ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  "ART OLYMPIA 2019," PERTANDINGAN SENI LUKIS TERBUKA ANTARABANGSA KETIGA, DITETAPKAN UNTUK 2019 DI JEPUN

Wednesday 21/11/2018



AsiaNet 76341
 
SAITAMA, Jepun, 19 Nov., 2018 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Pertandingan Seni Lukis Terbuka Antarabangsa ketiga, "Art Olympia 2019," akan diadakan di Jepun pada tahun depan, dengan pengumuman pemenang dan pameran mereka dijadualkan pada bulan Jun. Art Olympia, yang diadakan sekali setiap dua tahun, bertujuan untuk mencungkil artis-artis berbakat dan memberi sokongan kepada mereka. Kira-kira 160 karya seni akan dipilih untuk semakan semula muktamad di Tokyo oleh sebuah panel juri yang dijemput dari seluruh dunia. Pemenang tempat pertama akan menerima AS$120,000. Di samping itu, 160 artis akan menerima hadiah wang dan 1,000 artis akan mendapat penghargaan dan hasil karya mereka dipaparkan. Pertandingan itu akan memberikan sejumlah kira-kira AS$500,000 dalam bentuk wang tunai dan hadiah untuk menyokong aktiviti artis.

(Logo:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M102884/201811019871/_prw_PI1lg_B1DIAdpm.JPG)
 
Art Olympia ketiga ini akan menerima karya seni dua dimensi. Akrilik, cat air, pastel, pigmen mineral, cetak, arang, seni digital/ multimedia, media campuran, fotografi, dan lain-lain akan juga diterima. Saiz maksimum ialah 117sm x 117sm (46 x 46 inci).

Satu kajian semula utama akan dilakukan dengan menggunakan imej karya seni dan kajian semula muktamad akan dilakukan dengan menggunakan karya seni yang  sebenar. Selain itu, kajian semula muktamad itu akan menggunakan sistem penarafan mata, yang membolehkan orang ramai untuk menyemak proses semakan semula itu. Dengan hasrat untuk menyokong artis muda, Art Olympia telah mencipta satu Kategori Pelajar, yang membolehkan pelajar untuk menyertai bagi kedua-dua Kategori Semua Peserta dan Kategori Pelajar.

Juri di peringkat antarabangsa:
Brett Littman: Pengarah, Muzium Noguchi/ New York
Chu Teh-I: Artis, Pengasas Muzium Seni Halus Kuandu/ Taipei
Florence Derieux: Pengarah bagi Pameran di Hauser & Wirth/ New York
Emmanuelle Lequeux: Wartawan untuk Le Monde/ Paris
Zheng Lin: Pengasas dan Pengarah bagi Seni Kontemporari Tang/ Beijing
 
Juri yang berpangkalan di Tokyo:
Hiroshi Senju: Artis
Toyomi Hoshina: Naib Presiden, Universiti Kesenian Tokyo
Akiya Takahashi: Pengarah, Muzium Mitsubishi Ichigokan
Yuko Hasegawa: Kurator di Muzium Seni Kontemporari Tokyo
Akiko Endo: Artis
 
Anugerah:
Kategori Semua Peserta: Hadiah pertama AS$120,000 (satu pemenang)
Kategori Pelajar: Hadiah pertama AS$20,000 (satu pemenang)
1,000 artis akan mendapat penghargaan dan dipaparkan.
 
Jadual:
1. Tempoh penyertaan: Dari 1 Oktober, 2018 hingga 15 Mac, 2019
2. Pengumuman pemenang: 6 Jun, 2019
3. Pameran: Bangunan Pejabat Toshima Ward, 8-16 Jun, 2019
                     Muzium Kesenian Metropolitan Tokyo, 23-29 Jun, 2019
 
Pertandingan Seni Lukis Terbuka Antarabangsa, "Art Olympia 2019"
Versi Bahasa Inggeris, Cina, Taiwan dan Jepun: http://artolympia.info/
 
Tapak penyertaan:
http://www.juriedartservices.com/index.php?content=event_info&event_id=1452
 
SUMBER: Pejabat Jawatankuasa Eksekutif Art Olympia
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.