ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  HARI DIABETES SEDUNIA 2018

Wednesday 14/11/2018



14 November 2018 
"Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin" 



KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Sambutan Hari Diabetes Sedunia pada tahun ini disambut pada 14 November 2018, dengan tema “Cakna Diabetes: Keluarga Prihatin, Kesihatan Terjamin” (“The Family and Diabetes”) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keluarga mengenai peranan mereka di dalam mengesan dan mencegah serta merawat penyakit diabetes.
 
Penyakit diabetes adalah penyakit kronik yang semakin membimbangkan negara. Menurut data WHO, pada tahun 2016, seramai 422 juta daripada penduduk dunia yang berumur lebih daripada 18 tahun ke atas adalah penghidap penyakit diabetes. Di Malaysia, data National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2015 menunjukkan seramai 3.6 juta (17.5%) penduduk berumur 18 tahun dan ke atas adalah penghidap diabetes. Pihak KKM telah mengeluarkan satu Pelan Tindakan Strategik Penyakit Tidak Berjangkit (NSP-NCD) 2016-2025 untuk memastikan prevalen penyakit tidak berjangkit mencapai sasaran.
 
Fokus pada tahun ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai komplikasi penyakit diabetes dan bertumpu kepada peranan keluarga. Keluarga perlulah selalu mengingati ahli keluarga masing-masing untuk menjalani saringan kesihatan. Keluarga juga perlu hidup di dalam persekitaran yang menyokong gaya hidup yang sihat untuk membantu mencegah serta mengawal penyakit diabetes sebagai contoh rumah bebas asap rokok, bersenam bersama keluarga, serta ahli keluarga mengingati satu sama lain di dalam mengambil pemakanan yang sihat. 
 
Untuk pesakit diabetes pula, peranan keluarga adalah sangat penting untuk menjaga rawatan harian pesakit, memastikan pesakit mengamalkan gaya hidup yang sihat, memberi pendidikan secara berterusan serta memastikan pesakit melakukan saringan komplikasi secara berkala di klinik kesihatan berdekatan.
 
Kementerian Kesihatan menyambut baik inisiatif semua pihak baik dari pihak kerajaan, swasta mahupun NGO yang mahu bersama-sama membantu kementerian di dalam meningkatkan kesedaran kepada orang awam. Diharapkan dengan peningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan keluarga mengenai penyakit diabetes, ianya dapat mengubah tingkah laku setiap ahli keluarga dalam usaha mencegah serta mengawal penyakit diabetes.
 
  
YB DATUK SERI DR. DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
14 November 2018

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Khairul Nizawati binti Amat Mustajab
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-8883 3675/019-3265122

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.