PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Disember 14, 2018 -Jumaat

 
  KERAJAAN BELGIUM DAN KUMPULAN ALIBABA AKAN BERSAMA-SAMA MENGGALAKKAN PERDAGANGAN GLOBAL INKLUSIF DI BAWAH INISIATIF EWTP

Thursday 06/12/2018



Hab logistik pintar Liege merupakan satu elemen penting di dalam perkongsian eWTP

LIEGE, Belgium, 6 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kerajaan Persekutuan Belgium ("Kerajaan Belgium") dan Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA; "Kumpulan Alibaba") hari ini mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk menggalakkan perdagangan inklusif di bawah inisiatif Platform Perdagangan Dunia Elektronik ("eWTP"). Kedua-dua pihak akan bekerjasama rapat untuk membina bersama sebuah platform perdagangan yang lebih inklusif dan berinovatif yang akan memudahkan akses yang lebih besar dan lebih adil kepada peluang-peluang perdagangan merentas sempadan, khususnya bagi perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS).

Memorandum Persefahaman (MoU) untuk eWTP telah ditandatangani hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pekerjaan, Ekonomi dan Hal Ehwal Pengguna Belgium Kris Peeters dan Pengarah Kanan bagi Kumpulan Alibaba James Song. Ia disaksikan oleh Perdana Menteri Belgium Charles Michel dan Presiden Kumpulan Alibaba bagi Perniagaan Global Angel Zhao.

Perdana Menteri Charles Michel berkata, "Saya amat teruja untuk mengalu-alukan eWTP ke Belgium dan komitmen Alibaba bagi meningkatkan daya saing syarikat-syarikat Belgium dan Eropah di pentas dunia di dalam perkongsian ini. Ini akan merupakan satu peluang besar untuk meningkatkan eksport dan membawa manfaat ekonomi yang luas kepada masyarakat, termasuk peluang-peluang pekerjaan kepada Liege. Penyertaan di dalam eWTP menekankan visi negara kami untuk membantu syarikat-syarikat tempatan yang bersaiz kecil dan sederhana untuk menjadi lebih berdaya saing di tempat pasaran global dalam era digital itu. Ini adalah satu peluang bukan hanya bagi perniagaan kecil dan golongan muda di Belgium tetapi merentasi Eropah".

Perkongsian dengan Kerajaan Belgium itu akan menjadi usaha awal Alibaba untuk menggalakkan perdagangan global yang inklusif di Eropah, dengan membangunkan di atas kejayaan perkongsian eWTP yang sama di Asia dan Afrika dalam tempoh dua tahun yang lalu.

"Saya gembira kerana Kerajaan Belgium yakin terhadap visi eWTP dan berkongsi komitmen kami. Dengan lebih daripada 98% syarikat-syarikat Eropah merupakan perniagaan kecil dan sederhana, perkongsian ini menandakan usaha awal dan diperluaskan kami untuk meningkatkan peluang-peluang perdagangan inklusif bagi perniagaan ini di Belgium dan di seluruh Eropah. Kami sangat percaya bahawa di bawah eWTP, kami akan membuka peluang yang besar bagi perniagaan Eropah untuk meraih faedah daripada perdagangan merentas sempadan global, terutamanya ke dalam pasaran China di mana permintaan terhadap barangan Eropah adalah tinggi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alibaba Daniel Zhang.

Satu elemen utama di dalam perjanjian eWTP yang ditandatangani hari ini di Belgium adalah pembentukan sebuah infrastruktur logistik bagi menyokong perdagangan merentas sempadan. Cainiao Smart Logistics Network Ltd. ("Cainiao Network"), cabang logistik bagi Kumpulan Alibaba, dan Lapangan Terbang Liege hari ini juga telah menandatangani satu kontrak untuk menyewa sebuah kawasan seluas 220,000 meter persegi untuk membina sebuah hab logistik pintar yang bertaraf dunia di Lapangan Terbang Liege. Pelaburan awal adalah 75 juta euro, dengan fasa pertama bagi kemudahan yang dirancang itu memulakan operasi pada awal tahun 2021. Hab logistik pintar Liege akan meningkatkan kecekapan logistik secara keseluruhan untuk membantu PKS menguruskan eksport mereka dengan lebih baik terutamanya dengan peningkatan dalam e-dagang global.

Hab logistik pintar yang baharu itu akan menjadi asas bagi kerjasama infrastruktur eWTP, dengan Alibaba memainkan satu peranan penting di dalam memudahkan perdagangan, terutamanya untuk mengakses pasaran China, sebagai sebahagian daripada komitmen Kumpulan itu untuk berfungsi sebagai "Pintu Masuk ke China" dan membantu mengimport barangan berkualiti bernilai AS$200 bilion dari dunia ke China dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Projek eWTP Alibaba menguatkan daya tarikan negara kami dan wilayahnya. Syarikat-syarikat China, khususnya, dari sektor teknologi sedang melabur di Belgium. Ketika perdagangan dunia terus berkembang, Wallonia merupakan sebuah hab logistik yang ideal bagi syarikat-syarikat global terutama dengan kelebihan kami di dalam kepakaran kargo dan kesambungan untuk unit kereta api dan pelabuhan laut. Perjanjian ini akan meningkatkan infrastruktur untuk memenuhi peningkatan eksport bagi produk Belgium ke China," kata Pierre-Yves Jeholet, Menteri Serantau bagi Ekonomi, Perdagangan & Pelaburan.

Luc Partoune, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Lapangan Terbang Liege, menjelaskan: "Ketibaan Cainiao Network memperkuatkan daya saing lapangan terbang kami. Beberapa syarikat China sudah berada di sini. Syarikat-syarikat lain akan tertarik dengan kehadiran Cainiao dan peluang bagi pertumbuhan e-dagang di antara Eropah dan China."

Di samping itu, Kerajaan Belgium dan Alibaba akan bekerjasama rapat untuk memperkenalkan teknologi baharu yang akan menggalakkan pendigitan bagi prosedur kastam dan pelepasan barang yang lebih cekap yang akan menjadi penting untuk perdagangan global terutamanya bagi PKS.

Alibaba dan agensi-agensi perdagangan dan pelaburan Belgium akan juga bekerjasama untuk meningkatkan peluang jualan bagi produk Belgium yang berkualiti pada platform e-dagang dalam ekosistem Alibaba. Ini akan termasuk promosi produk, pemasaran dan pengimportan langsung oleh platform Alibaba.

Alibaba akan juga bekerjasama rapat dengan Kerajaan Belgium untuk mempromosikan Belgium sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik bagi pelancong China.

Perdana Menteri Belgium Charles Michel dan Pengerusi Kumpulan Alibaba Jack Ma telah bertemu pada Julai tahun ini untuk membincangkan inisiatif eWTP, dengan Perdana Menteri melahirkan minat bagi Belgium untuk menjadi sebuah rakan eWTP dan mempromosikan visinya. Timbalan Perdana Menteri Belgium, Kris Peeters mengesahkan minat ini semasa mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alibaba Daniel Zhang di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) di Shanghai. Kedua-dua pihak telah bekerja tanpa henti selama enam bulan yang lalu, yang menghasilkan di dalam majlis penandatanganan perkongsian itu hari ini.

# # #

Maklumat mengenai eWTP

Platform Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP) adalah satu inisiatif pelbagai pihak yang diterajui oleh sektor swasta yang memudahkan dialog awam-swasta untuk berkongsi amalan terbaik, membangunkan peraturan baharu perdagangan, dan memupuk dasar dan persekitaran perniagaan yang lebih bersepadu dan inklusif untuk menggalakkan pembangunan e-dagang, perdagangan dan ekonomi digital di dalam era internet.

eWTP kali pertama dimulakan oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba Jack Ma pada tahun 2016 dan diterima sebagai satu cadangan dasar utama bagi Perniagaan 20 (B20) dan secara rasmi dimasukkan ke dalam Penyataan Pemimpin G20 2016. Inisiatif itu bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat kecil dan negara-negara peserta merealisasikan potensi ekonomi mereka yang sepenuhnya dengan mengurangkan halangan perdagangan dan memudahkan bagi Perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) untuk mengembangkan keupayaan perdagangan mereka di seluruh dunia.

Pembangunan itu akan dipacu oleh perniagaan, dengan sokongan daripada kerajaan-kerajaan. Perniagaan boleh mewujudkan hab bagi e-dagang dan kerajaan-kerajaan boleh membuat zon perdagangan bebas maya untuk perniagaan kecil, membangunkan peraturan baharu e-Perdagangan, berkongsi amalan terbaik, memudahkan pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan e-dagang. Dengan mempromosikan keterangkuman di bawah "4T" -- perdagangan, pelancongan, latihan dan teknologi, inisiatif itu akan membantu memupuk persekitaran yang lebih bersepadu dan inklusif untuk perdagangan elektronik merentas sempadan.

Kumpulan Alibaba telah mewujudkan tiga hab eWTP di luar China masing-masing di Malaysia, Rwanda dan Belgium. Peristiwa penting ini mengikuti perkongsian Alibaba dengan ketiga-tiga buah negara itu untuk bekerjasama bagi membolehkan PKS mendapat manfaat daripada perdagangan global.

Untuk maklumat lanjut mengenai eWTP, sila layari:
https://www.alizila.com/electronic-world-trade-platform/

Maklumat mengenai Kumpulan Alibaba

Misi Kumpulan Alibaba adalah untuk memudahkan menjalankan perniagaan di mana sahaja dan syarikat itu berhasrat mencapai pertumbuhan mapan selama 102 tahun. Bagi tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac, 2018, syarikat itu melaporkan pendapatan sebanyak AS$39.9 bilion.

Maklumat mengenai Cainiao Network

Cainiao Network didedikasikan untuk memenuhi visi logistik Kumpulan Alibaba untuk memenuhi pesanan pelanggan dalam tempoh masa 24 jam di China dan dalam masa 72 jam di mana sahaja di dunia. Ia menerima pakai satu pendekatan platform untuk mewujudkan sebuah rangkaian pencapaian ke seluruh negara yang memanfaatkan keupayaan dan kemampuan rakan-rakan logistik untuk menawarkan perkhidmatan logistik kedai sehenti domestik dan antarabangsa dan penyelesaian pengurusan rantaian bekalan, memenuhi pelbagai keperluan logistik bagi peniaga dan pengguna secara berskala. Cainiao Network adalah sebuah perniagaan milik Kumpulan Alibaba.

Maklumat mengenai Lapangan Terbang Liege

Lapangan Terbang Liege, lapangan terbang kargo ke-8 di Eropah dan yang pertama di Belgium, adalah merupakan satu-satunya lapangan terbang Eropah yang mengutamakan kargo penuh (#freightersfirst). Ia mengkhususkan di dalam pengangkutan ekspres, perdagangan elektronik, produk farmaseutikal dan barangan mudah rosak, serta haiwan hidup. Lapangan Terbang Liege, dan jenamanya Flexpress, beroperasi 24/7 tanpa sekatan, dengan menawarkan satu perkhidmatan yang fleksibel dan pantas, kesemuanya kurang dari satu hari perjalanan dengan trak ke pusat segitiga emas Amsterdam-Paris-Frankfurt dengan 400 juta penggunanya.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20181205005291/en/

Hubungi
Kerajaan Belgium
Miet DECKERS
+32 475 766526
Miet.Deckers@peeters.fed.be

Kumpulan Alibaba
Deborah Binks-Moore
+44 7470 691277
d.binks-moore@alibaba-inc.com

Agensi Perdagangan dan Pelaburan Belgium
Arnaud Collette – AWEX
+32 476 570130
arnaud.collette@icloud.com

Lapangan Terbang Liege
Christian Delcourt, Pengurus Perhubungan
+32 496 53 06 15
cde@liegeairport.com

Sumber: Kumpulan Alibaba

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2018 MREM . All rights reserved.