ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL LHDNM DITERUSKAN DI MELAKA

Thursday 15/11/2018



MELAKA, 15 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Pejabat Pengarah Negeri, Negeri Sembilan/Melaka (PPNNSM) meneruskan keprihatinannya dengan menyumbangkan alat bantuan mengajar berupa LCD Projector kepada lima buah sekolah terpilih dari sekitar Negeri Melaka.
 
Majlis penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar tersebut yang bertemakan ‘Creating Awareness – Sharing Nation’s Prosperity’ telah berlangsung di Dewan Tun Teja, Menara Hasil Melaka dan disempurnakan oleh YBrs. Encik Nor Khairi bin Yusof, Pegawai Khas Agama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, iaitu wakil kepada YABhg. Puan Hajah Dalilah Binti Awaludin, Pengerusi Badan Kebajikan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Pakatan Harapan Melaka (Harwanis). Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBrs. Puan Azura binti Talib, Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat YAB. Ketua Menteri Melaka, YBrs. Puan Amnah Binti Tawil, Pengarah PPNNSM, YBrs. Puan Rozina binti Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Tuan Haji Jamsari Bin Mariman, Timbalan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pegawai-pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua, guru-guru serta para pelajar sekolah yang terlibat.
 
Menurut YBrs. Encik Nor Khairi bin Yusof, keprihatinan LHDNM sebagai sebuah agensi kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan seumpama ini sewajarnya dipuji dan diteladani. Ini kerana perihal kebajikan rakyat tidak mampu digalas oleh kementerian berkenaan semata-semata, sebaliknya ia turut perlu sama dipikul oleh agensi kerajaan dan badan korporat yang turut mempunyai tanggungjawab dalam agenda pembangunan negara. Melalui pelaksanaan tanggungjawab sosial seperti ini, adalah diyakini proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dipermudahkan dan  seterusnya akan menghasilkan generasi anak bangsa yang cemerlang.
 
Sementara itu, YBrs. Puan Amnah yang mewakili LHDNM pada majlis tersebut menyatakan program tanggungjawab sosial di Negeri Melaka ini merupakan sebahagian daripada siri program yang telah direncanakan oleh LHDNM sepanjang tahun 2018. Berbanding pelaksanaannya pada peringkat ibu pejabat yang mensasarkan alam sekitar, program di peringkat negeri memberikan keutamaan kepada bidang pendidikan. Lima buah sekolah yang dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk menerima alat bantuan mengajar tersebut adalah:

1.      Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka;
2.      Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin;
3.      Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Talib Karim;
4.      Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Daun;
5.      Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad.
 
Selain daripada sesi penyerahan alat bantuan mengajar, LHDNM turut mengisi program tanggungjawab sosial ini dengan Taklimat Celik Cukai kepada warga pendidik dan para peserta agar tahap kesedaran cukai dalam kalangan mereka khususnya dan rakyat amnya akan meningkat. Pendedahan awal mengenai cukai dan kepentingannya mampu melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan akhirnya akan menyumbang kepada kemakmuran negara.
 
Dikeluarkan oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 
SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line: 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.