ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  INSIDEN DI KOMPLEKS PKNS KUALA SELANGOR

Friday 07/12/2018



SHAH ALAM, 7 Dis (Bernama) -- Berikutan berita berkenaan insiden seorang pekerja kontraktor penyelenggaraan penyaman udara yang terjatuh dari tingkat 6 Bangunan Kompleks PKNS Kuala Selangor yang dilaporkan di media baru-baru ini, PKNS berasa simpati kepada mangsa dan keluarga mangsa atas kejadian yang berlaku.

PKNS amat menitik beratkan aspek Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar di setiap premis PKNS dan bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan dan mengenalpasti punca kemalangan tersebut.

Siasatan awal mendapati bahawa kontraktor yang terlibat bukan dilantik oleh PKNS melalui rekod keluar masuk pelawat di premis berkenaan.

SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Haji Ishak Hashim
Pengurus Komunikasi Korporat PKNS
Tel: 03-5525 0326/ 0329/ 012-6633 651 
Emel: ishak@pkns.gov.my

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.