikasi data, aeroangkasa, automotif dan pembinaan. Syarikat berusia 103 tahun itu ditubuhkan pada 1916 berdasarkan premis membina hubungan yang ideal dengan pelanggan, pekerja dan komuniti. Syarikat ini sentiasa membangun dan berkembang secara konsisten di bawah empat generasi pemilikan keluarga.  

Untuk lebih maklumat, klik: https://www.idealindustries.com/

Perihal Cree, Inc.

Cree ialah inovator semikonduktor kuasa dan frekuensi radio (RF) Wolfspeed® , LED kelas pencahayaan dan produk pencahayaan. Rangkaian produk Wolfspeed Cree termasuklah bahan SiC, peranti suis kuasa dan peranti RF yang disasarkan untuk aplikasi seperti kenderaan elektrik, penyongsang cas laju, bekalan kuasa, telekom dan ketenteraan serta aeroangkasa. Rangkaian produk LED Cree termasuklah cip LED biru dan hijau, LED kecerahan tinggi dan LED berkuasa kelas pencahayaan yang disasarkan untuk pencahayaan dalam dan luar bangunan, paparan video, pengangkutan dan aplikasi pencahayaan khusus. Sistem pencahayaan LED dan lampu Cree sesuai untuk aplikasi dalam dan luar bangunan.

Untuk maklumat tambahan tentang produk dan Syarikat, sila rujuk https://www.cree.com/

HUBUNGAN MEDIA:

Mike Grossman
312.560.1171
mgrossman@sccadv.com

Paige Robinson
612.816.1021
probinson@sccadv.com

Sumber: IDEAL INDUSTRIES, INC.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.