ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  TOSHIBA INFRASTRUCTURE SYSTEMS & SOLUTIONS CORPORATION: PENGUMUMAN BAGI SATU PESANAN UNTUK PERALATAN ELEKTRIK SISTEM TARIKAN BAGI TREN KOMUTER UNTUK PENTADBIRAN KERETA API TAIWAN

Tuesday 15/01/2019



KAWASAKI, Jepun, 15 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Infrastructure Systems & Solutions Corporation (selepas ini TISS) telah menerima satu pesanan untuk peralatan elektrik sistem tarikan untuk 520 gerabak bagi tren komuter (52 kereta api yang terdiri daripada 10 gerabak setiap satu) untuk Pentadbiran Kereta api Taiwan (selepas ini TRA). TISS merancang untuk memulakan beberapa penghantaran ke syarikat pengeluar stok guling itu Hyundai Rotem Company pada tahun 2019, dan operasi komersil akan bermula dari akhir tahun 2020.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190114005858/en/

Pesanan itu adalah untuk set lengkap bagi peralatan elektrik sistem tarikan seperti transformer, penukar kuasa dan motor tarikan, terutamanya bagi tren komuter yang berjalan di atas landasan kereta api di sepanjang pantai barat Taiwan kira-kira 430 km panjang.
Dua jenis transformer akan dikirim: jenis pendinginan udara paksa, yang membekalkan kuasa kepada kedua-dua unit kuasa tambahan dan penukar kuasa yang memacu dan mengawal motor tarikan dan yang telah digunakan oleh TRA, dan jenis pendinginan diri kompak, yang membekalkan kuasa hanya kepada sebuah penukar kuasa.
Tambahan pula, penukar kuasa terdiri daripada sebuah penukar PWM*1 tiga peringkat dan sebuah penyongsang VVVF*2 dua peringkat jenis voltan tiga fasa yang menggunakan komponen IGBT*3 dan telah digunakan oleh TRA bagi tren komuter siri EMU800, dan menggunakan sebuah sistem kawalan yang sesuai untuk sistem arahan kelajuan unik TRA bagi memastikan kebolehpercayaan yang tinggi dan menjimatkan tenaga.

Bermula pada tahun 2000 dengan penghantaran peralatan elektrik ke TRA untuk stok guling dalam tren komuter siri EMU600, TISS kini telah menyediakan TRA dengan peralatan elektrik lebih daripada 700 unit stok guling, dan TISS juga telah membekalkan peralatan elektrik untuk Rel Kelajuan Tinggi Taiwan. Pesanan terbaharu ini menunjukkan pengiktirafan yang diperolehi oleh TISS untuk pengalamannya yang luas di pasaran Taiwan.
Pada tahun 2015, TRA mengumumkan satu pelan 10 tahun untuk melabur 100 bilion dolar Taiwan (kira-kira 360 bilion yen) untuk membeli lebih 1,300 unit stok guling baharu, dan sedang dalam proses melaksanakan pelan itu. TISS akan memberi tumpuan kepada Taiwan sebagai sebuah pasaran utama untuk operasi perniagaan kereta api dan akan terus menjalankan aktiviti pemasaran di Taiwan.

* 1: Modulasi Lebar Denyut
* 2: Frekuensi Pembolehubah Voltan Pembolehubah
* 3: Transistor Dwikutub Get Tertebat

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190114005858/en/

Hubungi

Toshiba Infrastructure Systems & Solutions
Kenta Katsumata
Perhubungan Awam Kumpulan
Bahagian Perancangan Perniagaan
tiss-pr@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Infrastructure Systems & Solutions Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.