ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KUMPULAN CIMB BERGABUNG DENGAN RIPPLENET UNTUK MENJANAKAN PEMBAYARAN SEGERA MERENTASI ASEAN

Thursday 15/11/2018



CIMB adalah satu daripada bank pertama yang memanfaatkan teknologi blok rantai untuk menerokai ke dalam perniagaan pengiriman yang bernilai USD120 bilion di rantau itu

SAN FRANCISCO, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan CIMB ("CIMB" atau "Kumpulan itu") dan Ripple telah memeterai satu kerjasama strategik bagi membolehkan pembayaran merentas sempadan segera merentasi pelbagai pasaran mereka. Di sebalik perkongsian itu, CIMB akan menyertai rangkaian Ripple ("RippleNet"), yang akan memudahkan akses kepada ahli-ahli RippleNet yang lain dan membolehkan CIMB untuk mengembangkan perniagaan pembayaran merentas sempadan mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181114006003/en/

Penyelesaian berasaskan blok rantai Ripple telah digunakan untuk meningkatkan Speedsend, produk pengiriman proprietari CIMB. Ini akan mengembangkan rangkaian Speedsend CIMB dan membuka koridor pembayaran baharu bagi meningkatkan akses pengguna kepada pengiriman wang merentas sempadan, kedua-duanya masuk ke dalam ASEAN dan keluar ke negara lain. Penyelesaian itu kini berada di Speedsend, yang membolehkan pengiriman wang melalui koridor seperti Australia (dengan kerjasama InstaReM, juga sebuah ahli RippleNet), Amerika Syarikat, United Kingdom dan Hong Kong.

"Kami gembira kerana menjadi sebahagian daripada RippleNet dan berharap agar perkongsian dengan Ripple itu berjaya dengan memanfaatkan kekuatan dan keupayaan masing-masing. Penyelesaian blok rantai yang berinovatif ini akan merevolusikan pengiriman wang merentas sempadan antarabangsa, dan menjadi bukti mengenai usaha berterusan CIMB untuk meningkatkan cadangan perbankan digital mereka dengan menyediakan penyelesaian yang cepat dan cekap dari segi kos kepada pelanggan kami di seluruh ASEAN," kata Tengku Dato' Sri Zafrul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan CIMB.

Sebagai sebahagian daripada pelan tindakan keseluruhan perkongsian itu, CIMB berhasrat untuk memperluaskan penyelesaian itu kepada kes-kes penggunaan lain di seluruh Kumpulan itu. Terdapat permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian pembayaran merentas sempadan, dengan Bank Dunia mensasarkan bahawa pengiriman wang ke Asia Tenggara akan meningkat kepada USD120 bilion menjelang akhir tahun 2018.

"Kami melihat bank dan institusi kewangan dari seluruh dunia bersandar kepada penyelesaian blok rantai kerana ia membolehkan suatu pengalaman pembayaran yang lebih telus, lebih cepat dan kos yang lebih rendah," kata Brad Garlinghouse, Ketua Pegawai Eksekutif Ripple. "Jaringan CIMB sudah merangkumi 15 buah negara, hampir 800 cawangan dan menawarkan Speedsend - satu daripada penyelesaian terbaik di rantau ASEAN. Sekarang, dengan mengintegrasikan teknologi blok rantai Ripple, mereka akan membolehkan pelanggan mereka untuk menghantar dana penting kepada keluarga, rakan taulan dan orang tersayang dengan lebih cekap. Dengan tumpuan mereka terhadap inovasi, CIMB akan terus menjadi sebuah kuasa dominan di rantau itu untuk tahun-tahun akan datang."

Maklumat mengenai Ripple

Ripple menyediakan suatu pengalaman tanpa geseran untuk menghantar wang secara global dengan menggunakan kuasa blok rantai. Dengan menyertai rangkaian global Ripple yang sedang berkembang, institusi kewangan dapat memproses pembayaran pelanggan mereka di mana-mana sahaja di dunia dengan kadar serta-merta, dengan pasti dan menjimatkan kos. Bank dan pembekal pembayaran boleh menggunakan aset digital itu, XRP, untuk mengurangkan lagi kos mereka dan mengakses kepada pasaran baharu. Dengan mempunyai pejabat di San Francisco, New York, London, Luxembourg, Mumbai, Singapura dan Sydney, Ripple mempunyai lebih 100 pelanggan di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Kumpulan CIMB

Kumpulan CIMB adalah satu daripada kumpulan perbankan universal yang terkemuka di ASEAN dan merupakan penyedia perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia, mengikut aset. Ia menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan pengguna, perbankan komersial, perbankan pelaburan, perbankan Islam dan pengurusan aset. Dengan beribu pejabat di Kuala Lumpur, Kumpulan itu kini mempunyai kehadiran di 9 daripada 10 buah negara ASEAN (Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Brunei, Vietnam, Myanmar dan Laos). Di luar ASEAN, Kumpulan itu mempunyai kehadiran pasaran di China, Hong Kong, India, Sri Lanka, Korea, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Kumpulan CIMB mempunyai rangkaian cawangan runcit yang paling meluas di ASEAN iaitu dalam sekitar 800 cawangan setakat 30 September 2018. Cabang perbankan pelaburan Kumpulan CIMB juga merupakan satu daripada bank pelaburan terbesar di Asia Pasifik, yang menawarkan antara liputan penyelidikan paling menyeluruh dalam kira-kira 700 saham di rantau itu.

Kumpulan CIMB mengendalikan perniagaan mereka melalui tiga entiti jenama utama, CIMB Bank, CIMB Investment Bank dan CIMB Islamic. Kumpulan CIMB juga merupakan pemegang 92.5% saham di dalam Bank CIMB Niaga di Indonesia, dan 94.1% pemegang saham di CIMB Thai di Thailand.

Kumpulan CIMB disenaraikan di Bursa Malaysia melalui CIMB Group Holdings Berhad. Ia mempunyai permodalan pasaran sebanyak kira-kira RM 56.3 bilion setakat 30 September 2018. Kumpulan itu mempunyai sekitar 36,000 orang pekerja yang ditempatkan di 15 buah negara.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181114006003/en/

Hubungi

Ripple
Tom Channick
press@ripple.com
atau
Kumpulan CIMB
Suria Zainal
suriawati.zainal@cimb.com

Sumber : Ripple

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.