ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MALAYSIA KEKALKAN REKOD '10 NEGARA DESTINASI PELANCONGAN TERBAIK DUNIA 2018'

Thursday 06/12/2018



PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) -- Malaysia mengekalkan rekod dalam kelompok sepuluh negara ‘destinasi pelancongan terbaik dunia 2018’ seperti yang didedahkan oleh Euromonitor International sebuah agensi kajian pasaran global yang berpangkalan di London, United Kingdom.     
 
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 3 Disember 2018, Euromotor International  menyatakan bahawa “enam daripada 10 kota raya paling kerap dikunjungi dalam tahun 2017 adalah di Asia dengan Hong Kong dan Bangkok sebagai kedudukan dua teratas dan Singapura, Macau, Kuala Lumpur dan Shenzen di kalangan 10 teratas di peringkat global. 
 
YB Datuk Mohamaddin Bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni Budaya Malaysia (MoTAC) menyambut baik pengumuman tersebut dan ia adalah antara petunjuk bahawa Malaysia berada di landasan yang betul bagi mencapai pertumbuhan industri pelancongan yang mapan. 
 
“Kementerian berusaha untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia dan seterusnya meningkatkan lagi skor di peringkat antarabangsa.  Kementerian ini mensasarkan untuk menarik 30 juta pengunjung dengan jumlah pendapatan RM100 bilion pada tahun 2020,” jelas beliau.
 
Beliau berkata, “Pada tahun ini, Malaysia mensasarkan 26.4 juta pelancong dengan pendapatan sebanyak RM84.9 bilion.  Sejajar dengan pengumuman Belanjawan 2019 yang dibentangkan baru-baru ini, Kementerian ini akan terus mempergiatkan lagi usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara utama tumpuan pelancong di dunia dengan pelbagai tarikan alam semula jadi, seni, budaya, kesihatan, makanan dan pelbagai produk inovasi.  Industri pelancongan Malaysia merupakan antara penyumbang utama kepada sektor perkhidmatan negara dengan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 14.9% atau RM201.4 bilion”.
 
Industri pelancongan juga merupakan penyumbang ketiga terbesar dengan sumbangan bernilai RM73.3 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (Gross National Income). Di samping itu, guna tenaga industri pelancongan juga telah mencatatkan rekod tertinggi iaitu seramai 3.2 juta orang; iaitu sebanyak 22.7% daripada jumlah guna tenaga keseluruhan pada tahun 2016. (source: Tourism Satellite Account 2016 & NTP Report 2016).

Industri Pelancongan Malaysia juga telah menerima pelbagai pengiktirafan dunia sepanjang tahun 2018 di antaranya ialah Anugerah BrandLaurete Best Brand 2017-2018 bagi kategori Kecemerlangan Jenama Negara, Bandar Di-Raja Muar – Bandar Pelancongan Paling Bersih di ASEAN, lima (5) tahun berturut-turut skor tertinggi bagi Islamic Economy Ecosystem termasuk Pelancongan Halal, Makanan dan Rekreasi, Global Islamic Economy Report 2018/2019 oleh Thomson Reuters. 

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia
Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-88917181

Website: www.motac.gov.my 
Emel: info@motac.gov.my

FB: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Instagram: @mymotac
Twitter: @mymotac
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.