ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MOBILITY LEADERSHIP SERIES LEDDARTECH MEMBINCANGKAN PEMANDUAN BERAUTONOMI DAN TEKNOLOGI LIDAR DI EROPAH

Thursday 15/11/2018



BANDAR QUEBEC, 15 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech, peneraju industri yang menyediakan platform pembangunan LiDAR automotif paling versatil dan boleh skala mengumumkan bahawa sebagai sebahagian daripada LeddarTech Mobility Leadership Series, dua pakarnya, Pascal Tousignant, pengurus kanan keluaran produk dan Frantz Saintellemy, presiden dan COO, akan menghadiri dua acara industri Eropah yang penting bulan ini: Persidangan LiDAR DVN dan Persidangan Kemuncak Telegraph Smart Mobility 2018.

Persidangan LiDAR DVN

Pada 20 November 2018, di Frankfurt, Jerman, Pengurus Kanan Keluaran Produk LeddarTech, Pascal Tousignant akan membentangkan Memperjelas Teknologi dan Model Perniagaan LiDAR untuk Aplikasi AD Automotif. Pembentangan ini menerangkan tentang pilihan teknologi LeddarTech dan kelebihannya terhadap saingan. Ia juga memberikan butiran tentang penyelesaian LiDAR LeddarTech yang membolehkan pelanggan mereka bentuk LiDAR automotif sendiri dengan bantuan platform LeddarTech yang boleh dipercayai, selamat dan fleksibel. Khususnya, pembentangan ini akan menunjukkan cara teknologi LeddarTech mampu berevolusi dan dibesarkan daripada Tahap 2 ke Tahap 5 automasi kenderaan dan akan mempamerkan model-model perniagaan yang dapat membawa LiDAR ke pasaran massa.

Persidangan LiDAR DVN menyatukan pakar LiDAR dan pencahayaan automotif seluruh dunia. Persidangan itu menampilkan syarahan yang mengupas topik seperti teknologi LiDAR, penyepaduan LiDAR dalam lampu depan dan lampu belakang, simulasi dan ujian LiDAR, cabaran dan peluang pasaran; persidangan meja bulat tentang keburukan dan kebaikan teknologi-teknologi berlainan, serta pameran yang menampilkan teknologi LiDAR automotif terkini dan proses penyepaduannya dengan kereta.

“Teknologi kini menjadi semakin penting dalam industri automotif. Perubahan yang pesat ini juga menyebabkan timbulnya salah faham tentang teknologi LiDAR,” kata Pascal Tousignant, pengurus kanan keluaran produk di LeddarTech. “Saya bersedia untuk memberikan pencerahan tentang teknologi LiDAR dan berkongsi wawasan model perniagaan yang berjaya untuk LiDAR LeddarTech dalam aplikasi pemanduan berautonomi kepada hadirin Persidangan LiDAR DVN.”

Persidangan Kemuncak Telegraph Smart Mobility 2018

Pada 21 November 2018 di London, UK, Presiden dan COO LeddarTech, Frantz Saintellemy akan mengupas peluang dan cabaran berkaitan penggunaan komersial teknologi keselamatan aktif dan pemanduan berautonomi (AD) dalam kenderaan komersial. Pembentangan beliau, Kuasa Pasaran Memacu Masa Depan Pemanduan Berautonomi dan ADAS, memberikan gambaran keseluruhan peluang perniagaan baharu yang dibawakan oleh pemanduan berautonomi, membincangkan model perniagaan inovatif berdasarkan platform pembangunan LiDAR yang membolehkan penggunaan aplikasi pasaran massa dalam industri automotif, dan meneroka peta jalan teknologi LiDAR untuk memenuhi keperluan pengeluar kereta dari segi prestasi, kos, kebolehskalaan dan keselamatan fungsi.

Persidangan Kemuncak Telegraph Smart Mobility ialah forum untuk tokoh perniagaan dan pembuat dasar untuk meningkatkan keyakinan pengguna, mendemonstrasikan manfaat sebenar dan mengoptimumkan peluang komersial daripada revolusi kereta elektrik berautonomi terhubung.

“LeddarTech menawarkan strategi pasaran de facto yang direka untuk menghadapi cabaran industri menerusi teknologi dan platform pembangunan LiDAR yang unik, serta model perniagaan tersendiri yang menggunakan kerjasama dua hala dengan tokoh perniagaan utama untuk melancarkan penggunaan LiDAR pepejal skala besar dalam kenderaan komersial,” kata Frantz Saintellemy, presiden dan COO LeddarTech. En. Saintellemy menambah, “Ekosistem Leddar juga membolehkan LeddarTech menghadapi kerumitan dan cabaran yang muncul dalam membawakan penyelesaian LiDAR dari makmal ke pasaran. Persidangan Kemuncak Telegraph Smart Mobility 2018 ialah forum yang sesuai untuk bertukar amalan terbaik dengan tokoh-tokoh perniagaan dalam industri pemanduan berautonomi dan ADAS.”

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju industri dalam pembangunan platform pembangunan LiDAR automotif yang versatil dan boleh diskala berdasarkan LeddarEngine unik, yang mengandungi suite gred automotif dan SoC yang diluluskan keselamatan fungsian dengan perisian LeddarSP. Syarikat tersebut juga mengeluarkan beberapa inovasi teknologi dalam aplikasi sensor jauh mobiliti yang canggih. Keselamatan aktif automotif, pemanduan autonomi, pengangkutan pintar, kenderaan dalam bandar dan banyak lagi telah ditingkatkan dengan teknologi LeddarTech dipatenkan.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com dan di LinkedInTwitter atau YouTube.

LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.

Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com 

Sumber: LeddarTech inc.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.