ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  LEDDARTECH MENGUMUMKAN STATUS PEMPAMER PADA CES 2019 DI PAVILIONNYA YANG MEMENANGI ANUGERAH DI LAS VEGAS

Tuesday 04/12/2018



LeddarTech Pavilion di CES akan mempamerkan cara syarikat tersebut membezakannya daripada yang lain dalam industri LiDAR dengan platform pembangunan LiDAR automotif dan penyelesaian mobilitinya. Di samping mempamerkan penyelesaian yang mendefinisikan semula teknologi LiDAR tipikal untuk ADAS dan kenderaan berautonomi, pavilion yang terletak di CP-16 itu juga bakal menunjukkan teknologi rakan kongsi Leddar Ecosystem. 
 

BANDAR QUEBEC, 4 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech, peneraju industri yang membekalkan platform pembangunan LiDAR automotif paling versatil dan boleh skala mengumumkan penyertaannya dalam CES 2019 yang terkenal di seluruh dunia. Dari 8 hingga 11 Januari di Las Vegas, Nevada, LeddarTech akan menampilkan penyelesaian LiDAR generasi seterusnya berdasarkan LeddarEngine dengan julat melebihi 200m pada 10% pemantulan sasaran, yang mendemonstrasikan prestasi peneraju pasaran untuk LiDAR bentuk pepejal menggunakan cahaya inframerah dekat (NIR). CES 2019 juga menandakan pameran rasmi sampel keluaran Sistem pada cip LeddarCore LCA2, SoC LiDAR pertama yang tersedia untuk digunakan dalam rekaan dan pengilangan penyelesaian LiDAR untuk ADAS dan aplikasi AD yang akan dibentangkan di LeddarTech Pavilion, di samping beberapa rakan kongsi Leddar Ecosystem yang mempamerkan komponen dan perisian yang menyokong pembangunan LiDAR berdasarkan LeddarEngine.

“Platform pembangunan LiDAR yang kami akan bentangkan di CES adalah teknologi inovatif kerana ia membolehkan pelanggan kami mereka bentuk dan menghasilkan penyelesaian LiDAR disesuaikan secara besar-besaran yang memenuhi keperluan aplikasi khusus OEM, mengoptimumkan prestasi dan kos untuk semua tahap autonomi,” kata Charles Boulanger, CEO LeddarTech. “Ini adalah model menang-menang untuk semua pemegang saham, daripada pembekal komponen hingga pembuat auto, sebab itulah ia menjadi ikutan yang signifikan, dengan beberapa pengilang Peringkat 1 sudah pun membangun dengan LCA2 LeddarEngine, serta dengan ekosistem kami yang semakin berkembang,” kata En. Boulanger.

LeddarTech Pavilion di CES 2019 akan menarik golongan yang terlibat dalam keselamatan aktif dan teknologi pemanduan berautonomi, dengan fokus terhadap penyelesaian LiDAR untuk aplikasi mobiliti dalam kenderaan penumpang, robotaxi, bas ulang-alik berautonomi, trak dan kenderaan penghantaran. 30 wakil daripada LeddarTech akan bersedia untuk mengalu-alukan pelawat, penganalisis dan wartawan, dan untuk mendemonstrasikan teknologi LiDAR bentuk pepejal automotif syarikat tersebut, serta Leddar M16-LSR jarak jauh baharu, iaitu modul LiDAR bentuk pepejal lambak dengan 16 segmen untuk aplikasi mobiliti.

Teknologi LiDAR LeddarTech yang inovatif juga akan didemonstrasikan di beberapa lokasi lain di CES 2019, termasuk dengan Kerajaan Kanada, OSRAM, dan TriLumina.

Zon Pameran Leddar Ecosystem
Ahli Leddar Ecosystem yang membekalkan pelbagai komponen, perisian dan sistem khusus untuk digunakan dalam rekaan SSL berdasarkan LeddarEngine akan turut hadir pada tapak di pavilion:
  • AutonomouStuff (penyepadu)
  • Clarion, Malaysia (pengilangan)
  • dlhBOWLES (sistem cucian sensor)
  • Excelitas Technologies (komponen opto-elektronik)
  • Hamamatsu (komponen opto-elektronik)
  • Integrated Device Technology (litar bersepadu)
  • Lasertel (punca laser bersepadu dan peranti elektronik pemanduan)
  • ANSYS (alat simulasi rebak)
  • OSRAM (komponen opto-elektronik dan pembangun LiDAR)
  • Renesas Electronics (peranti sistem pada cip)
  • TriLumina (modul pencahayaan NIR)

Tokoh-tokoh industri teknologi ini bukan hanya akan mendemonstrasikan produk, mereka juga akan mengetuai seminar teknikal sepanjang minggu di Bilik Darjah Ekosistem pavilion tersebut.

Perihal Pameran CES 2019
Pertunjukan Barang Elektrik Pengguna yang diadakan setiap tahun di Las Vegas mempamerkan lebih daripada 3,900 syarikat pempamer, termasuk pengilang, pembangun dan pembekal perkakasan, kandungan, sistem penghantaran teknologi pengguna dan serta banyak lagi. Ia menampilkan program persidangan dengan lebih daripada 300 sesi persidangan dan lebih daripada 170K peserta daripada 150 buah negara.

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri dalam pembangunan platform pembangunan LiDAR automotif yang versatil dan boleh diskala berdasarkan LeddarEngine unik, yang mengandungi suite gred automotif dan SoC keselamatan fungsian yang diluluskan bekerja bersama perisian pemprosesan isyarat LeddarSP. Syarikat ini telah menghasilkan beberapa inovasi dalam aplikasi pengesanan pergerakan mobiliti canggih, teknologinya yang dipatenkan meningkatkan ADAS dan keupayaan pemanduan berautonomi untuk kereta, bas, kenderaan penghantaran, robotaxi, bas ulang-alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.LeddarTech.com dan di LinkedInTwitterFacebook dan YouTube.

LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.

Hubungan LeddarTech: Daniel Aitken, NP Pemasaran dan Komunikasi
+1-418-653-9000 ext. 232 | Daniel.Aitken@Leddartech.com

Sumber: LeddarTech inc.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.