ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  EKSPO MSR BERSINAR DENGAN KESEGARAN BAHARU PADA ULANG TAHUN KELIMA BRI

Friday 26/10/2018



AsiaNet 75975

DONGGUAN, China, 26 Okt., 2018 /Xinhua-AsiaNet /--

 
Ekspo Antarabangsa Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong 2018 (Ekspo MSR) telah dibuka pada 25 Oktober di Pusat Pameran Antarabangsa Moden Guangdong di Dongguan, bandar raya pembuatan yang terkenal di dunia di China Selatan, dan berlangsung selama empat hari sehingga 28 Oktober.

Ketika Chen Liangxian, naib gabenor bagi Wilayah Guangdong, berucap pada upacara perasmian itu, tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 bagi pembaharuan dan pembukaan China dan ulang tahun kelima bagi Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang dicadangkan oleh China. Guangdong, sebuah perintis di dalam menggalakkan pembaharuan dan pembukaan, telah meningkatkan kerjasama dengan negara-negara dan wilayah Jalur dan Jalan dalam semua aspek. Ekspo MSR itu, yang dimulakan pada tahun 2014, telah menyambut kehadiran 694.5 ribu hadirin dalam tempoh empat tahun yang lalu dan mendapat pengiktirafan dari semua sektor, baik domestik dan antarabangsa. Acara itu kini merupakan satu platform kritikal bagi Guangdong dan negara-negara Jalur dan Jalan untuk mengukuhkan pertukaran dan kerjasama.

Menurut jawatankuasa penganjur Ekspo itu, acara pada tahun ini akan menjadi tuan rumah kepada 1,732 syarikat dari 57 buah negara dan wilayah, termasuk 1,221 dari luar negara, kira-kira 70.5% daripada jumlah keseluruhan. Untuk memenuhi keperluan pempamer dan pembeli secara lebih tepat, Sekretariat itu telah menandatangani perjanjian promosi pelaburan dan kerjasama dengan 14 persatuan peringkat nasional, wilayah dan persatuan perniagaan asing. Angka bagi pembeli profesional yang akan mengambil bahagian di dalam Ekspo itu dijangka meningkat dari 31,000 pada tahun lalu kepada 34,000, mencatatkan pertumbuhan 9%.

Ahli perniagaan wanita bagi produk penjagaan kulit dari Afrika Selatan Usha Hunsraj berkata ini adalah kali ketiga beliau menghadiri Ekspo MSR itu. Reaksi pasaran terhadap dua edisi yang terdahulu adalah sangat positif sehinggakan beliau telah menjalin perhubungan perniagaan dengan banyak pelanggan dari seluruh dunia.

Bahagian pameran pelancongan dan kebudayaan di Ekspo MSR itu akan membantu memperluaskan pertukaran dan kerjasama dalam pelancongan di antara Thailand dan negara-negara dan wilayah MSR, kata Ye Hu dari Pejabat Guangzhou bagi Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand.

Ekspo MSR itu akan terus menampilkan sebuah pameran di Dongguan dan sebuah forum yang bertema di Guangzhou. Pada 26 Oktober, bekas anggota kerajaan negeri dan menteri-menteri dari 15 negara Jalur dan Jalan, ketua-ketua persatuan perniagaan dan organisasi antarabangsa yang penting, ahli ekonomi dan pemimpin perniagaan yang terkenal di dunia telah menghadiri forum Ekspo MSR itu. 

Kertas Biru mengenai Penyertaan Guangdong di dalam Pembinaan Inisiatif Jalur dan Jalan (2013-2018), yang telah disumbangkan oleh Universiti Sun Yat-sen, akan dikeluarkan buat pertama kalinya semasa forum itu.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Ekspo Antarabangsa Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 Guangdong

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.