ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  AGROBANK MENGUMUMKAN PELANTIKAN CFO DAN CHRO

Tuesday 15/01/2019


En. Kamarul, CFO of Agrobank - Kamarul Azman Kamarozaman @ Amir, Ketua Pegawai Kewangan Agrobank



KUALA LUMPUR,  15 Jan (Bernama) -- Agrobank, sebuah bank milik kerajaan dengan mandat membangunkan sektor pertanian mengumumkan pelantikan Kamarul Azman Kamarozaman @ Amir sebagai Ketua Pegawai Kewangan Agrobank (CFO) dan Mohamed Parrish Ersalle Abdul Hameed, sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia Agrobank (CHRO) yang baharu. Kedua-dua mereka akan menjadi sebahagian daripada pihak pengurusan kanan Agrobank di bawah naungan Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank (P/CEO), Syed Alwi Mohamed Sultan.

Kamarul Azman adalah Akauntan Berkanun Bertauliah dengan lebih dari 20 tahun pengalaman bekerja di pelbagai bidang kewangan, perakaunan, perbendaharaan kewangan, kawalan dalaman dan fungsi kewangan korporat yang lain. Kamarul Azman memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Perakaunan dari University of Portsmouth, United Kingdom dan ahli ACCA (Association of Chartered Certified Accountant).

Sebelum menyertai Agrobank, beliau memegang beberapa jawatan kanan seperti Pengarah, Ketua Kewangan & Operasi Pelaburan di CIMB-Principal Asset Management Berhad, Kawalan Kewangan UK di Skrill Limited iaitu sebuah syarikat digital e-Wallet dan pelbagai lagi tugasan serta pengalaman di PwC UK, KPMG Europe, Pejabat EY KL dan CIMB Bank London. Setelah kembali ke Malaysia, Kamarul menyertai Agrobank pada 5 Jun 2017 sebagai Timbalan CFO dan dilantik sebagai CFO, berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Mohamed Parrish Ersalle mula berkhidmat di Agrobank pada 17 Disember 2018 sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia.

Beliau merupakan pengamal sumber manusia yang berpengalaman dengan lebih dari 27 tahun pengalaman dalam bidang kepimpinan, pembangunan warga kerja, pembangunan organisasi, pengurusan prestasi, hubungan perindustrian dan pekerja daripada pelbagai industri seperti industri pembuatan, perkhidmatan kewangan, pegangan pelaburan dan pengurusan harta.

Mohamed Parrish Ersalle memegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa.

Syed Alwi Mohamed Sultan, P/CEO Agrobank berkata, "Kami dengan berbesar hati mengalu-alukan Kamarul Azman dan Mohamed Parrish Ersalle di Agrobank. Kami yakin bahawa pengalaman kolektif dan kualiti profesional yang dimiliki mereka akan mengukuhkan kedudukan Bank. Agrobank komited dengan usaha kami ke arah sebuah institusi kewangan pembangunan (IKP) berasaskan nilai Islam yang mampan berteraskan kehendak pasaran dan memberi fokus kepada khidmat pelanggan dan pembangunan kakitangan.”

"Agrobank bakal meraikan ulang tahun ke-50 pada tahun ini. Justeru itu, Agrobank telah bersedia untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran dengan mencapai prestasi kewangan yang cemerlang selain menyumbang kearah pertumbuhan ekonomi dan menyokong usaha dan strategi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)”.

Mengenai Agrobank

Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan mandat untuk membangun dan memperkasakan sektor pertanian di Malaysia. Ia adalah sebuah bank milik Kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Sebagai Institut Pembangunan Kewangan (DFI) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor pertanian di Malaysia, Agrobank bertekad untuk mengimbangi peranan dalam aspek pembangunan dan komersial memperkasakan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang komprehensif bagi pertanian; yang merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan jualan produk pertanian kepada pengguna.

Dengan 50 tahun pengalaman dan rekod baik dalam industri perbankan pertanian, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 192 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan.

Agrobank secara rasmi bergelar institusi perbankan Islam sepenuhnya pada 1 Julai 2015.

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Ainul Rofidza Ibrahim
Tel: 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-2258210
Email: ainul.ibrahim@agrobank.com.my

Name: Budiotomo Othman
Tel: 03-2731 1600 (ext 1656) / 0 16-3504274
Email: budiotomo@agrobank.com.my

Name: Syarifah Syameen Syed Johari
Tel: 03-2731 1600 (ext 1652) / 012-3101766
Email: syameen@agrobank.com.my


Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.