ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  BEAUTRIO MEMBANTU WANITA UNTUK MENYERLAH, MENINGKATKAN KERJASAMA SINO-PERANCIS

Tuesday 23/10/2018



AsiaNet 75860

PARIS, 23 Okt., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Ketika Minggu Fesyen Paris melabuhkan tirai, satu bicara fesyen Sino-Perancis mengenai Kecantikan Ketimuran telah berlangsung di Xinhua Gallery Media France.

Dalam acara ini, golongan profesional dari kalangan pereka fesyen dari kedua-dua buah negara telah membincangkan estetika fesyen bagi Timur dan Barat, dan menerokai trend mengenai penjagaan kulit dan persolekan di dunia. Di samping itu, Beautrio 2019 Oriental Makeup Looks telah dikeluarkan. 

Sebagai satu lagi contoh untuk meningkatkan kerjasama di antara China dan Perancis, Beautrio, sebuah jenama Infinitus penjagaan kulit mewah yang memaparkan herba Cina, telah bekerjasama dengan institusi-institusi penyelidikan terkemuka dan mewujudkan CNRS - Pusat Penyelidikan Penjagaan Kulit Kerjasama Antarabangsa Beautrio Universiti Diderot Paris.

Beautrio menjalin kerjasama dengan Pusat Kebangsaan Perancis bagi Penyelidikan Saintifik (Centre national de la recherche scientifique, CNRS) untuk mengetahui kesan-kesan antipenuaan dan pelembab bagi herba Cina.

Beautrio telah juga bekerjasama dengan Ashland, sebuah syarikat R&D kimia Fortune 500 di Sophia Antipolis, taman teknologi yang terkenal di Perancis, dalam usaha untuk mendapatkan bahan mentah premium.

"Beautrio membawa ke hadapan kehebatan penjagaan kulit ketimuran yang tak lapuk dek zaman dan menggabungkan teknologi barat dengan herba Cina tradisional." Pengarah Promosi Infinitus Wang Jian menegaskan bahawa, "Kami berusaha untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan produk kami dan bekerja terus dari sumber produk kami. Menawarkan penyelesaian penjagaan kulit kontemporari premium yang mempunyai ciri-ciri herba Cina sememangnya menjadi aspirasi penting kami."

Kerjasama di antara perusahaan China dan Perancis telah membolehkan Beautrio untuk mengamalkan model pertumbuhan yang memanfaatkan kekuatan dari Timur dan Barat. Dengan cara ini, Beautrio bukan sahaja meningkatkan dirinya sendiri, tetapi juga menyumbangkan satu tenaga baharu dari China kepada industri penjagaan kulit dunia.
 
Sumber: Infinitus 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.