ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MEMPEROLEH THE MBA TOUR

Tuesday 15/01/2019



Pemerolehan ini akan memanfaatkan data dan aset digital GMAC untuk menggalakkan lebih banyak dialog strategik antara sekolah perniagaan dan calon
 
RESTON, Va., 15 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan global untuk sekolah perniagaan terkemuka telah memperoleh The MBA Tour, jenama yang terkenal dalam industri pendidikan pengurusan siswazah. 
 
The MBA Tour menyokong usaha pengambilan global untuk sekolah perniagaan dengan mengadakan acara yang berfokuskan pendidikan perniagaan setiap tahun di seluruh dunia.  GMAC bercadang untuk menambah tawaran asas The MBA Tour, mengembangkannya ke pasaran tambahan dan meneroka cara untuk meningkatkan interaksi antara sekolah perniagaan dengan bakal pelajar, dengan cara yang diperibadikan dan kaya dengan data.
 
Pemerolehan itu sejajar dengan misi GMAC; untuk membina alat yang membantu sekolah perniagaan dan individu berbakat menemui dan menilai satu sama lain. GMAC akan menambah nilai dengan menyepadukan maklumat pasaran dan aset digitalnya untuk mencipta pengalaman acara yang lebih kaya dan menarik bakal pelajar menerusi penyelesaian pengambilan komprehensif yang menjajarkan data, capaian dan kehadirannya bersama beberapa titik interaksi calon. Tambahan lagi, GMAC akan mengembangkan acara The MBA Tour ke pasaran yang kurang mendapat perhatian, memberikan akses pengambilan yang lebih mudah kepada kelompok bakal pelajar baharu.  Dengan cara ini, GMAC akan menyediakan lebih peluang kepada sekolah untuk menjalin hubungan yang lebih kukuh, bermaklumat dan bermakna.  Dengan maklumat yang lebih banyak sebagai panduan, bakal pelajar mampu membuat keputusan yang lebih baik dari saat mereka mempertimbangkan pengajian ijazah perniagaan hingga saat mereka masuk ke fasa permohonan.    
 
“Pemerolehan The MBA Tour adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membangunkan cara yang lebih bijak dan inovatif bagi membantu sekolah perniagaan mengembangkan rancangan calon mereka dan dalam masa yang sama menyediakan program dengan penyelesaian yang lebih intuitif dan didorong oleh data untuk memenuhi keperluan pengambilan mereka,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Mencipta rancangan yang teguh dan pelbagai adalah isu kritikal yang dihadapi oleh sekolah perniagaan di seluruh dunia dan GMAC mengiktiraf peranan penting yang dimainkannya dalam menghubungkan sekolah dan calon.”
 
The MBA Tour yang kini dimiliki sepenuhnya oleh GMAC memulakan operasinya pada tahun 1993.  Ia mengehoskan lebih daripada 60 acara pendidikan perniagaan setiap tahun merentasi 6 benua dan menghubungkan calon dengan sekolah perniagaan dari Amerika Utara, Eropah, Asia, Australia dan Amerika Selatan.
 
“The MBA Tour sentiasa komited untuk menyediakan peluang terbaik kepada sekolah bagi menemui calon berkelayakan”, kata Peter von Loesecke, CEO dan Pengarah Urusan The MBA Tour.  “GMAC berada di kedudukan yang baik untuk menjadikan acara ini lebih menarik untuk sekolah dan calon dengan menggunakan data dan skala mereka dalam menyediakan calon dan sekolah untuk perbincangan yang lebih bermakna.” 
 
Pemerolehan telah diselesaikan pada 10 Januari 2019.
 
Perihal GMAC
Graduate Management Admission Council (GMAC) ialah persatuan sekolah perniagaan terkemuka di seluruh dunia. Diasaskan pada tahun 1953, kami komited untuk mencipta penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calonnya meneroka, menilai dan berhubung dengan satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon dalam perjalanan mereka ke pendidikan tinggi bagi memastikan tiada bakat yang ketinggalan.
 
GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang pembangunan dan penilaian profesional untuk industri, yang direka bentuk untuk meningkatkan seni dan sains penerimaan masuk. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Graduate Management Admission Test® (GMAT®) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling meluas digunakan dan diiktiraf oleh lebih daripada 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT®), untuk kemasukan ke program pengurusan siswazah di Asia Selatan, Afrika Selatan dan Filipina dan Penilaian Eksekutif (EA) yang direka bentuk khusus untuk Program Eksekutif di seluruh dunia.
 
Portal utama kami untuk sumber dan maklumat tentang pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.com, menerima lebih daripada 6 juta pengunjung setahun dan menampilkan alat pemadanan School Search dan Graduate Management Admission Service® (GMASS®) yang memadankan calon dengan sekolah perniagaan.
 
GMAC ialah organisasi global dengan pejabat di Hong Kong, China, Gurugram, India, Singapura, London, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang usaha kami, sila lawati www.gmac.com.
 
Hubungan media:
Geoffrey Basye, Pengarah Hubungan Media, GMAC
+1 (703) 668-9799 atau gbasye@gmac.com
 
Sumber: Graduate Management Admission Council
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.