ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  DOUBLEVERIFY DAN INMOBI BERSATU MENENTANG PENIPUAN APLIKASI MUDAH ALIH

Thursday 13/12/2018



Perkongsian yang membawa pencegahan penipuan aplikasi mudah alih kepada pengiklan secara global
 
NEW YORK, 13 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DoubleVerify ("DV"), peneraju penyedia bebas perisian dan analisis ukuran pasaran, hari ini mengumumkan perkongsian dengan InMobi, penyedia global platform perusahaan untuk pemasar. Sebagai sebahagian daripada perkongsian, DoubleVerify akan menyediakan penapisan penipuan yang sentiasa aktif dan ukuran untuk kempen pengiklanan dalam aplikasi mudah alih merentasi InMobi Exchange di seluruh dunia.
 
Penyepaduan dengan InMobi meliputi penumpuan prabida untuk semua impresi InMobi Exchange pada platform dalam aplikasi mudah alih terkemuka tersebut, serta pemantauan aktiviti penipuan pascabida, seperti perdayaan – yang membolehkan InMobi meningkatkan kualiti inventori iklan mudah alihnya.
 
“Perkongsian DV dengan InMobi menunjukkan komitmen kami dalam menyediakan liputan kualiti yang konsisten dan komprehensif untuk pengiklan jenama global,” kata Matt McLaughlin, COO di DoubleVerify. “Dengan perbelanjaan iklan yang semakin tertumpu pada mudah alih, adalah penting untuk jenama mempunyai ketelusan dalam kualiti inventori aplikasi mudah alih. Kami bangga dengan perkongsian kami bersama InMobi, yang meluaskan jejak keupayaan pencegahan penipuan kami dan membezakan lagi DV sebagai peneraju pengesahan aplikasi mudah alih.”
 
“InMobi komited dalam menyediakan ketelusan, membina kepercayaan dan memberikan hasil perniagaan kepada pengiklan kami. Perkongsian ini, berserta sokongan kami untuk kebolehlihatan DoubleVerify adalah langkah besar ke arah komitmen tersebut,” kata Anne Frisbie, SVP, Programatik Global dan Amerika Utara di InMobi. “InMobi berbangga menjalinkan perkongsian dengan DoubleVerify dalam usaha memerangi penipuan aplikasi mudah alih. Kami percaya industri hanya akan mampu menghapuskan penipuan melalui usahasama terbuka.”
 
Sebagai sebahagian daripada penyelesaian penipuan aplikasi mudah alih peneraju industri, DoubleVerify mengenal pasti dan menapis jenis penipuan dalam aplikasi yang paling komprehensif, termasuk aktiviti iklan latar belakang, iklan tersembunyi, salah nyata aplikasi (perdayaan) dan manipulasi ukuran. Pada Mac 2017, DV menerima akreditasi Majlis Penarafan Media (MRC) untuk teknologinya yang mengesan dan menyekat trafik tidak sah sofistikated (SIVT) untuk pengiklanan video dan paparan aplikasi mudah alih.
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keupayaan DoubleVerify bagi mudah alih, hubungi sales@doubleverify.com.
 
Perihal DoubleVerify

DoubleVerify ialah peneraju penyedia bebas untuk perisian, data dan analisis ukuran pemasaran yang mengesahkan kualiti dan keberkesanan media digital untuk jenama dan platform media terbesar dunia. DV menyediakan ketelusan media dan kebertanggungjawapan dalam memberikan kualiti impresi tahap tertinggi demi prestasi pengiklanan maksimum. Sejak 2008, DV telah membantu ratusan syarikat Fortune 500 memperoleh yang terbanyak daripada perbelanjaan media mereka dengan memberikan penyelesaian terbaik merentasi ekosistem digital, yang membantu membina industri lebih baik. Ketahui lebih lanjut di doubleverify.com.
 
Perihal InMobi

InMobi ialah penyedia global platform perusahaan untuk pemasar. Sebagai syarikat teknologi peneraju, InMobi telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 50 Syarikat Perintis CNBC 2018 dan salah satu Syarikat Paling Inovatif Fast Company 2018. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati inmobi.com.
 
Hubungan PR:
Chris Harihar dari Crenshaw Communications, bagi pihak DoubleVerify
chris@crenshawcomm.com
212.367.9748
 
Sumber: DoubleVerify
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.