ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  BAREFOOT NETWORKS MEMPERKENALKAN TOFINO™ 2, GENERASI SETERUSNYA SUIS ASIC RANGKAIAN BOLEH ATUR CARA P4 SEPENUHNYA YANG PERTAMA DI DUNIA

Thursday 06/12/2018



ASIC yang Menyala Pantas Menyokong Pusat Data Berskala Hiper yang Ada Hari Ini dan Mencorakkan Laluan untuk Seni Bina Rangkaian dan Bebanan Aplikasi yang akan Muncul di Masa Hadapan


SANTA CLARA, Calif., 6 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Barefoot Networks, penyedia penyelesaian rangkaian berprestasi tinggi dan boleh atur cara sepenuhnya, hari ini mengumumkan Tofino 2, generasi kedua bagi keluarga suis litar bersepadu aplikasi khusus (ASIC) Ethernet Tofino boleh atur cara P4 miliknya.

ASIC Tofino 6.5Tb/s menunjukkan yang cip suis boleh atur cara P4 adalah setara dengan kuasa, prestasi dan kos peranti tetap fungsi warisan dan dalam masa yang sama membolehkan untuk pertama kalinya, pengguna akhir untuk menentukan tingkah laku rangkaian yang mereka mahukan dalam rangkaian. Tofino menjadikannya mungkin dan kini Tofino 2 membawa prestasi dan boleh atur cara yang tinggi ke peringkat yang seterusnya. Bingkisan pemprosesan pada 12.8 Tb/s dalam teknologi proses 7nm, Tofino 2 memberikan prestasi berganda sambil mengekalkan keupayaan boleh atur cara P4 penuh, menjadikannya pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan rangkaian pusat data berskala hiper, awan, perusahaan dan penyedia perkhidmatan. Tofino 2 dan Tofino juga kekal sebagai satu-satunya cip suis boleh atur cara sepenuhnya yang ada di dunia, membolehkan arkitek rangkaian untuk menggantikan suis tetap fungsi warisan dengan suis boleh atur cara P4.

Mengapa suis boleh atur cara semakin digunakan pada masa kini? Penyedia awan membangunkan rangkaian pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dari segi kapasiti dan cabaran pengurusan untuk memastikannya boleh dipercayai dan selamat. Oleh yang demikian, rangkaian perlu berkembang dengan lebih pesat daripada sebelum ini, dengan ciri baharu diperkenalkan dengan kerap; adalah tidak menghairankan bahawa hampir setiap pusat data besar sedang menguji ciri—kebiasaannya proprietari—baharu dalam rangkaian mereka untuk penghalaan, terowong, telemetri, pengimbangan beban dan banyak lagi. Sementara suis warisan mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang, suis boleh atur cara P4 dapat dipertingkatkan dengan ciri baharu dalam beberapa jam, membawa kepada perkembangan set aplikasi yang baharu. Sehingga kini, Barefoot telah membenarkan lebih daripada 100 ciri dan aplikasi baharu untuk dikerahkan, dalam menyokong kebolehpercayaan, keterlihatan, keselamatan, kecerdasan buatan dan beban kerja pembelajaran mesin dan penyimpanan rangkaian yang lebih baik.

Tofino 2 memberikan manfaat penting kepada pembina infrastruktur dan penyedia penyelesaian:
  • Suis ASIC 7nm yang pertama di dunia memberikan kelebihan boleh atur cara P4 ke pusat data berskala hiper yang memerlukan Ethernet 400G (400GE) dengan memberikan 32x400GE pada cip tunggal.
  • Memberikan kuasa urutan magnitud dan penyimpanan pendaman dengan menyokong radix tertinggi industri dengan port sehingga 256x10/25/50GE pada cip tunggal.
  • Disebabkan oleh Tofino 2 adalah boleh atur cara P4 sepenuhnya, ia boleh dikerahkan dalam pelbagai cara, daripada suis rak atasan sehingga ke penghala pembekal perkhidmatan, serta suis perkakasan beraneka ciri. Ia boleh menyokong saiz jadual yang besar dan tiada bandingannya untuk penghalaan, terowong dan senarai kawalan akses (ACL).
  • Sokongan untuk Barefoot SPRINT™- Versi Barefoot yang dipertingkatkan dalam Telemetri Rangkaian dalam Band (INT) standard-industri, menyediakan keterlihatan masa nyata pintar setiap bingkisan yang terperinci untuk trafik rangkaian. Menyediakan kesahihan lapangan semua aktiviti rangkaian, mempercepatkan masa untuk mencari punca utama gangguan rangkaian.
  • Memanfaatkan Ekosistem P4 yang berkembang luas dalam industri yang disokong oleh berbilang suis dan cip pengawal antara muka rangkaian (NIC).
  • Seni bina modular yang membolehkan integrasi pantas 112G SerDes dan fotonik silikon.
“Sebelum Tofino muncul pada 2016, suis ASIC rangkaian tidak banyak berubah dalam tempoh 20 tahun; kesemuanya berjalan menggunakan ciri lama yang sama. Industri kita masih berada di zaman batu dalam cara melakukan kerja dan ia mengambil masa yang lama untuk menambah ciri baharu,” kata Nick McKeown, Pengasas Bersama dan Ketua Saintis di Barefoot Networks. “Syukurlah, perangkaian kian berubah. Tofino, cip pertama yang berasakan seni bina PISA telah beralih protokol - lama dan baharu - daripada perkakasan ke dalam perisian, di mana mereka berkembang pada kelajuan perisian. Tofino memulakannya dan kini Tofino 2, dengan dua kali ganda kapasiti dan dua kali ganda sumber, tidak menunjukkan tanda untuk kekal sama. Dalam masa lima tahun semua suis akan boleh diatur cara. Kami percaya pemprograman rangkaian anda seharusnya menjadi semudah pemprograman komputer anda.”

Apa yang hebat tentang pendekatan Barefoot pada perangkaian adalah hakikat bahawa suis ASIC Ethernet Tofino mempunyai saluran boleh atur cara P4 sepenuhnya. Ini bermakna - kebebasan untuk menghasilkan nod rangkaian yang boleh melaksanakan fungsi yang tepat yang secara eksponen akan meningkatkan prestasi aplikasi dan keterlihatan. Suis silikon Tofino 2 Barefoot dibina pada pendahulunya, siri Tofino, yang telah terbukti dalam bidangnya. Walaupun kemampuan untuk memperoleh kecekapan daripada pengerahan 400GE adalah satu keperluan, adalah lebih penting bagi kami untuk menyempurnakan saluran paip suis untuk mewujudkan fungsi yang lebih baik untuk pelanggan kami.”—Josh Matheus, Pengarah Pengurusan, Goldman Sachs

“Cisco berada di barisan hadapan inovasi dengan mencipta penyelesaian terbaik bagi memenuhi dan melangkaui keperluan pelanggannya yang kian bertambah. Pelanggan sentiasa menginginkan kelajuan, suapan dan kepintaran yang lebih tinggi pada rangkaian mereka. Tofino Barefoot tidak hanya membolehkan kami memberikan penyelesaian yang minimum, ia juga akan membenarkan kami menyelesaikan cabaran kompleks baharu yang dihadapi oleh pelanggan kami. Kami telah memanfaatkan Tofino dan bahasa pemprograman P4 dalam membawa produk baharu yang berbeza ke dalam pasaran. Saya teruja untuk melihat Tofino 2 membawa keupayaan pemprograman P4 ke pasaran Ethernet 400G yang kian meluas pada 2019.”—Tom Edsall, Naib Presiden Senior dan Ketua Pegawai Teknologi untuk Kumpulan Rangkaian Pusat Data di Cisco Systems

“Alibaba mempunyai hubungan yang baik dengan Barefoot; generasi pertama suis silikon boleh atur cara P4 mereka menyediakan keupayaan boleh suai untuk membolehkan infrastruktur rangkaian kami memberikan aplikasi yang lebih baik untuk pengguna kami. Kami akan terus memanfaatkan suis silikon boleh atur cara generasi baharu milik mereka untuk keberkesanan dan keterlihatan yang lebih tinggi.”—Dennis Cai, Ketua Arkitek Infrastruktur Rangkaian di bawah Perkhidmatan Infrastruktur Alibaba.

Di Tencent, adalah kritikal bagi rangkaian kami untuk mampu menyokong pelbagai aplikasi dan perkhidmatan. Rangkaian perlu boleh diskalakan dan berdaya tahan yang memerlukan suis yang boleh ditakrifkan daripada satah penghantar. Suis ASIC Ethernet boleh atur cara P4 milik Barefoot memberikan yang kami mahu. Kami boleh mencipta penyelesaian pensuisan yang menjalankan ciri standard dan sebarang ciri unik yang kami mahukan. Boleh atur cara satah penghantar membantu memberikan skala dan keterlihatan yang lebih baik dan membolehkan kami memperoleh nilai signifikan daripada rangkaian. Siri suis Tofino 2 milik Barefoot akan membantu kami untuk berhijrah ke kelajuan 400GE tanpa kehilangan manfaat boleh atur cara P4 yang kami gunakan hari ini.”—Wade Shao, Pengarah, Jabatan Platform Rangkaian, Tencent

“Keupayaan untuk menentukan apa yang boleh dilakukan oleh satah penghantar suis menarik minat kami kerana ini membolehkan kami menyusun asas masa depan infrastruktur awan super kami. Teknologi Barefoot adalah revolusioner kerana ia membolehkan pembina rangkaian dan pemilik seperti kami untuk membuat rangkaian yang sesuai dan melebihi keperluan kami. Cipset boleh atur cara P4 Tofino 2 Barefoot akan membantu kami mengendalikan kadar data yang lebih tinggi sehingga 400GE sementara terus mendapat faedah boleh atur cara yang termasuk keterlihatan penuh dan masa nyata ke dalam rangkaian.”—Fu Qingming, Naib Presiden Kumpulan, P&P Infrastruktur, JD Cloud

"Infrastruktur UCloud adalah secara unik mampu memanfaatkan boleh atur cara rangkaian. Dengan P4 dan Tofino Barefoot, kami dapat mencapai prestasi, skala dan keterlihatan dalam rangkaian yang cemerlang dalam menangani keperluan sistem pengiraan dan penyimpanan yang semakin meningkat. Kami telah membina penyelesaian yang sangat baik menggunakan Tofino,yang digunakan dalam rangkaian kami hari ini dan kami teruja dengan pelancaran Tofino 2 kerana kami berminat dengan pengerahan 400GE dalam masa terdekat.”—Wang Kai, Pengurus Besar, Platform Operasi dan Penyelenggaraan, UCloud

"Peningkatan penggunaan AI dan pembelajaran mesin menghasilkan jenis trafik aplikasi yang sangat berbeza dalam rangkaian, yang memerlukan seni bina rangkaian yang berbeza. Tambahan pula, trafik baharu dari AI boleh menjadi sangat sukar dijangka dan datang dengan keperluan lebar jalur yang jauh lebih tinggi. Port akses pelayan 100Gbit/s dan 400Gbit/s akan menjadi kebiasaan dalam pengagregatan/teras dan cip suis 12.8Tb/s akan menjadi standard yang seterusnya. Tofino Barefoot membuktikan prestasi dan boleh atur cara dapat diberikan tanpa kompromi dan kini pelancaran Tofino 2 memberikan kelajuan cemerlang sambil mengekalkan keupayaan boleh atur cara P4 yang akan mengetengahkan beberapa aplikasi rangkaian baru.”—Alan Weckel, Pengasas dan Penganalisis di 650 Group

"Kebangkitan seni bina dan bahasa khusus domain telah menyelesaikan masalah boleh skala dan kecekapan kritikal dalam bidang pemprosesan isyarat, grafik, dan penyimpanan. Cip suis boleh atur cara keluarga Tofino Barefoot telah membantu memanfaatkan seni bina dan bahasa khusus domain kepada industri rangkaian dengan PISA dan P4. Tofino telah membuktikan ia menawarkan prestasi yang lebih baik dan kuasa yang lebih rendah berbanding silikon fungsi tetap setanding, dengan itu menyediakan kuasa boleh atur cara tanpa penalti prestasi. Tofino 2 menjanjikan untuk memberikan manfaat ini untuk Ethernet 400G menggunakan senibina cip modular, membawa kecekapan dalam kuasa dan harga.”—Bob Wheeler, Ketua Penganalisis, The Linley Group

“Ethernet 400Gbps dijangka menjadi kebiasaan dalam rangkaian awan dan pusat data berskala hiper menjelang 2022—didorong oleh keperluan peningkatan lebar jalur geometri untuk menyokong kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, penyimpanan flash yang diedarkan dan pengkomputeran tanpa pelayan,” kata Craig Barratt, CEO Barefoot Networks. “Dengan pengumuman hari ini, Barefoot sekali lagi menunjukkan bahawa ia berada di hadapan dalam lengkungan pemintaan dengan menyediakan teknologi dan alat yang arkitek rangkaian perlukan untuk membentuk semula awan perusahaan, dan rangkaian awam.”

Boleh Atur Cara P4 
Dengan boleh atur cara satah data P4, pemilik rangkaian dan rakan kongsi infrastruktur boleh melaksanakan aplikasi satah data baharu yang berprestasi tinggi dan mengerahkannya terus pada Tofino. Pelanggan Barefoot boleh memilih untuk mencipta ciri mereka yang tersendiri, dengan menulis aplikasi dari awal pada P4, kemudian menyusun untuk dijalankan pada Tofino. Atau mereka boleh menggunakan program pra-terbina, seperti suis.p4, yang dibekalkan dan disokong oleh Barefoot.

Barefoot P4 Studio ™ adalah rangkaian alat pembangunan perisian yang membolehkan pelanggan untuk mengarang ciri mereka sendiri dalam P4 untuk Tofino. Perusahaan, pusat data berskala hiper, telco dan penyedia wayarles boleh memperkenalkan fungsi dan ciri baru tanpa menjejaskan prestasi. Dengan berbuat demikian, mereka mencipta kelebihan daya saing yang tidak dapat ditandingi oleh penyelesaian berdasarkan silikon fungsi tetap.

P4 dan keluarga suis silikon boleh atur cara P4 Tofino milik Barefoot telah melepaskan letusan ciri dan aplikasi rangkaian baru dan inovatif Cambrian. Pemprograman rangkaian menjadi semudah pemprograman komputer.

Ketersediaan
Persekitaran Pembangunan Perisian Studio (SDE) P4 Barefoot dengan sokongan untuk siri suis Tofino 2 kini tersedia untuk pelanggan di seluruh dunia, membolehkan mereka untuk mula mereka bentuk dan membangunkan satah data mereka dan mengendalikan perisian satah siap. Suis ASIC Tofino 2 Barefoot akan disampelkan pada pelanggan pada 1H 2019. Butiran produk tambahan boleh dilihat di https://www.barefootnetworks.com/products/brief-tofino-2/. Bahasa pemprograman P4 sumber terbuka tersedia secara percuma di https://p4.org/.

Barefoot Networks berbesar hati untuk mempersembahkan salah satu pelanggannya, Cisco, untuk membincangkan pengalaman mereka bekerja dengan Barefoot. Video tersebut boleh dilihat di sini: https://vimeo.com/304243835.

Barefoot Networks akan berada di tapak di ONF Connect, 4-6 Disember, menampilkan platform Barefoot yang dikuasakan Tofino dan Tofino 2 dan mempersembahkan pelbagai topik termasuklah use case untuk pusat data dan pembekal perkhidmatan berskala hiper. Untuk butiran lebih lanjut tentang acara ini, lawati jadual sesi. Media dan penganalisis yang berminat untuk bertemu dangan Barefoot Networks boleh menghubungi barefoot@10fold.com atau lawati booth mereka, #12.

Barefoot Networks, logo Foot, Tofino, Tofino 2, Capilano, Deep Insight, SPRINT, P4 Studio dan P4 Insight adalah tanda dagangan Barefoot Networks.

Perihal Barefoot Networks

Barefoot Networks dilancarkan pada 2016 selepas dua tahun membangunkan teknologi yang membina suis silikon dengan satah penghantar yang ditakrifkan dalam perisian namun tidak menjejaskan prestasi. Barefoot memberi kuasa kepada pemilik rangkaian dan rakan kongsi infrastruktur mereka untuk mereka bentuk, mengoptimumkan dan berinovasi untuk memenuhi keperluan khusus mereka dan mendapat kelebihan daya saing. Dalam menggabungkan bahasa pemprograman P4 dengan suis boleh atur cara yang pantas, Barefoot juga telah mewujudkan ekosistem untuk penyusun, alat dan program P4 untuk menjadikan P4 boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Barefoot Networks beribu pejabat di Silicon Valley dan disokong oleh pelabur strategik termasuklah Alibaba, Dell Technology Capital, Google Inc., Goldman Sachs Principal Strategic Investments, Hewlett Packard Pathfinder dan Tencent, serta oleh firma modal usaha niaga utama termasuklah Andreessen Horowitz, Lightspeed dan Sequoia Capital. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati https://barefootnetworks.com/.

Ikuti kami di Twittter: @barefootnetwork.
Ikuti kami di Facebook: https://www.facebook.com/barefootnetworks.
Ikuti kami di LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/barefoot-networks.

Hubungan Editorial
Alison Flood
barefoot@10fold.com
415-317-4089
 
A photo accompanying this announcement is available at http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9d078cf9-cbe9-487e-8ecb-0b02153695e8/ms 

SUMBER : Barefoot Networks, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.