ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  DOUBLEVERIFY MEMPEROLEH LEIKI - PENERAJU PLATFORM KEPINTARAN KONTEKS

Wednesday 16/01/2019



Pemerolehan Mengukuhkan Penyelesaian Keselamatan Jenama DV Secara Global


NEW YORK, 16 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DoubleVerify, peneraju penyedia bebas untuk perisian dan analisis ukuran pemasaran hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Leiki, Ltd., peneraju platform kepintaran konteks dan pengelasan kandungan yang beribu pejabat di Helsinki, Finland dan dengan operasi merentasi Eropah. Transaksi tersebut telah diselesaikan sebagai tawaran semua tunai, semua saham pada 27 Disember 2018.

Pemerolehan Leiki mengukuhkan lagi keupayaan teras reputasi jenama global DV, yang memastikan pengiklanan jenama di Internet dipadankan dengan kandungan yang sesuai dan relevan.  Enjin perisian AI semantik Leiki menyediakan analisis definisi tinggi untuk sebarang teks (cth. artikel berita kompleks) atau data video konteks. DoubleVerify menggunakan data analisis kandungan bagi melindungi reputasi jenama untuk sepanjang transaksi media (pra dan pasca bida) dan untuk mendayakan penyasaran konteks proaktif kandungan yang sejajar dengan ekuiti jenama atau profil audiens sasaran.

Pemerolehan itu juga membawakan pasukan yang dilantik tetap dengan kepakaran ontologi khusus dan hubungan erat dengan jenama dan penerbit utama antarabangsa. Tambahan lagi, pakar Leiki mengelaskan kandungan mengikut bahasa di seluruh dunia – membantu DV memenuhi keperluan reputasi jenama pelanggan globalnya.

Wayne Gattinella, CEO DoubleVerify memberi komen tentang pemerolehan tersebut:

“Platform teknologi yang dipacu data dan kepakaran pengelasan kandungan canggih Leiki sepadan dengan tawaran reputasi jenama global DV – kecekapan teras sejak penubuhan syarikat kami lebih sedekad lalu. Kami gembira untuk mengalu-alukan pasukan Leiki – kumpulan berbakat yang pakar dalam ontologi bahasa dan analisis kandungan.”

CEO dan Pengasas Leiki, Dr. Petrus Pennanen menambah:

“Seluruh pasukan Leiki teruja untuk bergabung tenaga dengan DoubleVerify – organisasi global yang berkembang pesat dengan penyelesaian reputasi jenama terbaik. Kami akan memasarkan penyelesaian dengan keupayaan yang lebih baik menerusi penyepaduan teknologi dan kepakaran semantik Leiki dengan platform DV yang digunakan secara meluas dalam industri.”

Perihal DoubleVerify
DoubleVerify ialah peneraju penyedia bebas untuk perisian, data dan analisis ukuran pemasaran yang mengesahkan kualiti dan keberkesanan media digital untuk jenama dan platform media terbesar dunia. DV menyediakan ketelusan dan kebertanggungjawapan media untuk memberikan kualiti impresi tahap tertinggi demi prestasi pengiklanan maksimum. Sejak 2008, DV telah membantu ratusan syarikat Fortune 500 memperoleh yang terbanyak daripada perbelanjaan media mereka dengan memberikan penyelesaian terbaik merentasi ekosistem digital, yang membantu membina industri lebih baik. Ketahui lebih lanjut di doubleverify.com.

Perihal Leiki
Diasaskan pada 2000, Leiki menyediakan peneraju platform AI semantik bebas yang menawarkan pelbagai penyelesaian perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) untuk jenama dan penerbit. Pada teras teknologinya, Leiki memiliki ontologi analisis bahasa semula jadi proprietari dengan lebih daripada 200 ribu topik, yang menguasakan analisis teks dan minat audiens, penemuan kandungan serta pemprofilan dan pemetakan minat pengguna. Teknologi Leiki mempunyai pelbagai aplikasi dalam sektor pengiklanan dalam talian, termasuk pengecaman konsep, pengelasan dan pengesyoran kandungan, dan carian semantik – di samping pemprofilan pengguna pintar berdasarkan minat dan hasrat. Leiki beribu pejabat di Helsinki, Finland dengan operasi merentasi Amerika Utara dan Eropah.

Hubungan PR:
Chris Harihar dari Crenshaw Communications, bagi pihak DoubleVerify
chris@crenshawcomm.com
212.367.9748

SUMBER : DoubleVerify

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.