ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA MENAMBAHKAN MODEL 12TB DAN 14TB YANG DIMATERI HELIUM BAGI KEDUA-DUA BARISAN PRODUK PEMACU KERAS BERPRESTASI N300 NAS DAN X300

Thursday 06/12/2018



Model 14TB baharu itu menyampaikan sehingga 40% lebih banyak kapasiti dan permintaan kuasa yang lebih rendah berbanding model 10TB yang ada sekarang.

TOKYO, 6 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  ("Toshiba") hari ini menambahkan model 12TB[1] dan 14TB bagi kedua-dua siri Pemacu Keras N300 NAS dan Pemacu Keras Berprestasi X300.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181205005906/en/

Model baru 12TB dan 14TB itu menggunakan sebuah reka bentuk yang dimateri helium, yang membolehkan reka bentuk mekanikal 3.5 inci untuk menyampaikan kepadatan penyimpanan yang lebih tinggi dengan profil kuasa operasi pemacu keras yang lebih rendah. Teknologi kimpalan laser Toshiba dan reka bentuk bekas pemacu keras memastikan helium itu selamat dimeteraikan di dalam kurungan pemacu.

Model baharu 12TB dan 14TB itu beroperasi pada 7,200rpm dan dilengkapi dengan penampan data 256MB ultra tinggi. Model N300 NAS dan X300 itu menggunakan Teknologi Stabil Platter termaju Toshiba untuk meminimumkan getaran dengan menstabilkan aci motor pada kedua-dua hujung untuk meningkatkan ketepatan pengesanan dan prestasi maksimum semasa operasi membaca dan menulis.

Model N300 NAS itu termasuk sensor getaran berputar (RV) dan memberikan kelajuan pemindahan data yang berterusan sehingga 260MB untuk 14TB atau sehingga 253MB bagi 12TB. Dengan sokongan sehingga 8[2] sistem HDD pelbagai RAID, model N300 yang baharu itu sangat berskala kepada konfigurasi NAS pengguna memandangkan keperluan penyimpanan data mereka perlu berkembang, dan jumlah data yang banyak perlu disimpan dan diakses dengan cekap pada setiap hari.

"Pemacu baharu itu memberikan prestasi, penyimpanan, kebolehpercayaan dan kecekapan kuasa yang luar biasa, dengan menggunakan teknologi canggih yang akan terus meningkatkan kapasiti dan mengekalkan Toshiba sebagai sebuah inovator di ruang penyimpanan," kata Fujiki Hirohisa, Pengurus Kanan bagi Bahagian Jualan dan Pemasaran Produk Penyimpanan di Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.

Siri Pemacu Keras N300 NAS direka untuk digunakan di dalam aplikasi berprestasi tinggi peribadi, pejabat rumah dan rangkaian perniagaan kecil yang mempunyai aplikasi penyimpanan seperti untuk sistem RAID yang berskala. Ia dioptimumkan untuk keperluan prestasi, kebolehpercayaan dan daya ketahanan bagi penyimpanan operasi berkapasiti tinggi 24/7.

Siri Pemacu Keras Berprestasi X300 itu menyampaikan prestasi luar biasa dan keupayaan yang mantap bagi aplikasi kreatif dan profesional termasuk reka bentuk grafik, animasi, penyuntingan foto dan video, dan permainan Komputer Peribadi. Dengan sehingga 14TB, pemacu keras baharu itu mudah untuk menyimpan dan memberikan akses kepada perpustakaan permainan yang cepat berkembang.

Ketersediaan am bagi model berkapasiti baharu itu akan bermula pada Disember 2018. Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi produk yang terperinci berhubung rangkaian penuh produk penyimpanan pemacu keras pengguna kami, sila layari: http://www.canvio.jp/sp_ihdd/en.htm.

Nota:
[1] Satu Gigabait (GB) bermakna satu bilion bait dan satu Terabait (TB) bermakna satu trilion bait. Jumlah kapasiti yang ada akan berbeza-beza berdasarkan kepada persekitaran kendalian dan mungkin menunjukkan kapasiti penyimpanan yang kurang. Keputusan anda akan berbeza-beza. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1TB = 240 = 1,099,511,627,776 bait dan oleh itu menunjukkan kapasiti penyimpanan yang kurang.
[2] Bagi "Menyokong Petak Pemacu", sila hubungi pembekal penyelesaian anda memandangkan keserasian dengan peranti hos akan berbeza-beza berdasarkan kepada sistem RAID.
 
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah yang terkini dan dipercayai tepat pada tarikh pengumuman itu  tetapi boleh berubah tanpa notis terdahulu.
*  Imej yang dipaparkan di dalam banner adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan tidak menunjukkan produk sebenar. Imej-imej itu bertujuan untuk membantu menjelaskan fungsi produk.
*  Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Pertanyaan Produk:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Bahagian Produk Penyimpanan
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181205005906/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.