ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ALLIED WORLD MENGUMUMKAN INISIATIF MULTINASIONAL FAIRFAX WORLDWIDESM

Thursday 13/12/2018



ZUG, Switzerland, 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Allied World Assurance Company Holdings, GmbH mengumumkan pembangunan bagi sebuah platform multinasional yang baharu, yang diberi nama Fairfax WorldWideSM, yang beroperasi merentasi portfolio syarikat-syarikat insurans bagi Fairfax Financial Holdings Limited ("Fairfax"). Platform itu, yang akan dilancarkan dalam beberapa fasa, akan membolehkan pengeluaran polisi insurans secara tempatan dengan menggunakan keupayaan pelesenan anak syarikat Fairfax dan rakan strategik yang lain. Fairfax WorldWideSM, yang akan dimodelkan menggunakan platform multinasional Allied World yang sedia ada iaitu Allied WorldWide®, akan terdiri daripada sebuah kumpulan rentas fungsi global yang terdiri daripada kumpulan manusia yang berdedikasi dan satu sistem IT yang bersandarkan masa depan. Platform itu akan memudahkan kerjasama merentasi keseluruhan rangkaian Fairfax untuk menyampaikan perkhidmatan penempatan polisi global.
 
Karl Jordan, Naib Presiden Kanan bagi Fairfax WorldWideSM, berkata, "Apabila dilaksanakan sepenuhnya, Fairfax WorldWideSM akan menyediakan kepada kita dengan keupayaan untuk bekerjasama merentasi  kumpulan syarikat-syarikat Fairfax untuk secara lancar dan boleh dipercayai mengeluarkan polisi insurans secara tempatan. Pasukan global kami amat gembira untuk memperluaskan rangkaian kami dan memanfaatkan syarikat-syarikat gabungan kami di seluruh dunia bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami."
 
Jenama dan laman web Fairfax WorldWideSM  yang baharu dilancarkan pada 12 Disember 2018 sebagai fasa pertama bagi inisiatif itu. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan, sila layari www.fairfaxworldwide.com.
 
Maklumat mengenai Allied World
 
Allied World Assurance Company Holdings, GmbH, melalui anak-anak syarikat mereka, adalah sebuah pembekal global bagi penyelesaian insurans dan insurans semula. Kami beroperasi di bawah jenama Allied World dan telah menyokong pelanggan, penerima sid dan rakan dagangan dengan perkhidmatan yang bertimbang rasa dan liputan yang bermakna sejak tahun 2001. Kami adalah sebuah anak syarikat Fairfax, dan kami mendapat manfaat daripada satu rangkaian entiti gabungan di seluruh dunia yang membolehkan kami untuk berfikir dan bertindak balas dalam cara bukan tradisional. Asas modal kami adalah kukuh, penyelesaian kami adalah untuk menjangkakan dan bukannya untuk bertindak balas kepada trend yang berubah-ubah, dan pasukan-pasukan kami memberi tumpuan dalam mewujudkan hubungan jangka panjang yang saling menguntungkan. Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami boleh membantu anda menguruskan risiko anda dengan melayari: Web: www.awac.com | Facebook: www.facebook.com/alliedworld | LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/allied-world
 
Maklumat mengenai Fairfax
 
Fairfax adalah sebuah syarikat induk, yang, melalui anak-anak syarikatnya, terlibat di dalam insurans hartanah dan kecederaan dan pengurusan insurans semula dan pelaburan.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181212005840/en/
 
Hubungi
Faye Cook
Naib Presiden Kanan, Pemasaran & Komunikasi
+1-441-278-5406
Faye.Cook@awac.com
 
Sumber : Allied World Assurance Company Holdings, GmbH
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.