ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  BENXI MENDENDANGKAN SEBUAH "LAGU MENGENAI AIS DAN API"

Wednesday 20/02/2019

AsiaNet 77491

SHENYANG, China, 20 Feb., 2019 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Hanya semasa Tahun Baru Cina pada tahun ini, pelancong dari seluruh negara telah menikmati satu pesta ais dan salji di Benxi, wilayah Liaoning. Menurut Kerajaan Perbandaran Benxi, Benxi telah mewujudkan sebuah ekonomi ais yang berinovatif untuk dengan jayanya menyelesaikan masalah lazim pelancongan "setengah tahun yang panas, setengah tahun yang terbiar" di bandar-bandar raya utara, sekali gus mengubah "sumber-sumber sejuk" menjadi "ekonomi yang panas", dan mendendangkan sebuah "lagu mengenai ais dan api".

Pada 13 Feb, 2019, Karnival Ais dan Salji Benxi telah diadakan di Huaxi Mu International Hot Spring Resort. Chen Kefeng dan rakan-rakannya, pelancong dari Shenzhen, wilayah Guangdong, telah "melengkapkan diri sepenuhnya" di lereng-lereng ski. "Kami datang ke sini terutamanya untuk terjunam besar ini, yang merupakan tahap antarabangsa," kata Chen Kefeng.

"Sangat melucukan apabila rambut anda yang basah akan menjadi keras membeku dalam masa yang singkat apabila anda berendam di mata air panas," kata seorang pelancong dari Jinan, wilayah Shandong. Pengurus besar bagi operasi di Benxi Huaxi Mu International Hot Spring Resort, Song Zhenglin berkata sejumlah besar pelancong selatan akan datang ke sini untuk bermain ski, berendam di mata air panas dan menikmati salji pada setiap musim sejuk. Terutama semasa setiap Festival Musim Bunga, kesemua bilik akan ditempah lebih awal.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menjadi satu trend untuk berendam di mata air panas, bermain ski, minum sup biri-biri dan menjamu makanan periuk panas Manchu di Benxi. Bergantung kepada sumber geologi dan ekologi yang unik, Benxi telah secara beransur-ansur membentuk satu situasi pelbagai titik mekar bagi ekonomi ais dan salji, sekali gus memacukan pembangunan kluster industri pelancongan ais-salji. Terdapat hampir 20 pusat peranginan yang mempunyai kemudahan bermain ski dan mata air panas di Benxi.

Dunia ais dan salji yang sangat sejuk itu membawa kesegaran baharu ekonomi kepada Benxi, dengan merubah tanah yang beku dan diliputi salji itu menjadi sebuah gunung emas dan perak. Menurut data pelancongan ais salji tahun 2018, Benxi telah menerima kira-kira 7.702 juta orang pelancong, dan jumlah pendapatan pelancongan mencapai 6.24 bilion yuan.

Setiausaha jawatankuasa parti perbandaran Benxi, Jiang Xiaolin, memberitahu wartawan bahawa Benxi telah mencipta sebuah model "salji ais dan mata air panas", yang telah menarik sejumlah besar pelancong dari seluruh negara dan meningkatkan pendapatan pelancongan dengan ketara. Mengambil Huaxi Mu International Hot Spring Resort sebagai satu contoh, ia telah melaburkan lebih daripada 2 bilion yuan untuk membina bandar-bandar mata air panas yang mewah di kampung-kampung pergunungan terpencil, yang menggalakkan pemulihan luar bandar dan memacukan peningkatan pendapatan dan kemakmuran penduduk kampung.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Benxi
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=330151 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.