ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PMC GROUP INTERNATIONAL MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN BARISAN PRODUK DARI SOLVAY, SA

Wednesday 16/01/2019



MOUNT LAUREL, N.J., 16 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PMC Ouvrie SAS, Perancis, sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PMC Group International Inc., yang merupakan sebuah cabang bebas dari PMC Group Inc., mengumumkan pengambilalihan sebuah barisan produk hidrokoloid dari Belgium yang berpusat di Solvay, SA. Produk-produk ini akan dijual secara global ke pasaran kediaman dan penjagaan peribadi (HPC), industri dan penyalutan di bawah nama dagang Rhodicare CFT, Rhodicare D, Rhodicare H, Rhodicare S, Rhodicare T, Rhodicare XC, Rhodopol 23, Rhodopol G, Rhodopol T , Rhodopol TG, Rhodopol Extra 2, dan Rhodopol Extra 2 Clear.

“Pengambilalihan produk-produk ini yang diperbuat oleh proses fermentasi menekankan peningkatan minat kami terhadap produk-produk yang dihasilkan oleh proses kimia hijau dan biologi,” kata Dr. Raj Chakrabarti, Ketua bagi PMC Group International. “Hidrokoloid yang diperolehi itu sesuai secara sinergistik dengan barisan produk fungsian bagi PMC Ouvrie, yang telah sekian lama merupakan sebuah pembekal utama bagi defoamer atau bahan antibusa kepada teknologi proses berasaskan bio,” kata beliau.

MAKLUMAT MENGENAI PMC

PMC Group adalah sebuah syarikat yang berpusat di Amerika Syarikat yang berorientasi pertumbuhan, kepelbagaian, kimia global dan farmaseutikal yang berdedikasi kepada penyelesaian yang berinovatif kepada segala keperluan di dalam pasaran akhir yang luas termasuk plastik, produk pengguna, elektronik, penyalutan, pembungkusan, perlombongan, penjagaan peribadi, makanan, automotif dan farmaseutikal. Syarikat itu dibina di atas sebuah model pertumbuhan yang mapan melalui inovasi dan pada masa yang sama mempromosikan kebaikan sosial. PMC menjalankan operasi dari sebuah platform pembuatan, inovasi dan pemasaran global dengan mempunyai kemudahan di Amerika, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut mengenai PMC dan aktiviti mereka di seluruh dunia boleh diperolehi di www.pmc-group.com.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190115005989/en/

Hubungi

Patti Griggs, 856-533-1870
pgriggs@pmc-group.com

Sumber : PMC Group International Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.