ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  KOFAX MEMAJUKAN PENGERAHAN MELUAS PERUSAHAAN AUTOMASI PROSES ROBOTIK GENERASI SETERUSNYA UNTUK MENSKALA TENAGA KERJA DIGITAL SECARA PESAT DAN MAHIR

Friday 16/11/2018



RPA Kofax Menguasakan Penawaran Automasi Pintar Vendor Tunggal Pertama Industri; Percubaan 12 Bulan Percuma Memberikan Masa untuk Membina, Mengerah dan Mengukur Hasil dengan Tanpa Komitmen

IRVINE, Calif., 16 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kofax®, pembekal terkemuka perisian Automasi Pintar untuk mengautomasikan dan menukar proses perniagaan hujung-ke-hujung secara digital, hari ini mengumumkan keupayaan automasi proses robotik (RPA) generasi seterusnya RPA Kofax yang mempengaruhi kepintaran buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML). Membekalkan kefungsian “di luar kotak”, Kofax adalah yang pertama di pasaran dengan penyelesaian Automasi Pintar yang komprehensif, dengan vendor dan platform tunggal.

“Pengguna RPA awal telah merasai pelbagai faedah dalam memindahkan tenaga kerja manusia daripada peranan ‘pengumpul data’ kepada ‘pengguna data. Peningkatan produktiviti membantu mereka kekal pada jadual untuk tumbesaran keuntungan, perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan dan kelebihan persaingan yang ketara”, ujar Reynolds C. Bish, Ketua Pegawai Eksekutif Kofax. “Organisasi hebat ini terdorong untuk menskala tenaga kerja digital mereka di seluruh perusahaan dan kini boleh menggunakan kesempatan penyelesaian hujung-ku-hujung lengkap yang dibina untuk pengerahan perusahaan—hari ini dan esok.”

Menurut Bart Groenewoud, Arkitek Penyampaian & Penyelesaian IT, Rabobank, “Pengerahan RPA Kofax kami telah mengubah segalanya, menyokong matlamat Rabobank untuk inovasi dan penjelmaan perniagaan kami. Pelaksanaan adalah cepat, fleksibel dan efisien. Kami kini mempunyai tenaga kerja digital yang melaksanakan tugas berulang dan manual, untuk membebaskan pasukan manusia kami daripada tugasan berulang untuk fokus pada kerja bernilai tinggi (kepakaran sebenar mereka) yang seterusnya menghasilkan pekerja yang lebih gembira dan nilai kepada pelanggan. Bot Kofax kami senang untuk dibina dan dikerah, dengan kebanyakannya sedia dalam masa sebulan, jika anda tiada kapasiti dan fokus pada matlamat. Sejak pelaksanaan, kami menggabungkan pengoptimuman proses Lean dengan RPA untuk menjimatkan masa pemprosesan (sebagai contoh sebanyak 85%, atau dari 40 minit hingga ke 6 minit sahaja). Ini menghasilkan ribuan jam dapat dijimatkan pada suku tahun ini sahaja.”

RPA Generasi Seterusnya: RPA+Platform Kepintaran Buatan
Dengan keluaran terbaru ini, Kofax menunaikan janjinya untuk membekalkan AI bersepadu dan penciptaan dan pengurusan bot intuitif yang diskala untuk memenuhi permintaan perusahaan moden. Binaan Unik dan penyelesaian ‘automasi pintar’ melengkapi RPA Kofax dalam platform Automasi Pintarnya membolehkan perusahaan untuk merancang dengan cepat dan efektif kos, mengerah dan menguruskan tenaga kerja digital yang diskala. RPA Kofax baru melakukan ini dengan memberikan:
  • Pengautomasian Dokumen Kognitif (CDA)
    Dalam pengautomasian proses, ianya sukar untuk mengecam rekod dalam proses seperti perakaunan, yang invois daripada vendor berlainan adalah berbeza dalam format secara umumnya. RPA Kofax mengautomasikan pemprosesan dokumen tanpa struktur atau imej dan kandungannya dengan CDA terbenam yang mempengaruhi teknologi AI, pengecaman sifat optikal (OCR), pembelajaran mesin dan pemprosesan bahasa asli (NLP). Robot perisian mengambil langkah sepatutnya secara automatik berdasarkan maklumat yang diinges dan memproses tugasan kognitif untuk menguasakan pekerja manusia.
     
  • Penemuan Proses
    Dalam sebarang proses, terdapat beberapa langkah tetapi tertib langkah tersebut dilaksanakan mungkin tidak intuitif. Dengan keluaran ini, Kofax memperkenalkan keupayaan Penemuan Proses untuk membantu organisasi menjejak interaksi manusia dan klien dengan mudah melalui desktop pengguna. Kini organisasi boleh mengenal pasti dan memahami tugasan manual yang dilaksanakan dan boleh diautomasikan dengan RPA juga tertib ia seharusnya diselesaikan.
     
  • Pengurusan Kitaran Hayat
    Organisasi mengerahkan ratusan malahan ribuan robot. Oleh kerana bot berinteraksi dengan berbilang aplikasi, kemas kini perisian dan halaman web yang menggabungkan proses yang dikawal oleh bot untuk berhenti berfungsi sehingga kod dikerja semula. Organisasi menghabiskan masa dan wang bagi tujuan ini. RPA Kofax menyelesaikan masalah ini dengan membekalkan kawalan semakan dan pengurusan pengerahan robot tahap perusahaan untuk menjadikannya mudah untuk mengurus dan mengerahkan keseluruhan tenaga kerja robot.
Percubaan Percuma RPA Kofax
Bersempena pelancaran ini, RPA Kofax kini tersedia di pasaran melalui percubaan 12 bulan percuma menawarkan pelanggan cara tanpa risiko untuk menilai penyelesaian dalam senario penghasilan penuh. Tawaran ini sesuai untuk organisasi yang menghadapi proses yang perlahan, tinggi tenaga kerja, mudah melakukan kesilapan dan mahal. Sebagai tambahan, Kofax menawarkan pakej pelaksanaan perkhidmatan profesional yang pelanggan, daripada segenap tahap, boleh mendapatkan tahap bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan tenaga kerja digital bagi keperluan unik perusahaan.

RPA Kofax Mendayakan Tenaga Kerja Digital
Pembawa hari seterusnya PITT OHIO menghalakan ratusan penghantaran untuk akaun diuruskan khas dalam urusan harian mereka. Kofax telah berjaya untuk mengautomasikan proses ini secara penuh termasuk aliran data antara sistem dan mengurangkan proses manual berbilang langkah.

“RPA Kofax telah menyingkirkan 100 peratus kos kemas kini portal B2B rutin dan menyingkirkan ralat transkripsi,” kata Darran Klaum, Pengarah, Sistem Perniagaan di PITT OHIO. “Dengan menyingkirkan kemas kini tapak web manual, PITT OHIO telah mengambil semula 90 hingga 95 peratus masa balasan perkhidmatan pelanggan, membolehkan mereka menjalankan kerja nilai tinggi yang bermanfaat dan meningkatkan pengalaman pelanggan.”

Menurut AIIM, 74 peratus daripada organisasi dibanci merasakan “maklumat tanpa struktur (dokumen dan kandungan) merupakan halangan utama pelaksanaan RPA mereka.”

“RPA membenarkan organisasi untuk mempengaruhi pelaburan yang mereka telah buat dalam sistem perusahaan secara lebih efektif dengan membenarkan pekerja berpengetahuan untuk mengautomasikan proses mereka sendiri dan menyebarkan pengautomasian kepada banyak proses yang lebih kecil yang melampaui jangkauan alat BPM,”ujar Ketua Penasihat AIIM, John Mancini. “Dengan menjadikan maklumat tak berstruktur boleh diakses oleh enjin RPA, organisasi boleh menguatkan ROI mereka.”

Dengan beratus ribu robot perisian RPA Kofax dikerahkan di lebih daripada 650 perusahaan pelanggan, penyedia BPO dan pusat perkhidmatan bersama di seluruh dunia, Kofax telah memacu peningkatan ketara dalam kepuasan pekerja dan pelanggan, kecekapan operasi, keresponsifan dan penjimatan kos. Keupayaan Pengautomasian Pintar Kofax dimanfaatkan merentas pelbagai penggunaan dalam perbankan, insurans, pengilangan, peruncitan, logistik, kerajaan dan pasaran tegak lain.

Sumber Sokongan
Pengautomasian Pintar: Bina dan Uruskan Tenaga Kerja Digital Anda dengan RPA Generasi Seterusnya kertas putih
Automasikan Tugas dan Dokumen dalam masa beberarapa Minit dengan Robot Pintar video
Alami Kuasa Pengautomasian Proses Robotik Sendiri percubaan percuma RPA Kofax

Perihal Kofax
Kofax ialah penyedia terkemuka perisian dan penyelesaian untuk mengautomatikkan dan mengubah pelbagai proses intensif manusia dan maklumat secara digital merentasi operasi hadapan dan belakang pejabat. Ini boleh meningkatkan penglibatan pelanggan secara dramatik, mengurangkan kos operasi dengan banyak, mengurangkan risiko pematuhan serta meningkatkan daya saing, pertumbuhan dan keberuntungan. Pelbagai perisian dan penyelesaiannya boleh digunakan dalam awan atau pada premis, dan termasuk pengautomasian proses robotik, pengurusan proses perniagaan, penguasaan berbilang saluran dan keupayaan kritis penting yang lain. Ini memberikan pulangan cepat dalam pelaburan kepada lebih daripada 20,000 pelanggan Kofax dalam perkhidmatan kewangan, insurans, kerajaan, penjagaan kesihatan, rantaian pembekal, penyumberluaran proses perniagaan serta pasaran lain. Kofax memberikan perisian dan penyelesaiannya melalui jualan langsung dan organisasi perkhidmatan serta lebih daripada 650 saluran rakan kongsi tidak langsung di lebih daripada 60 negara merentasi Amerika, EMEA dan Asia Pasifik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati kofax.com.

© 2018 Kofax, Inc. Kofax ialah tanda dagangan Kofax Limited.

Sumber: KOFAX


Hubungan Media: 
Sylvia Chansler 
Pengurus Kanan, Hubungan Awam
+1 (949) 783-1476 
sylvia.chansler@kofax.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.