ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  HANGZHOU: MEMBINA BANDAR RAYA PERTAMA BAGI EKONOMI DIGITAL CHINA

Monday 22/10/2018



AsiaNet 75857
 
HANGZHOU, China, 22 Okt., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Hangzhou, sebuah bandar raya di China Timur, sedang merancang satu pelan tindakan yang kreatif dan berani, untuk menjadikan Hangzhou sebagai "Bandar Raya Pertama bagi Ekonomi Digital China" dalam tempoh lima tahun. Bandar raya Internet yang paling terkenal di China itu mempunyai satu laluan lelaran pembaharuan industri dan visi yang lebih berimaginatif.

"Pada masa akan datang, Hangzhou akan dibina untuk menjadi sebuah sumber kelas pertama antarabangsa dengan idea dan teknologi ekonomi digital China, sebuah tempat untuk perhimpunan bagi perusahaan dan bakat, sebuah tempat utama bagi pembangunan perindustrian digital, sebuah tempat demonstrasi untuk reformasi pendigitalan industri, dan sebuah tempat untuk pengeksportan program-program tadbir urus digital bandar. Menjelang tahun 2022, sistem pembangunan ekonomi digital Hangzhou akan pada dasarnya terbentuk," kata Datuk Bandar Hangzhou Zhou Jiangyong.

Idea untuk membina bandar raya pertama di dalam proses ekonomi digital nasional itu bukanlah satu khayalan. Mengikut perangkaan yang sedia ada, nilai tambahan bagi ekonomi digital di Hangzhou menyumbang lebih daripada 1/4 daripada jumlah pengeluaran ekonomi bandar raya itu dan menyumbang lebih daripada 1/2 kepada pertumbuhan ekonomi bandar raya itu.

Kertas Putih bagi Indeks Ekonomi Digital untuk Bandar raya China yang dikeluarkan pada Mac tahun ini menunjukkan bahawa Hangzhou menduduki tempat dalam kategori utama dan adalah di antara yang teratas dari segi infrastruktur data & maklumat, perkhidmatan bandar raya, tadbir urus bandar raya dan integrasi perindustrian.

JADI YANG PERTAMA
 
Hangzhou telah menjadi sebuah bandar raya pelancongan yang terkenal dengan budaya dan pemandangannya sejak zaman purba, dan dihormati sebagai "Syurga di Bumi". Hari ini, Hangzhou mempunyai satu kecergasan baharu di dalam geografi ekonomi China kerana pesona dan potensi yang ditunjukkan semasa membangunkan ekonomi digital.

Dengan didorong oleh ekonomi digital, Hangzhou telah membentuk industri yang menguntungkan seperti perisian maklumat, E-dagang, data besar pengkomputeran awan, dan kandungan digital, dengan lebih daripada 20 perusahaan terkemuka seperti Alibaba, NetEase dan Hikvision muncul dengan ketara; melahirkan bandar awan Yunqi dan bandar-bandar cirian yang lain; dan telah mengumpulkan institusi penyelidikan saintifik seperti Universiti WestLake, Makmal Zhijiang, Akademi DAMO Alibaba, dll.

Hasil daripada tenaga yang dijanakan oleh teknologi baharu dan aplikasi baharu, dan persekitaran bandar yang sangat baik yang memaparkan gunung-ganang dan sungai-sungai, Hangzhou kini semakin popular di kalangan orang muda China dan usahawan asing. Lima tahun yang lalu, bandar awan Yunqi adalah sebuah zon industri tradisional. Tetapi sekarang, lebih daripada 4,200 bakat saintifik dan teknikal berkumpul di sini.

Dengan pengumpulan bakat-bakat itu, cerita-cerita yang memberi inspirasi tentang keusahawanan dan inovasi kini berlaku setiap hari di Hangzhou. 602 entiti pasaran telah dilahirkan, 109 paten ciptaan yang efektif dikeluarkan, dan lebih daripada 10 aktiviti keusahawanan diadakan setiap hari secara purata.

Pada hari ini, Hangzhou sedang berusaha untuk menjadi bandar raya terkemuka di dalam pembangunan ekonomi digital China – dengan membina bandar raya ekonomi digital yang pertama di negara itu. Adalah dijangkakan bahawa menjelang tahun 2022, Hangzhou berhasrat untuk membina beberapa pusat industri dengan pengaruh antarabangsa di dalam E-dagang, pengkomputeran awan dan data besar, kecerdasan buatan, kandungan digital, keselamatan maklumat dan bidang-bidang lain.

Dari sudut perspektif Jack Ma, darjah digitalisasi bandar raya itu tidak boleh diukur dari segi bilangan syarikat. Apa yang penting ialah sama ada kesemua syarikat, agensi-agensi kerajaan boleh menggunakan teknologi-teknologi ini dengan baik dan membuat sumbangan besar kepada pembangunan bandar raya itu. "Hangzhou harus membuat satu percubaan dan demonstrasi untuk bandar raya-bandar raya di seluruh dunia."

KECEKAPAN HANGZHOU
 
Di Hangzhou, anda boleh menggunakan kereta api bawah tanah atau membeli telur teh dan kemudian menggunakan telefon bimbit anda untuk membayarkannya. Anda juga boleh mengeluarkan tabung simpanan anda dengan menggunakan teknologi pengecaman muka atau menempah bilik hotel dengan menunjukkan kredit anda. Bukan itu sahaja, sejumlah 153 perkara boleh dikendalikan pada sesebuah telefon bimbit. Hangzhou adalah bandar raya pertama di negara itu yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ini.

Sama seperti "kelajuan Shenzhen" yang orang ramai begitu berminat untuk bercakap pada permulaan pembaharuan dan pembukaan China, perkhidmatan kerajaan Hangzhou semakin menunjukkan "kecekapan Hangzhou" dengan bergantung pada transformasi digital.

Kebanyakan urusan kerajaan di Hangzhou telah mencapai matlamat "paling mungkin sekali sahaja", yang bergantung kepada industri ekonomi digital yang maju.

Hangzhou juga telah mendahului di dalam mewujudkan jabatan pentadbiran kerajaan bagi "data besar", yang memberi respons kepada proses perkhidmatan kerajaan bandar dalam hanya beberapa saat. Pada masa ini, hampir 40 bilion keping data telah dikumpulkan dari 59 jabatan di seluruh bandar raya itu. Data-data itu dikumpul dan dikongsi sepenuhnya, dan data itu dipindahkan lebih daripada 2 juta kali setiap hari.

Pentingnya bagi pengurusan pengumpulan data terletak pada hakikat bahawa sumber data  yang digunakan untuk berserakan di pelbagai jabatan dan diasingkan dari setiap satu yang lain kini disambungkan dengan satu sama lain, yang memungkinkan penyambungan dan perkongsian data kerajaan dan kemas kini dinamik, sekali gus menyumbang kepada perkhidmatan kerajaan yang pesat dan cekap.

Yang sebenarnya, penduduk di Hangzhou kini sudah menetap di sebuah bandar raya masa depan.

CITY BRAIN
 
Di Persidangan Pengkomputeran Bandar Awan Yunqi yang telah diadakan pada September, Kerajaan Hangzhou dengan syarikat-syarikat seperti Alibaba telah mengeluarkan “City Brain” Hangzhou 2.0.

Hasil daripada kawalan yang tepat dari “City Brain”, kecekapan lalu lintas di Hangzhou terus bertambah baik. Berada pada senarai bandar raya yang paling sesak, Hangzhou merosot dari tempat kelima pada tahun 2016 kepada tempat ke-57 pada suku kedua tahun ini.

“City Brain” 2.0 juga telah digunakan dalam banyak aspek, seperti memadam kebakaran, pengurusan wajah bandar raya, lalu lintas pelancongan dan sistem penyiasatan kredit.

Wang Jian, pengerusi bagi jawatankuasa teknikal Alibaba berkata, matlamat muktamad bagi “City Brain” adalah untuk membolehkan data itu membantu bandar raya dengan berfikir dan membuat keputusan, dan bagi membina Hangzhou untuk menjadi sebuah  bandar raya pintar yang dapat menyesuaikan diri dengan sendiri dan berinteraksi secara positif dengan rakyat.

Pada Januari, Kuala Lumpur di Malaysia telah memperkenalkan sebuah skim untuk memberi keutamaan kenderaan istimewa dari “City Brain” Hangzhou, dengan ujian yang menunjukkan bahawa waktu untuk ambulans tiba di tempat kejadian telah dikurangkan sebanyak 48.9%. Pada masa hadapan, "Lampu isyarat Hangzhou" mungkin menjadi satu sistem kawalan lampu isyarat baharu di dunia.

Menurut Jack Ma, menjadi bandar raya yang pertama di dalam proses ekonomi digital nasional bukan sahaja mengenai kekayaan dan pembangunan ekonomi, tetapi juga bergantung kepada ketamadunan, tadbir urus dan keselamatan. "Pendigitalan tidak akan mewujudkan keretakan, teknologi akan menjadikan bandar raya itu sebagai sebuah tempat yang lebih baik."

Zhou Jiangyong penuh keyakinan untuk membina Hangzhou menjadi bandar raya pertama di dalam proses ekonomi digital nasional. Beliau berkata bahawa "bandar raya pertama" itu adalah bandar raya di mana pendigitalan memacukan industri untuk menggalakkan dan mentadbir sistem digital.  Hangzhou sewajarnya dapat membangunkan nombor-nombor yang terlena dengan menggunakan kaedah teknologi moden, untuk transformasi infrastruktur, perkhidmatan punca pencarian rakyat, dan perkhidmatan kerajaan, sekali gus menjadikan Hangzhou sebagai sebuah bandar raya penyelesaian-pengeluaran dengan sistem pengurusan digital yang bertaraf dunia.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Perbandaran Hangzhou
 
Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=322457
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.