ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  MyCC SIASAT ISU KENAIKAN HARGA TELUR AYAM

Thursday 13/12/2018



KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengesahkan bahawa sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengenalpasti sebarang elemen anti-persaingan yang mungkin berlaku di dalam pasaran telur ayam tempatan. 
 
Selain daripada isu pencatutan yang mungkin menjadi penyebab kepada isu kenaikan harga telur ayam, Suruhanjaya turut melihat kepada perlakuan anti persaingan yang diamalkan oleh perusahaan seperti kartel penetapan harga, pembahagian kawasan persaingan dan menghadkan pengeluaran secara sengaja. Suruhanjaya akan mengambil kira harga harian dan jumlah pengeluaran telur ayam dalam menilai perkara ini.
 
Sebagai tambahan, Suruhanjaya juga akan melihat dengan teliti aktiviti mengeksport telur ayam ke pasaran luar negara yang semakin meningkat kebelakangan ini. 
 
“Suruhanjaya akan menggunakan segala kuasanya yang ada di bawah Akta Persaingan 2010 untuk berkerjasama rapat dengan pihak berkepentingan yang relevan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perusahaan yang terlibat dalam sebarang kegiatan kartel demi memastikan kesejahteraan serta kepentingan pengguna di Malaysia kekal terpelihara” kata Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia. 

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Suruhanjaya Persaingan)
 
Ditubuhkan pada April 2011, Suruhanjaya Persaingan ialah satu badan bebas bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010, yang dilaksanakan untuk menggalakkan persaingan sihat yang seterusnya akan merangsang produktiviti dan inovasi, lantas mewujudkan pilihan produk atau servis yang lebih banyak kepada pengguna dan kualiti yang lebih baik pada harga yang berpatutan. 

Akta ini digunapakai kepada semua aktiviti komersil yang ditanggung didalam dan diluar Malaysia yang boleh menjejaskan persaingan di pasaran Malaysia. Ia memberikan satu rangka kerja kawal termasuk kuasa menyiasat, menghakimi dan mengenakan penalti-penalti kepada pesalah undang-undang persaingan. Untuk maklumat lanjut tentang Akta dan Suruhanjaya Persaingan, sila rujuk laman web www.mycc.gov.my. 

Sumber: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Noorliza Abdul Latiff
Bahagian Komunikasi dan Advokasi
Tel: +603 2273 2277 (ext 111)
Emel: noorliza@mycc.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.