ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  CERESPIR INCORPORATED DAN INSTITUT NEUROSAINS KEBANGSAAN SINGAPURA MENGUMUMKAN DATA POSITIF YANG MENUNJUKKAN KESAN BERMANFAAT SEBATIAN PERINGKAT KLINIKAL ITANAPRACED CERESPIR DALAM MODEL LRRK2 PENYAKIT PARKINSON

Tuesday 11/12/2018



  • Itanapraced menghalang pernyataan LRRK2 dan keneurotoksikan akibat LRRK2
     
  • tanapraced sedia untuk dipertingkatkan ke Fasa 2 pada pesakit berpenyakit Parkinson dengan dan tanpa mutasi genetik
NEW YORK dan SINGAPURA, 11 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- CERESPIR INCORPORATED syarikat farmaseutikal yang terlibat dalam penemuan dan pembangunan terapeutik pengubahsuai penyakit untuk rawatan penyakit degeneratif neuro dan INSTITUT NEUROSAINS KEBANGSAAN SINGAPURA, pusat kecemerlangan neurosains kebangsaan dan antarabangsa dengan misi untuk meningkatkan kehidupan melalui perkhidmatan klinikal bersepadu, penyelidikan dan pendidikan, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menerima pembuktian konsep haiwan untuk sebatian peringkat klinikal itanapraced CERESPIR dalam model penyakit Parkinson.  Secara khususnya, itanapraced, yang sebelum ini telah diuji dan mendapat hasil positif daripada pesakit dengan kecacatan kognitif sederhana (MCI), telah menunjukkan dapat menghalang penyataan LRRK2 dan, sebagai tambahan, menghalang keneurotoksikan dalam mengekalkan neuron dopaminergik yang sihat.  Data ini menyokong permulaan percubaan Fasa 2 dalam penyakit Parkinson dan mungkin mempunyai kebolehgunaan meluas untuk penyakit degeneratif neuro.  Kajian ini telah dijalankan dengan kerjasama dengan Profesor Tan Eng King, Timbalan Pengarah Perubatan, Pakar Perunding Senior Neurologi dan Pengarah Penyelidikan di Institut Neurosains Kebangsaan, Singapura, Pengarah Bersama Pusat Kecemerlangan Antarabangsa Yayasan Parkinson Kebangsaan AS, dan Dr. Li Zeng, saintis penyelidikan senior di Institut Neurosains Kebangsaan, Singapura.

Itanapraced berfungsi melalui sasaran baharu iaitu di pusat proses degeneratif neuro yang menyebabkan kecelaruan tindak balas bersel kepada stres oksidatif.  Secara khususnya, itanapraced adalah yang pertama dalam kelas baharu molekul yang dikenali sebagai perencat AICD yang diikat pada AICD (domain intrasel protein prekursor amiloid) dan merencat aktiviti transkripsinya.  Di bawah keadaan stres oksidatif akut atau kronik , AICD berinteraksi dengan FoxO3a (komponen penting sistem tindak balas stres), untuk menggalakkan pernyataan faktor BIM pro-apoptosis, yang menyebabkan kematian neuronal. Penyakit Parkinson adalah gangguan degeneratif neuro progresif biasa yang berkaitan dengan kehilangan neuron dopaminergik otak tengah yang menghasilkan neurotransmiter penting, dopamin.  Mutasi peningkatan fungsi LRRK2 bertanggungjawab ke atas majoriti kes penyakit Parkinson berketurunan. Tambahan lagi, aktiviti kinase LRRK2 meningkat secara tidak normal dalam neuron dopamin rentan yang disebabkan oleh mekanisme oksidatif yang melibatkan α-synuclein dan kecacatan mitokondria, mencadangkan perencatan LRRK2 akan berguna kepada majoriti pesakit penyakit Parkinson.  Sebelum ini, pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Profesor Tan dan Dr Zeng menunjukkan bahawa AICD menjadi aktif secara transkripsi apabila ia terfosforil oleh LRRK2, membawa kepada kehilangan neuron dopaminergik in vivo (Chen et al., Sci. Signal. 10, eaam6790 (2017).  Pengkaji kini menyasarkan untuk menerbitkan, dalam jurnal saintifik yang dinilaikan setara, data baru yang menunjukkan keupayaan itanapraced untuk menghalang pernyataan dan keneurotoksikan LRRK2.

“Data baharu mengesahkan ramalan Professor Tan bahawa perencat AICD sepatutnya digunapakai untuk rawatan penyakit Parkinson.  Kajian ini dikawal rapi dengan beberapa bukti menunjukkan yang AICD menggalakkan pernyataan LRRK2 dan kesan ini boleh dihalang oleh in vivo itanapraced, memberikan keyakinan kepada kami untuk meneruskan percubaan Fasa 2 pada pesakit Parkinson”, kata Daniel G. Chain, PhD, Pengasas dan Ketua Pegawai Saintifik CERESPIR.

“Kami mempunyai sebatian yang paling maju yang menyasarkan keneurotoksikan akibat LRRK dan bermatlamat untuk memajukan dengan cepat agen terapeutik yang mempunyai potensi ini sebagai rawatan pengubahsuaian penyakit untuk pesakit yang menghidap penyakit Parkinson”, kata Adrian N. Hobden, PhD, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CERESPIR.  “Lebih penting lagi, itanapraced adalah kurang berisiko berbanding sebatian lain dalam pembangunan untuk penyakit Parkinson menurut pelbagai pengalaman ujian klinikal yang melibatkan lebih daripada 200 peserta dalam tiga kajian Fasa 1 dan pesakit dengan MCI dalam Kajian Fasa 2 dirawat sehingga 90 minggu yang sebatian menunjukkan keselamatan dan toleransi yang baik”.

“Populasi yang semakin cepat berumur di seluruh dunia akan menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam penyakit neurologi seperti penyakit Parkinson,” kata Profesor Bersekutu Ng Wai Hoe, Pengarah Perubatan Institut Neurosains Kebangsaan, Singapura.  “Sebagai institusi kebangsaan untuk penyakit neurologi dan pusat kecemerlangan antarabangsa untuk penjagaan penyakit Parkinson, Institut Neurosains Kebangsaan, Singapura akan terus memajukan pilihan rawatan melalui pelbagai penyelidikan untuk mempertingkatkan kehidupan pesakit.  Hasil utama ini akan mendorong fasa baharu pembangunan yang mengujakan dalam memberikan pilihan ubatan terapeutik yang lebih baik untuk penyakit Parkinson.”

Perihal CERESPIR 

CERESPIR ialah syarikat farmaseutikal dipacu sains yang dikendalikan secara swasta dengan pendekatan inovatif untuk merawat penyakit degeneratif neuro.  Sebatian utamanya, itanapraced (CSP-1103), merupakan molekul kecil dengan bioketersediaan oral yang baik, separuh hayat plasma yang panjang dan penembusan yang cukup ke dalam otak.  Dalam kajian Fasa 2 pada pesakit dengan MCI yang dirawat sehingga dua tahun (dwibuta untuk 3 bulan; label terbuka selepas itu), ia didapati mampu bertoleransi dengan baik dan menghasilkan pengurangan bergantung dos dan bersesuai secara statistik, di dalam otak, pengantara dua keradangan neuro utama, ligan CD40 larut dan TNF-α serta, jumlah tau, penanda yang diiktiraf untuk degenerasi neuro.  Sebagai tambahan, pesakit menunjukkan fungsi kognitif yang stabil sepanjang tempoh percubaan yang lama.  CERESPIR mempunyai program kimia ubat yang menyasar untuk mengenalpasti perencat AICD generasi seterusnya yang boleh dihasilkan untuk julat besar penyakit degeneratif neuro. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang CERESPIR, lawati www.cerespir.com.

Perihal INSTITUT NEUROSAINS KEBANGSAAN SINGAPURA

Institut Neurosains Kebangsaan (NNI) ialah pakar kebangsaan dan pusat penjagaan serantau untuk otak, tulang belakang, saraf dan otot.  NNI menawarkan perkhidmatan Neurologi, Neurosurgeri dan Radiologi Neuro dengan teknologi lanjutan dan pasukan penjagaan berbilang disiplin.  Komited dalam meningkatkan kehidupan pesakit, NNI bermatlamat membentuk neurosains untuk masa depan yang lebih baik melalui inovasi, penyelidikan dan pendidikan.  NNI merupakan ahli Perkhidmatan Kesihatan Singapura (SingHealth) – penjagaan kesihatan awam berkelompok yang menguruskan empat hospital, lima pusat pakar, lapan poliklinik dan rangkaian hospital komuniti.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.nni.com.sg

Hubungan

Komunikasi Korporat
CERESPIR INCORPORATED 
DID: +1 646 202 2562: TELEFON BIMBIT +1 718 406 1331
IR@cerespir.com 

Cik Jenny Kwok 
Jabatan Komunikasi Korporat
Institut Neurosains Kebangsaan
DID: +656357 7162 | TELEFON BIMBIT: +658333 7231 

E-MEL: Jenny_YY_KWOK@nni.com.sg 

SUMBER: CereSpir Inc.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.