ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  CHTF 2018 BERMULA, MENGHIMPUNKAN USAHAWAN DAN PERUSAHAAN GLOBAL

Wednesday 14/11/2018



SHENZHEN, China, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pameran Hi-Tech China ke-20 (CHTF 2018) bermula di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen pada 14 November, 2018. Dengan mempamerkan produk dan teknologi tinggi dan canggih daripada perusahaan dan institusi dari seluruh dunia, CHTF 2018 kekal sebagai pengasas arah aliran di dalam industri berteknologi tinggi.

Sejumlah besar syarikat teknologi telah muncul dari CHTF sepanjang dua dekad yang lalu. Pada tahun ke-20 mereka, CHTF 2018 telah menarik kehadiran pakar dan cendekiawan utama dunia, dan menghimpunkan syarikat-syarikat multinasional, syarikat Fortune 500 dan perusahaan unikorn untuk mempamerkan perkembangan teknikal yang terkini.

Syarikat gergasi dari China termasuk China Mobile, China Unicom, China Telecom, China Electronics, CRRC; syarikat-syarikat multinasional termasuk Suez, Foxconn, Ricoh, Baidu, Tsinghua Tongfang, TCL, Sogou, BOE; perusahaan unikorn termasuk SenseTime, iQiyi, Royale, Orbbec, Qiniu Cloud, BITMAIN, dan lain-lain. Di samping itu, tiga buah syarikat cip AI yang terkemuka, iaitu Cambrian, Horizon Robotics dan Deephi Tech, juga terlibat.

Forum Inovasi CHTF 2018 telah menjemput dua pemenang Hadiah Nobel, dan 70 pakar industri lain dan usahawan serta cendekiawan terkemuka untuk berkongsi pandangan mereka tentang pembangunan teknologi tinggi. Pada hari pembukaan, Wu Xiaoqiu, Naib Presiden bagi Universiti Renmin, China, telah memberi ucapan bertajuk "Ulang Tahun ke-40 Reformasi dan Pembukaan Peluang menentang Pembangunan Kewangan China". Pada 15 November, Profesor Robert Grubbs, penerima Hadiah Nobel 2005 bagi Kimia, akan berkongsi idea dan pengalaman baharu beliau mengenai kimia organik dan bahan-bahan baharu. Pada 16 November, Profesor Nakamura Shuji, Penerima Hadiah Nobel 2014 dalam bidang Fizik akan menjelaskan berhubung masa depan optoelektronik.

Di samping itu, pegawai-pegawai kanan kerajaan dari Bahrain, Argentina, Estonia, Belgium, Switzerland, Republik Tatarstan, Hungary, Czech, dan Malaysia turut melawat pameran itu. Pengurus-pengurus kanan dari Microsoft, Amazon, SAP, Accenture, Philips, Bosch, Cisco, dan Huawei menghadiri forum itu. Selebriti lain termasuk Henning Kagermann, penyokong bagi konsep Industri 4.0 dan bekas Presiden Acatech; Guo Guangcan, ahli akademik dari Akademi Sains China dan Pengarah Makmal CAS bagi Maklumat Kuantum; Xu Yangsheng, Ahli Akademik bagi Akademi Kejuruteraan China dan Naib Canselor Universiti China Hong Kong.

Sebagai pameran teknologi yang terbesar dan paling berpengaruh di China, CHTF 2018 komited untuk menyediakan sebuah platform dan peluang bagi perusahaan berteknologi tinggi dari seluruh dunia.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181113006310/en/

Hubungi

Jawatankuasa Penganjur CHTF
Cik Peggie Wang
overseas@chtf.com

Sumber : Pameran Hi-Tech China

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.