ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  MEMBENTUK MASA DEPAN: BAGAIMANA UNIVERSITI ZHEJIANG MENGUBAH KEHIDUPAN

Monday 14/01/2019



AsiaNet 77044

HANGZHOU, China, 14 Jan., 2019/Xinhua-AsiaNet/--
 
Tanggungjawab. Kerja keras. Kesetiaan. Inilah tiga rukun bagi sebuah kehidupan yang baik menurut Profesor Madya Universiti Zhejiang Imran Haider Shamsi; seorang lelaki yang mewakili moto universiti itu: mencari kebenaran, memburu inovasi.

Lapan belas tahun di ZJU telah membantu memupuk bakat Shamsi, dari seorang mahasiwa sehingga Ph.D. dan pemegang Pasca kedoktoran untuk menjadi ahli fakulti asing mereka yang pertama di Jabatan Agronomi, Kolej Pertanian dan Bioteknologi.

"Saya telah dihasilkan di ZJU oleh ZJU dan untuk ZJU," kata Shamsi. "Saya tahu nenek moyang saya dari Pakistan dan keluarga saya dan kepercayaan saya; saya tidak pernah hilang identiti saya. Akan tetapi saya juga mengamalkan budaya China dengan hati yang sangat terbuka."

Setelah mengambil peluang yang ditawarkan kepada beliau sebagai seorang pelajar ZJU, Shamsi amat ghairah tentang peranan beliau sebagai seorang guru yang membantu memupuk generasi masa depan pelajar ZJU dan beliau telah mengumpulkan pelbagai anugerah, termasuk tempat pertama dalam pertandingan Guru Muda Universiti Kebangsaan 2016. Beliau percaya ZJU, sebagai satu daripada universiti terkemuka yang berintensifkan penyelidikan di China, menyediakan sebuah persekitaran perintis untuk penciptaan dan penyebaran pengetahuan.

Kebebasan akademik dirasai di seluruh ZJU dan menggalakkan secara positif usaha bagi kerjasama antara disiplin, penerapan penyelidikan kepada masalah dunia sebenar, dan penerokaan idea dan konsep baharu.

Ini adalah satu pendekatan yang ditunjukkan dengan jelas di dalam Institut Reka Bentuk Antarabangsa ZJU, sebagaimana yang dijelaskan oleh timbalan pengarahnya, Lingyun Sun: "Kami sangat pandai dalam mengundang profesor dan pelajar dari jurusan lain untuk menyertai kami. Kami memikirkan bidang yang paling kreatif adalah di mana sains bertemu seni, bertemu reka bentuk, bertemu kejuruteraan – pertumpuan keempat-empat bidang ini dapat memberikan peluang yang besar."

"Idea-idea kami prihatin dengan cara bagaimana kami dapat mencipta masa depan dan ZJU adalah unik kerana persekitarannya, kerana institut bersama kami dengan Alibaba (gergasi e-dagang China yang beribu pejabat di Hangzhou) dan kerana latar belakang pembuatan tempatan. Ia adalah sangat menarik buat kami bagi mempunyai peluang untuk menggalakkan pelajar-pelajar memindahkan idea mereka ke dalam pasaran."

Pameran terbaru bagi hasil kerja pelajar-pelajar reka bentuk ZJU termasuk robot origami, sebuah basikal elektrik dan sebuah bantal teknologi yang membantu pengguna memasuki tidur ringan dengan meniru 'bunyi putih' bagi alam semula jadi. Di samping itu, sebuah produk pencahayaan yang dihidupkan jelas membuktikan satu kejayaan komersial yang besar.

Inovasi juga jelas dalam pengajaran di ZJU dan pada tahun 2018 seorang daripada pengajar mereka yang paling kreatif dan popular, Weng Kai, telah dianugerahkan dengan Anugerah Sumbangan Pengajaran Cemerlang Yongping. Di sepanjang 14 kursus dalam masa satu tahun yang beliau ajar, kelas-kelas Weng telah dihadiri oleh begitu ramai pelajar, dan pada masa yang sama beliau telah juga menarik 2 juta pendaftaran untuk Kursus-kursus Dalam Talian Terbuka Secara Besar-besaran (MOOC).

"Saya adalah seorang guru yang 'liar' kerana saya tidak dilatih dalam cara yang normal. Saya memperoleh ijazah, berfikir mungkin saya boleh mengajar dengan baik dan mahu melakukannya," kata Weng dengan nada rendah hati ketika ditanya mengenai gaya pengajaran beliau. "Sebenarnya, Universiti Zhejiang mempunyai sebuah tradisi yang sangat baik tentang bagaimana ia mengajar pelajar-pelajar. Saya lulus di sini, dan saya mempunyai pengalaman guru-guru di sini. Saya juga menggunakan dalam kelas-kelas saya dengan beberapa contoh yang diajar oleh guru saya, jadi ia seperti satu warisan, satu legasi."

Weng berada di barisan hadapan pembaharuan pengajaran dan pendidikan di ZJU selama 23 tahun. Beliau percaya bahawa hubungan rapat antara guru dan pelajar di ZJU sangat penting untuk kejayaan. "Pelajar-pelajar di sini berasa sebahagian daripada sebuah keluarga besar, kami agak rapat."

Menekankan perkara itu, Ma Keyi, seorang mahasiswi di Chu Kochen Honours College, yang dihadiri oleh 5% pelajar-pelajar terbaik ZJU, begitu beria-ria untuk memberikan contoh-contoh mengenai bagaimana beliau telah disokong dalam usaha beliau.

"Kolej itu memberikan kami dengan begitu banyak sumber," kata beliau. "Saya mempunyai peluang untuk melakukan penyelidikan dan menerbitkan kertas kerja. Sementara itu, saya boleh melakukan latihan amali untuk mendapatkan pengalaman dan mempraktikkan teori. Jika anda mempunyai satu idea dan anda ingin untuk melaksanakannya kolej ini akan membantu anda, jika anda ingin belajar di luar negara kolej ini akan membiayainya, jika anda mahu melakukan sesuatu yang bernilai atau bermakna kolej ini menyokong anda dan akan menyediakan sumbernya."

ZJU juga mempunyai satu rekod yang mengagumkan dalam menyokong pelajar-pelajarnya mencapai kejayaan dalam pertandingan peringkat global. Pada tahun 2018, universiti itu meraih kejayaan pada Pertandingan Koir Antarabangsa Tokyo, RoboCup dan pertandingan Mesin Kejuruteraan Genetik Antarabangsa.

RoboCup itu – satu versi seperti manusia bagi bola sepak Piala Dunia – telah diadakan di Montreal, Kanada dan menawarkan kepada pasukan dari ZJU peluang untuk menunjukkan idea-idea inovatif mereka dalam satu pertandingan yang direka untuk menggalakkan robotik dan Penyelidikan Kecerdasan Buatan, serta melonjakkan kemajuan dalam teknologi.

Chen Zexi, seorang anggota dalam pasukan yang menang itu, mendedahkan bahawa ia adalah satu kejayaan yang memeranjatkan: "Kami menang liga bersaiz kecil. Ia sangat menakjubkan. Kami menang pada tahun 2013 dan 2014 tetapi pada tahun ini kami tidak memikirkan untuk menjadi juara kerana kami mencuba inovasi-inovasi baharu. Saya perlu memberi pujian kepada universiti itu kerana sokongan padu yang kami terima dan pembiayaan itu."

Matlamat ZJU yang dinyatakan termasuk memajukan peradaban, berkhidmat dan memimpin masyarakat, dan menggalakkan kemakmuran negara, pembangunan sosial dan kemajuan manusia. Dasar-dasar mereka adalah menyediakan platform bagi pelajar dan kakitangan mereka untuk cemerlang, seperti yang dilakukannya dengan Shamsi hampir dua dekad yang lalu. Di mana sahaja asal usul seseorang, dan apa sahaja latar belakang mereka, ZJU tidak sabar-sabar untuk membimbing evolusi mereka.

"Seorang bakat asing tidak boleh menganggap diri mereka sebagai orang asing," kata Shamsi, "Sebaliknya, anggap diri anda sebagai sebahagian daripada masyarakat di mana anda berada dan kemudian anda boleh memberi sumbangan. Bertanggungjawab untuk hidup, diri sendiri, pekerjaan anda, keluarga dan organisasi anda. Jangan takut untuk bekerja keras. Tunjukkan kesetiaan terhadap keluarga, tradisi, negara, dan organisasi tempat anda bekerja."

"Saya akan memberitahu anda satu rahsia: Setiap pagi apabila saya tiba di tempat kerja di ZJU, saya memberitahu diri saya bahawa ZJU telah memberikan saya penghormatan dan kehormatan, dan dengan kepercayaan ini saya memulakan hari saya. Ini adalah cinta yang saya miliki untuk kolej ini."
 
Sumber: Universiti Zhejiang
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=328190
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.