ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ZON PERDAGANGAN BEBAS HAINAN AKAN MELAKUKAN SESUATU YANG BERINOVATIF DAN BERMANFAAT DI DALAM MEMBUKA CHINA

Monday 22/10/2018

AsiaNet 75838

BEIJING, China, 22 Okt, 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
China telah mendedahkan pada Selasa satu pelan yang terperinci untuk mewujudkan Hainan di wilayah selatan negara itu sebagai sebuah zon perdagangan bebas (FTZ), dalam langkah terbaharu mereka untuk membukakan lagi ekonomi negara itu.

Pelan itu, yang dikeluarkan oleh Majlis Negara, iaitu kabinet China, telah memetakan sasaran dan skop bagi pembangunan FTZ itu sambil mengenal pasti industri-industri utama yang akan menyaksikan semakin sedikit sekatan-sekatan terhadap pelaburan asing.

Menjelang tahun 2020, rancangan itu bertujuan untuk membina Hainan menjadi sebuah FTZ yang berkualiti tinggi yang menggalakkan kemudahan perdagangan dan pelaburan, menyediakan sebuah persekitaran undang-undang yang sangat baik, perkhidmatan kewangan yang menyeluruh, peraturan yang cekap, sebuah persekitaran ekologi yang menggalakkan, dan meningkatkan pembangunan bagi kawasan di sekitarnya.

Pelabur-pelabur asing akan mempunyai akses yang lebih luas di dalam beberapa bidang utama termasuk pelancongan, pendidikan, dan telekomunikasi, menurut pelan itu. Satu pendekatan senarai negatif iaitu senarai perkhidmatan yang dikecualikan daripada cukai perkhidmatan, yang menggariskan kawasan-kawasan ekonomi yang terhad bagi pelaburan asing, akan diguna pakai di FTZ Hainan.

Sebagai sebahagian daripada dasar-dasar pembukaannya, China telah mendedahkan satu senarai negatif yang baharu pada Jun untuk pelaburan asing di dalam FTZ, dengan jumlah barangan dikurangkan kepada 45 daripada 95 dalam versi sebelum ini.

Pelan itu juga memberi Hainan lebih autonomi dalam memberikan akses pelaburan asing. Perniagaan antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi nilai ditambah tidak lagi perlu melalui pihak berkuasa berpusat untuk memasuki pasaran, menurut pelan itu.

Untuk menggalakkan perdagangan antarabangsa, sistem berasaskan data akan digunakan untuk meningkatkan kecekapan kastam manakala syarikat-syarikat multinasional dan perdagangan digalak untuk menganggap Hainan sebagai pusat bagi rangkaian perdagangan global atau serantau mereka.

Satu daripada ciri-ciri utama bagi pelan pembangunan FTZ Hainan adalah ia mengambil kira ciri-ciri yang berbeza di Hainan, kata Naib Menteri bagi Perdagangan Wang Shouwen, pada satu sidang media.

Syarikat-syarikat perkapalan domestik dan asing akan digalakkan untuk menubuhkan pusat operasi atau serantau di FTZ, sebagai sebahagian daripada usaha untuk membina kawasan itu menjadi sebuah hab perkapalan antarabangsa, menurut pelan itu.

Pelan pembangunan itu juga dibina di atas kekuatan mantap Hainan di dalam perkhidmatan perubatan.

Pulau itu juga menarik sebilangan institusi perubatan yang termaju dan doktor-doktor asing hasil daripada peraturan yang dilonggarkan di atas mengimport peralatan perubatan dan farmaseutikal asing, serta dasar-dasar visa yang dikeluarkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut pelan itu, tarif untuk beberapa peralatan perubatan akan dikurangkan di zon perintis.

Pelan itu telah dikeluarkan di laman web rasmi Majlis Negara bagi Republik Rakyat China (www.gov.cn).
 
Sumber: www.gov.cn 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.