ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PERKEMBANGAN TERKINI BERHUBUNG SIASATAN KE ATAS DAKWAAN SALAH LAKU SEKSUAL

Friday 16/11/2018



PUTRAJAYA, 16 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Siasatan Khas telah selesai menjalankan siasatan pada 23 Oktober 2018.
 
Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 24 September 2018 itu bertujuan untuk melengkapkan maklumat-maklumat siasatan awal oleh Badan Siasatan Bebas berhubung dakwaan salah laku seksual oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital di Lembah Klang.
 
Laporan lengkap siasatan Jawatankuasa Siasatan Khas itu telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 24 Oktober 2018 sebelum pihak JPA mengadakan perbincangan dengan pihak Pejabat Peguam Negara (AGC).
 
Keputusan daripada hasil perbincangan di antara pihak JPA dan AGC telah diangkat untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
 
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah perkenan untuk menamatkan perkhidmatan ketua jabatan berkenaan berkuat kuasa pada 14 November 2018. Surat penamatan perkhidmatan itu telah disampaikan kepada ketua jabatan berkenaan pada 15 November 2018.
 
YB DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
 
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Khairul Nizawati binti Amat Mustajab
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-8883 3675/019-3265122
 
--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.