ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  DILIGENT MELANCARKAN KUMPULAN PEMIKIR TADBIR URUS GLOBAL PERTAMA DENGAN INSTITUT DILIGENT

Thursday 06/12/2018



Melalui rangkaian global mereka yang terdiri daripada lebih 500,000 Lembaga Pengarah dan Profesional Tadbir Urus, pemimpin Pengurusan Tadbir Urus Perusahaan memanfaatkan jangkauan dan perspektif mereka untuk memberikan kembali kepada komuniti ahli lembaga dengan platform penyelidikan baharu


NEW YORK, 6 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Diligent Corporation hari ini melancarkan Institut Diligent, sebuah kumpulan pemikir perintis yang berdedikasi untuk mengisi suatu kekosongan bagi lembaga pengarah pada hari ini di sekitar suatu perspektif global mengenai tadbir urus.

Pada terasnya, Institut Diligent menyediakan kepada lembaga pengarah dan pasukan eksekutif dengan penyelidikan global yang terkemuka di dalam industri mengenai amalan tadbir urus untuk memaklumkan kepada pembuat keputusan dengan lebih baik, membolehkan organisasi untuk memacukan impak alam sekitar dan sosial dan nilai jangka panjang dengan lebih tinggi. Dengan akses kepada lebih banyak bilik lembaga berbanding mana-mana syarikat di dunia, Diligent berada pada kedudukan yang unik untuk berkongsi pengetahuan kolektif mengenai komuniti ini bagi memperbaiki amalan tadbir urus di seluruh dunia.

Pengumuman ini dibuat di tengah-tengah inovasi yang dilaksanakan pada sepanjang tahun oleh Diligent dan menunjukkan pelaburan berterusan oleh syarikat itu di dalam memperkasakan keadaan tadbir urus korporat global. Cabang penyelidikan baharu itu menawarkan kepada lembaga-lembaga pengarah dengan perspektif turutan daripada minda terbaik pada hari ini untuk memaklumkan dengan lebih baik segala keputusan dan strategi yang mendorong kejayaan perniagaan.

"Sebagai peneraju di dalam perisian Tadbir Urus, kami mengambil inisiatif untuk memberikan kembali kepada komuniti lembaga pengarah global dengan penciptaan Institut Diligent," kata Ketua Pegawai Eksekutif Diligent Brian Stafford. "Apa yang penting bagi sebuah bilik lembaga pada hari ini berbeza dari tahun-tahun yang lampau. Organisasi yang lain daripada yang lain ini melengkapkan pemimpin dengan maklumat dan penyelidikan yang mengubah keputusan keseluruhan, dengan memberikan mereka peralatan untuk membuat keputusan yang lebih mendalam dan strategik yang memacukan perniagaan mereka ke hadapan."

Jangkauan global Diligent telah membezakan penyelidikan Institut itu dan ia diperolehi daripada pengalaman sebenar merentasi sektor dan geografi. Melalui kaji selidik kuantitatif mereka, kajian kes, dan temu ramah dengan profesional dan pakar terkemuka, Institut itu telah meningkatkan ketelusan, kebertanggungjawaban, dan kecekapan perniagaan di seluruh dunia. Institut itu telah memberikan pandangan dari sebuah panel lembaga pengarah global berhubung kebanyakan persoalan perkhidmatan lembaga yang mendesak dari rakan-rakan mereka dalam siri Tanya seorang Pengarah. Institut itu juga telah mengumpulkan sebuah Lembaga Penasihat dengan keanggotaan yang merangkumi industri dan geografi. Ahli-ahli lembaga penasihat itu menawarkan perspektif yang berbeza untuk membimbing Institut itu. Mereka termasuk:
  • Anastassia Lauterbach, Pengarah di Lembaga Dun & Bradstreet, Wirecard, dan Censhare, seorang penasihat kanan di McKinsey and Company, dan pengarang bagi Imperatif Kecerdasan Buatan: Satu Pelan Tindakan Praktikal bagi Perniagaan
  • David Larcker, Profesor James Irvin Miller bagi Perakaunan dan Pengarah di Inisiatif Penyelidikan Tadbir Urus Korporat di Stanford Graduate School of Business
  • Dottie Schindlinger, Naib Presiden dan Evangelis Teknologi Tadbir Urus di Diligent Corporation, pengarang bersama Tadbir Urus dalam Era Digital yang akan datang, seorang penceramah terkenal mengenai isu-isu Tadbir Urus dan seorang pengasas BoardEffect.
  • Peter Gleason, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Persatuan Kebangsaan bagi Pengarah-pengarah Korporat
  • Susan Kilsby, Pengerusi bagi Shire plc. dan Pengarah Bukan Eksekutif bagi Diageo, Goldman Sachs International, Fortune Brand Home & Security, dan BBA Aviation
  • Susan Forrester, Pengarah bagi Lembaga G8 Education Ltd, Over the Wire, dan Kumpulan Xenith IP, serta Pengerusi bagi National Veterinary Care Ltd.
  • TK Kerstetter, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Boardroom Resources, Wartawan bagi Corporate Board Member, dan Hos bagi "Inside America’s Boardrooms"
  • Brian Stafford, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Diligent Corporation dan pengarang bersama bagi Tadbir Urus dalam Era Digital yang akan datang
 
"Institut Diligent mensasarkan isu-isu global yang dihadapi oleh lembaga pengarah pada hari ini," kata Anastassia Lauterbach, seorang ahli lembaga penasihat di Institut Diligent. "Ia menjadi semakin sukar untuk menangani daya saing korporat dan meningkatkan nilai perniagaan pada zaman peningkatan Kecerdasan Buatan, kebimbangan global mengenai ketidaksamaan, dan kekeliruan tentang impak data terhadap kehidupan kita dan membuat keputusan. Institut Diligent menyediakan sebuah platform yang hebat untuk mendidik lembaga-lembaga mengenai penggunaan kes, amalan terbaik, dan menyokong pengarah-pengarah dalam proses membuat keputusan."

Institut Diligent adalah cabang penyelidikan tadbir urus global bagi Diligent Corporation, yang produk-produk tadbir urus korporatnya digunakan oleh lebih 500,000 individu di 14,000 organisasi merentasi 90 buah negara. Ia akan beroperasi secara berasingan daripada perniagaan teras syarikat. Penyelidikan itu adalah percuma dan boleh didapati di DiligentInstitute.com.

Maklumat mengenai Institut Diligent

Institut Diligent ditubuhkan pada tahun 2018 untuk menawarkan sebuah perspektif global mengenai topik-topik tadbir urus lembaga yang kompleks dan berinovatif yang ditangani oleh pengarah dan pasukan kepimpinan pada hari ini. Institut itu berfungsi sebagai cabang penyelidikan tadbir urus global bagi Diligent Corporation, penyedia Pengurusan Tadbir Urus Perusahaan yang terkemuka bagi penyelesaian tadbir urus dan kerjasama korporat yang selamat untuk lembaga dan eksekutif kanan. Institut Diligent dibiayai sepenuhnya oleh Diligent Corporation.

Maklumat mengenai Diligent

Diligent adalah penyedia Pengurusan Tadbir Urus Perusahaan terkemuka bagi penyelesaian tadbir urus dan kerjasama korporat yang selamat bagi lembaga pengarah dan eksekutif kanan. Lebih 14,000 pelanggan di lebih 90 buah negara dan di kesemua tujuh benua bergantung kepada Diligent untuk pengedaran bahan-bahan lembaga secara selamat, serta pesanan yang dijamin selamat, kepatuhan bersepadu, penilaian lembaga dan pengurusan entiti. Tadbir urus Awan adalah satu-satunya penyelesaian yang memenuhi keperluan tadbir urus yang berkembang bagi organisasi-organisasi terkemuka. Layari www.diligent.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20181205005043/en/

Hubungi

Bagi pihak Diligent Corporation
Greg Nyhan, 646-215-6884
gnyhan@mww.com

Sumber : Diligent Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.