ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  WILAYAH CHIBA MENGALU-ALUKAN PELAWAT KE "LADANG MEMETIK STRAWBERI"

Thursday 31/01/2019



AsiaNet 77253
 
CHIBA, Jepun, 30 Jan., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Pengeluaran strawberi berkembang di Wilayah Chiba, tempat bagi lebih dari 100 ladang strawberi di mana pelawat boleh menikmati "memetik strawberi," yang cukup popular dengan pelancong. Pelbagai spesies strawberi ditanam di banyak ladang memetik strawberi, dan pengunjung boleh menikmati makan buah beri itu untuk membandingkan rasa mereka. Terutamanya, "CHI-BA+BERRY," sejenis varieti baharu strawberi yang muncul di kedai-kedai pada Januari 2017, hanya terdapat di Wilayah Chiba. Wilayah itu di mana Lapangan Terbang Antarabangsa Narita ditempatkan mudah diakses dari luar negara. Wilayah Chiba, dikurniakan dengan iklim yang sederhana, menyambut musim bunga pada masa ini dengan bunga-bunga yang mengembang. Sila datang ke musim bunga Chiba untuk menikmati memakan "CHI-BA+BERRY."

Foto 1: "memetik strawberi" yang menyeronokkan
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M102229/201901292634/_prw_PI1fl_YHNG9408.jpg

 
Foto 2: Buah "CHI-BA+BERRY" yang besar dan lazat
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M102229/201901292634/_prw_PI2fl_f9bv5SZM.jpg

 
Logo "CHI-BA+BERRY: watak maskot Chiba "CHI-BA+KUN "adalah mercu tanda
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M102229/201901292634/_prw_PI3fl_iLZBVCna.jpg

 
1. Maklumat mengenai "memetik strawberi" di Wilayah Chiba
- Terdapat lebih daripada 100 ladang memetik strawberi. "CHI-BA+BERRY"
  ditanam oleh kira-kira 50 ladang.
- Musim memetik strawberi adalah dari Januari hingga sekitar Mei.
 
2. Mengenai "CHI-BA+BERRY"
- Buah beri itu sendiri adalah besar dan bentuknya cantik.
- Ia manis dan lazat.
  
Sumber: Kerajaan Wilayah Chiba

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.