ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  UNIVERSITI ZHEJIANG MENDEFINISIKAN SATU ERA BAHARU UNTUK PENDIDIKAN ANTARABANGSA

Thursday 03/01/2019



AsiaNet 76929
 
HANGZHOU, China, 3 Jan., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

Konsensusnya adalah jelas. Javid, Maddelena dan Xihang Wu bercakap tidak henti-henti mengenai pengalaman mereka menjalani kehidupan sebagai pelajar di Kampus Antarabangsa Haining yang sangat mengagumkan di Universiti Zhejiang, yang dibuka pada tahun 2016 dan telah menetapkan satu templat baharu yang revolusi untuk akademik moden.

"Ia sangat unik di sini," kata Javid yang berusia 23 tahun, yang berasal dari Azerbaijan dan sedang berada dalam tahun kedua beliau mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam Pengajian China. "Segala-galanya telah diambil pertimbangan ketika mereka membina kampus antarabangsa ini; kemudahannya benar-benar moden dan direka dengan cara yang menyokong kehidupan akademik dan sosial kami. Manusia dari mana sahaja di dunia boleh berasa selesa tinggal di sini."

Pelajar-pelajar merujuk kepada sebuah perpustakaan yang besar, sebuah gimnasium, sebuah bilik muzik, bilik-bilik bacaan dan satu rangkaian luar kurikulum yang berkembang ketika mereka membincangkan kebaikan berhubung persekitaran mereka, dan Maddelena, yang telah mempelajari bahasa dan budaya China dan seorang pertukaran pelajar dari Itali, menegaskan "ia adalah sangat mudah untuk hidup di sini, segala-galanya telah disediakan".

Perbualan beralih kepada pendidikan mereka dan pujian itu meningkat setakuk. "Saya seorang rakyat China dan saya datang ke sini ke satu daripada universiti terulung di negara ini kerana program pemberian ijazah berganda," kata Xihang. "Saya sentiasa percaya bahawa jika anda selalu mencabar diri anda, anda akan mendapat lebih banyak peluang. Kampus ini telah memberikan saya banyak peluang. Saya berasa kami telah diberikan peluang untuk mengejar impian kami di sini, dan mungkin menjadi pemimpin pada masa depan."

Maddelena menambah bahawa beliau merasa lebih dicabar berbanding sebelum ini. "Di sini kami terlibat di dalam lebih banyak perbincangan dan kami membaca banyak pendapat cendekiawan yang berbeza. Ia memberikan saya keupayaan untuk melibatkan diri dalam perbahasan yang lebih meluas dan untuk menyokong idea-idea saya – ia juga mempersiapkan saya untuk kehidupan di luar universiti."

Perkongsian perintis di antara Zhejiang dan beberapa universiti terkemuka di dunia telah membantu menjadikan Universiti Zhejiang sebagai satu daripada universiti yang paling menarik di China untuk bakat-bakat pendidikan global di China. Kampus antarabangsa itu adalah tuan rumah kepada Universiti Zhejiang-University of Illinois Urbana-Champaign Institute dan Universiti Zhejiang-University of Edinburgh Institute.

"Apa yang kami tawarkan kepada pelajar di sini adalah unik; kursus-kursus, pendidikan dan kolej kediaman. Ini adalah satu keseluruhan model pendidikan yang baharu, kerjasama di antara universiti-universiti terkemuka dan pengantarabangsaan. Kami membawa idea-idea baharu bersama-sama dari budaya yang berbeza di dalam perkongsian kami," kata Er'ping Li, Dekan bagi ZJU-UIUC Institute.

"Kerjasama kami adalah satu perkongsian dua buah universiti untuk mahasiswa/mahasiswi dan graduan. Mahasiswa/mahasiswi boleh memperolehi dua ijazah -- satu dari ZJU dan satu lagi dari UoI. Kami telah bersama-sama membangunkan program dan model pendidikan baharu,  oleh itu kami mempunyai kursus-kursus di sini yang unik kepada perkongsian ini. Masa hadapan adalah mencabar, ia tidak berjaya hanya untuk menyelesaikan satu masalah di dalam satu bidang, anda perlu memahami lebih daripada satu bidang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, pelajar-pelajar mengikuti sebuah program pelbagai disiplin, dan bukannya hanya satu laluan tunggal. Kami melatih pelajar-pelajar untuk keperluan masa hadapan."

Pelajar-pelajar di Universiti Zhejiang juga berkemungkinan mendapati mereka boleh mendapat manfaat daripada kekuatan ekonomi dan keinginan untuk inovasi oleh China, menurut Profesor Susan Welburn, Dekan Eksekutif bagi Universiti Zhejiang-University of Edinburgh Institute.

"Jika anda mahukan satu pendidikan yang berkualiti baik dalam sebuah persekitaran yang selamat, bersemangat, dan terutamanya jika anda mahu menjadi seorang inovator, maka China adalah sebuah tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi," kata beliau. "Terdapat pelbagai urus janji bandar raya di mana sahaja di China, oleh itu jika anda mempunyai idea yang baik untuk tahun akhir anda atau pengajian lepasan ijazah kemudian anda mempunyai peluang untuk memperolehi wang bagi anda membawa idea itu dan berusaha dengan konsep yang berinovatif itu. Ia sangat menarik bagi sebahagian besar daripada pelajar yang datang ke sini, dan kami berhasrat untuk menjadi sebuah inkubator untuk membangunkan evolusi bagi golongan muda."

Menggambarkan peluang-peluang yang ditawarkan di Universiti Zhejiang, Profesor Welburn berkata, "Jika saya mempunyai peluang itu sekarang, saya akan belajar di sini! Mendapat peluang untuk belajar di dua buah universiti yang terbaik di dunia dan dapat untuk memiliki pengalaman yang mendalam di dalam sebuah budaya yang berbeza ketika anda sedang belajar, saya fikir itu adalah satu peluang yang luar biasa bagi kedua-dua pihak -- untuk pelajar yang mahu datang ke sini dan terlibat di dalam sebuah persekitaran antarabangsa dan juga bagi pelajar antarabangsa yang ingin memperolehi segulung ijazah selepas 4 tahun dan suatu pengalaman yang mendalam di China dengan kelancaran berbahasa Mandarin. Apa yang tidak disukai? Dan jika anda mahu menjadi seorang pemain di dalam inovasi dan penyelidikan global, anda tidak boleh mengabaikan kebangkitan China."
 
SUMBER: Universiti Zhejiang
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=327450

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.