ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  SOROTAN BAGI PAMERAN HI-TECH NOMBOR 1 CHINA CHTF 2018

Thursday 15/11/2018



SHENZHEN, China, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Hi-Tech China ke-20 (CHTF 2018) sedang diadakan dari 14 hingga 18 November di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen dengan tema "Konsep Pembangunan Baharu untuk Pertumbuhan Berkualiti Tinggi." CHTF tahun ini terdiri daripada pameran, forum, mesyuarat profesional, aktiviti sokongan, pertemuan pertukaran bakat dan pameran luar negara, dan menampilkan pembuatan termaju, teknologi maklumat generasi akan datang, AI, sains hayat, bahan baharu, tenaga baharu, serta penyepaduan ekonomi sebenar dan industri masa hadapan. Berikut adalah beberapa sorotan bagi CHTF 2018:
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181114005654/en/


Kawasan bertema yang memberi tumpuan kepada kawasan khas industri

Pameran IT akan membentangkan bidang-bidang yang bertemakan seperti AI, pembuatan pintar, automotif pintar, teknologi sukan, data besar, pengkomputeran awan, IoT dan blockchain; pameran alam sekitar akan menyerlahkan teknologi baharu bagi kawalan air; pameran pembuatan termaju akan mempunyai kawasan khas untuk pameran laser, pembuatan pintar dan robot industri.

Penggunaan teknologi berinovatif di dalam senario yang berbeza

CHTF 2018 akan mempamerkan teknologi baharu yang paling menarik untuk senario perniagaan, kehidupan harian, pendidikan dan hiburan, seperti sistem pengecaman wajah AI, bilik pemasangan 3D, sistem pemanduan automatik tahap 4, robot pembelajaran awal AI dan dron dalam air.

Perusahaan unikorn China

Sebagai tambahan kepada syarikat-syarikat utama dunia seperti Microsoft, Tencent dan Baidu, ia juga mengumpulkan banyak syarikat unikorn di dalam industri AI, termasuk Cambrian, Horizon Robotics, SenseTime, iQiyi dan Royale, untuk menarik hati pengunjung dengan “Detik Teknologi AI” yang paling mempesonakan.

Platform untuk syarikat permulaan global

Sebuah pameran bagi syarikat permulaan teknologi juga diadakan semasa pameran itu untuk menyediakan sebuah platform bagi komunikasi dan kerjasama di antara syarikat permulaan teknologi dan institusi modal teroka.

Di samping itu, Forum Hi-Tech China 2018 turut diadakan serentak pada 14 hingga 16 November. Dengan memberi tumpuan kepada "inovasi memacukan pembangunan berkualiti," "teknologi inovasi yang berdaya cipta" dan "sains dan teknologi membawa kepada kehidupan yang lebih baik," forum itu telah menjemput ramai orang yang berpengaruh dari kalangan pemenang Hadiah Nobel kepada eksekutif syarikat dan pegawai kerajaan untuk membincangkan pelbagai isu yang akan membentuk masa depan kita, seperti revolusi teknologi, transformasi perindustrian global, komunikasi kuantum, era 5G, pemanduan automatik, dan lain-lain. Maklumat lanjut: http://www.chtf.com/english/Conferences/ChinaHTF/

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181114005654/en/


Hubungi
Jawatankuasa Penganjur CHTF
Cik Peggie Wang
overseas@chtf.com

Sumber : China Hi-Tech Fair

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.