ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  ELLY ANAK ANGKAT EXIM BANK

Tuesday 04/12/2018



PAHANG, 4 Dis (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) meneruskan lagi komitmen tanggungjawab sosial korporatnya pada hari ini yang merangkumi inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan seekor anak gajah istimewa bernama Elly yang ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang.
 
Pada tahun lepas, EXIM Bank telah menjalankan program tanggungjawab sosial korporat di sini dengan memberi sumbangan kaki palsu kepada seekor gajah istimewa bernama Selendang. EXIM Bank juga telah memberi wajah baru kepada Pusat Maklumat PKGK dengan informasi serta statistik terkini berkenaan dengan gajah secara keseluruhannya.
 
Kini, EXIM Bank meneruskan lagi usaha tanggungjawab sosial korporatnya dengan mengambil Elly sebagai anak angkat. Berusia dua tahun, Elly dijumpai dalam keadaan tidar sedarkan diri setelah kehilangan kaki kanan hadapannya di Kg. Sokut Toku, Tanah Merah, Jeli, Kelantan akibat perangkap samar buatan manusia. Ia dirawat di Pusat Konservasi Gajah Terengganu sebelum dipindahkan ke PKGK, Kuala Gandah bagi proses pemulihan seterusnya.  
 
Program pada hari ini telah dirasmikan oleh Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank, Puan Norzilah Mohammed dan disaksikan oleh Ketua PKGK, Kuala Gandah, En. Nasharuddin Othman dimana pihak Bank telah menyalurkan sumbangan berupa kaki palsu gajah (prosthetic leg), sebuah padok mudah alih (portable paddock), stok vitamin serta ubat-ubatan untuk kegunaan harian Elly bagi tempoh setahun. Acara susulan diikuti dengan lawatan ke sekitar kawasan PKGK, Kuala Gandah dan persembahan video berkenaan gajah-gajah secara umum di Malaysia.
 
Fakta mengenai gajah:
 
Tergolong dalam Famili Elephantidae, Order Proboscidae, gajah merupakan mamalia darat yang terbesar dan boleh dijumpai di Afrika dan Asia. Gajah Asia boleh membesar sehingga 2.5 hingga 3 m ketinggiannya dan mencecah berat sehingga 5,000 kg. Gajah merupakan antara mamalia yang mempunyai sifat pintar, sensitif dan empati. 
 
Kehilangan dan fragmentasi habitat adalah ancaman utama terhadap populasi gajah di Malaysia. Sehingga 1980-an banyak kawasan hutan pamah, iaitu habitat utama gajah, telah dibuka dan ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Aktiviti pembalakan juga turut menyumbang kepada penurunan populasi gajah.
 
Gajah memainkan peranan penting kepada kehidupan manusia kerana ia menyumbang kepada kestabilan ekosistem dimana ia membolehkan pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan yang lain hidup dalam persekitaran tersebut. Kepupusan populasi gajah akan menjejaskan biodiversiti alam sekitar dan akan menyebabkan habitat menjadi huru-hara.

Lokasi Kuala Gandah:

Sila klik sini untuk Peta Lokasi
 

Dari Kuala Lumpur gunakan Lebuhraya Karak / Lebuhraya Pantai Timur (E8) sehingga keluar di Plaza Tol Lanchang (Exit 816). Selepas tol Lanchang, belok kanan di simpang dan ikuti papan tanda di sepanjang perjalanan melalui Kg. Bolok serta perkampungan Orang Asli. Pada hujung jalan tersebut anda akan tiba di pintu masuk Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Perjalanan ini mengambil masa selama 2 jam dengan perjalanan sejauh lebih kurang 120 km dari Kuala Lumpur.
 
MENGENAI EXIM BANK
Export-Import Bank Malaysia Berhad (EXIM Bank) telah ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 sebagai sebuah institusi pembangunan kewangan kerajaan melalui subsidiari milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan. Bank ini ditubuhkan bagi mempromosikan pelaburan berbalik dan eksport bagi sektor strategik seperti barangan modal, projek infrastruktur, perkapalan, produk pengeluaran bernilai tambah dan bagi memudahkan kemasukan syarikat-syarikat Malaysia ke dalam pasaran baru, terutamanya pasaran bukan tradisional.

SUMBER: Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Azmin Hamzah
Vice President II
Communications & Stakeholder
Management Department
Tel: +603 2601 2371
Faks: +603 2601 2469
Emel: azmin@exim.com.my
Website: www.exim.com.my

Nama: Mohd Ronnee Osman 
Manager
Communications & Stakeholder
Management Department
Tel: +603 2601 2397
Faks: +603 2601 2469
Emel: mronneeosman@exim.com.my
Website:  www.exim.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.