ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  UMW MENJUAL TANAH INDUSTRI DI SHAH ALAM UNTUK RM288 JUTA; OPERASI PERNIAGAAN AKAN BERPINDAH KE UMW HIGH VALUE MANUFACTURING PARK DI SERENDAH

Monday 03/12/2018



KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Anak-anak syarikat milik penuh UMW Holdings Berhad hari ini telah memeterai enam perjanjian jual beli (SPA) dengan Strategic Sonata Sdn Bhd (SSSB, anak syarikat milik penuh Mapletree Dextra Pte Ltd), untuk penjualan tanah industri pajakan berukuran 38.803 ekar yang terdiri daripada sepuluh lot yang dipegang di bawah dokumen hak milik berasingan kepada SSSB, dengan jumlah pertimbangan tunai sebanyak RM287.7 juta. SPA saling bergantung antara satu sama lain dan setiap pihak wajib melengkapkan penjualan dan pembelian tanah secara serentak. Bidang tanah terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Pelupusan itu dijangka siap pada suku kedua tahun 2019.

"Pelupusan ini akan membolehkan Kumpulan UMW merealisasikan nilai asetnya di Shah Alam, yang dimiliki untuk masa yang lama, sebagai sebahagian daripada teras strategik. Kumpulan yang lebih luas bagi penciptaan nilai mampan untuk para pemegang saham. Ia juga akan memudahkan penempatan semula operasi perniagaan yang berterusan di Shah Alam kepada UMW High Value Manufacturing Park di Serendah. Penghijrahan perniagaan Kumpulan UMW ke Serendah memberi asas yang kukuh untuk pertumbuhan fasa dan juga akan mengukuhkan serta memperluas ekosistem yang baru dalam pembuatan bernilai tinggi dan inovatif di UMW High Value Manufacturing Park, iaitu sebuah pembangunan industri perintis di Malaysia. Tambahan pula, pergerakan syarikat-syarikat operasi Kumpulan UMW dari Shah Alam ke UMW High Value Manufacturing Park akan membantu meningkatkan dan menyokong pelaburan dari segi penerokaan baru dan penambahbaikan, oleh pelabur peringkat teratas yang akan meningkatkan nilai tanah Kumpulan di Serendah, " kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Badrul Feisal bin Abdul Rahim.

Pelupusan itu juga tertakluk kepada penyewaan sebahagian tanah oleh SSSB kepada anak-anak syarikat UMW. Penyewaan ini akan memastikan operasi perniagaan Kumpulan di Shah Alam berjalan lancar seperti biasa tanpa gangguan sebelum penempatan semula dirancang ke UMW High Value Manufacturing Park di Serendah. Tempoh penyewaan sekurang-kurangnya tiga tahun ini akan memberikan masa yang cukup untuk kerja pembinaan dan penyiapan kemudahan di Serendah menjelang penempatan semula yang dirancang.
 
About UMW

The UMW Group is an international conglomerate that develops industries, manages partnerships and facilitates growth. It is involved in three core business segments – Automotive, Equipment and Manufacturing & Engineering.  The Group operates in 10 countries and has close to 8,500 employees.
Adopting its rallying call – Beyond Boundaries®, UMW is set to play a leading role in shaping the future of its industries globally. The Company will do this by inspiring vibrant ideas, nurturing potential, pioneering partnerships and delivering excellence in everything it does; the rewards of which will contribute to the progress and well-being of all its stakeholders.
 
SUMBER: UMW Corporation Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: S Vikneshwaran
Head – Investor, Media Relations & Sustainability
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799
Emel: vikneshwaran.s@umw.com.my

 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.